Zone A (Bonus)

Khamis, 24 April 2014

AKAUN PALSU MEMBURUKKAN ORANG SARAWAK



Satu akaun palsu telah dibuka menggunakan gambar saya. Terima kasih kepada rakan facebook dari Sarawak kerana memaklumkan saya sebentar tadi.

Nama saya, Mazidul Akmal SIDIK, bukan SIDEK.

Pencipta akaun tersilap.

Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Kaedah sebegitu bukan stail penulisan saya. Rakyat Bumi Kenyalang, usah terlalu mudah diperdaya kelompok sentiasa cuba memperdaya sekaligus berhasrat memecah belahkan kita.

Ahad, 17 November 2013

KEDAI MAKAN DISYAKI MENAWARKAN 'AYAM' SIAM

Saya mengesyaki sebuah restoran di Lenggeng, Negeri Sembilan menyediakan 'ayam ', pelacur dari Thailand. Ini berikutan ramai lelaki tua hidung belang berstatus suami orang berkunjung ke premis terbabit. Rumah papan 2 tingkat bersebelahan restoran dipercayai dijadikan tempat pelanggan melampiaskan nafsu.

Kedai makan mula beropeasi pada waktu malam sehingga jam 2 pagi serta dilengkapi kemudahan karaoke. Saya yakin, wanita warga asing itu dibawa masuk oleh taukeh kedai untuk melayan pelanggan.

Mohon pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

Journalis Maya: Die


Khamis, 7 November 2013

BLOG PORNO LELAKI LEMBUT (18SX)

Saya telah terjumpa satu blog yang selalu dikemaskini seorang lelaki lembut yang menggelar dirinya 'bonda'. 

Kandungan blog tersebut amat memualkan kerana memaparkan gambar-gambar dan video lucah lelaki lembut tersebut berasmara bersama dengan lelaki lelaki yang berlainan. Lebih memalukan semua gambar lucah lelaki-lelaki tersebut adalah berbangsa Melayu. Blog itu tidak dilindungi walaupun begitu saya tidak rasa ia sesuatu yang patut dilihat atau ditonton oleh sesiapa walaupun umur melebihi 18 tahun. 

Lelaki lembut berkenaan telah mengemaskini blognya pada 4 Nov 2013, terdapat dua rakaman video yang sama, lelaki lembut tersebut berasmara bersama seorang remaja lelaki yang baru barumur 16 tahun. 

Saya berasa jijik dan tidak suka melihat remaja pada zaman ini dirosakkan oleh sampah-sampah seperti yang berkenaan. 

Journalis Maya: Adam 


Jumaat, 1 November 2013

TERKEJUT BEKALAN AIR DIKUNCI OLEH DBKL

Lokasi kejadian kes di perumahan Awam Sri Tioman 1 Taman Melati, Kuala Lumpur.

Balik dari pejabat (3/10/2013 @ 7pm) tadi saya terkejut sebab meter air saya telah dikunci oleh DBKL. Sekeping notis juga telah diselitkan dipagar rumah saya "Notis Kunci Air" bertarikh 3/10/2013. 

Sayaamat terkejut apabila melihat bil tunggakan saya adalah sebanyak RM5,800.00. Padahal saya telah membuat bayaran sebanyak RM600 pada minggu lepas dan tunggakan cuma tinggal RM4,900.00. Tunggakan itu adalah kerana suami saya tidak bekerja pada beberapa tahun dulu dan saya pun tidak bekerja selama 4 bulan pada awal tahun ini. Sekarang kami sedaya upaya untuk melangsaikan tunggakan tersebut. Kami 9 beranak tinggal di rumah bilik 2 ini. Gaji kami hanya cukup2 makan. 

Saya berasa tidak berpuas hati dgn tindakan DBKL yg mengunci meter air saya tanpa memberi saya sebarang notis dan untuk pengetahuan tuan juga, saya dan jiran2 tidak mendapat bil air dari bulan Julai hingga sekarang. Salinan notis dan resit penjelasan bil itu saya akan scan dan email kepada tuan esok sebab saya tiada scanner di rumah.  Saya sangat tertekan dengan keadaan ini. Jika pihak DBKL menyuruh saya membayar separuh dari jumlah tunggakan itu pun saya tak mampu sebab kami tiada wang simpanan. Cuba bayangkan saya balik penat2 dgn anak2 dari sekolah, tiba2 air tiada. Macamana kami hendak mandi dan masak? Suami pula tiada di rumah sebab kerja drebar lori. Akaun saya bukannya beku tapi running. Setiap bulan saya membayar sewa RM300. Kalau ada duit lebih, saya bayar lebih. Saya harap tuan dapat membantu menyelesaikan masalah saya ini.

Journalis Maya: Hamizan Binti Ibrahim


Selasa, 29 Oktober 2013

LAGI PENGAWAL KESELAMATAN WARGA ASING


Salam,

Nampaknya friends Adi Ode Waketala, tidak kurang 20 orang kerja pengawal keselamatan di Malaysia. Mungkin lebih ramai. Ada pengawal di TNB, kilang2 dan sekolah2.

Yang saya bagi link ini mungkin pekerja Telekom, bahagian Unifi.

Mengesyaki kehadiran mereka ni di tempat2 sensitif seperti Telekom, TNB dan sebagainya mungkin membahayakan keselamatan negara, boleh sabotaj kalau ada peluang.

Kalau mereka ini ada background tentera memang habislah. 

Keyword yang mereka gunakan memang konon asal Sabah, tapi percakapan mereka dalam FB menunjukkan sebaliknya

Mereka melakonkan lagak orang Malaysia dengan keluar jalan2 memakai jersi M'sia, ada lambang berkaitan M'sia.

Harap encik Mazidul dapat buat scoop hal n  (Mungkin kalau polis kaut dulu kawan2 Adi Waketala ni boleh membantu penyiasatan.

Saya sedia membantu

Nama Journalis Maya: Akmal M. Radzi


Khamis, 29 Ogos 2013

KES GANJIL : PENGELUARAN MAYBANK2U TIDAK SAH MELALUI NOMBOR TELEFON KLON


PADA 13/08/13 JAM 12 TENGAHARI SEMASA SAYA BERADA Dl RUMAH,SIM CARD PHONE
ISTERI SAYA  (CELCOM) TIDAK AKTIF SECARA TIBA-TIBA DAN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN DAN PANGGILAN KELUAR DAN MASUK TIDAK DAPAT DITERIMA PADA 14/08/13 JAM 3 PETANG, SAYA BERANGGAPAN INI ADALAH KEROSAKAN BIASA SIM CARD

SEMASA BERADA DI RUMAH, SAYA TELAH MENERIMA PANGGILAN DARI PIHAK MAYBANK CALL CENTRE MENYATAKAN BAHAWA BERLAKUNYA TRANSAKSI PENGELUARAN YANG LUAR BIASA SEBANYAK RM 5,002.00 DAN RM 5,000.00 SECARA ONLINE - MAYBANK2U DARI AKAUN PERIBADI ISTERI SAYA. TRANSAKSI INI BUKANNYA DARI PIHAK SAYA/ISTERI SAYA. SAYA TIDAK TAHU TRANSAKSI INI Dl MANA DILAKUKAN.

SAYA TELAH MERUJUK KEPADA CELCOM CENTRE TTDI DAN DIDAPATI RUPA-RUPANYA SIM CARD PHONE SAYA TELAH DITUKAR KE SIM CARD BARU BERNOMBOR 96019120769485983 PADA 13/08/13 TANPA PENGETAHUAN SAYA. PIHAK CELCOM TIDAK MAHU MENDEDAHKAN SECARA BRANCH/LOKASI TERPERINCI MAKLUMAT PENUKARAN TERSEBUT. RUPA-RUPANYA SIM CARD TERSEBUT TELAH DIGUNAKAN UNTUK PENGELUARAN TIDAH SAH TEREBUT (UNTUK TUJUAN TAC)

UNTUK MELAKUKAN TRANSAKSI MELALUI MAYBANK2U, SETIAP  TRANSAKSI MEMERLUKAN PENGESAHAN DARI NO TELEFON ISTERI SAYA TETAPI DIDALAM KES INI SIMCARD SAYA TELAH DITUKAR SECARA TIDAK SAH DAN PENGELUARAN TERSEBUT DILAKUKAN PADA WAKTU SEPERTI DINYATAKAN Dl ATAS.

Persoalan :

1) Bagaimana pihak Celcom membenarkan penukaran SIMCARD tanpa kebenaran dan
tanpa IC isteri saya?

2) Bagaimanakah pengeluaran berjaya dilakukan melalui M2U, sedangkan username/password tidak didedahkan?

3) Kenapa pihak Celcom tidak mahu mendedahkan siapa/agen/cawangan mana yang
melakukan transaksi tersebut?

4) Mengapa Pegawai Penyiasat, IO masih tidak membuat apa2 tindakan, saya telah berhubung dengan pihak Maybank, ternyata IO belum membuat apa2 hubungan dengan bank.


Fakta Tambahan:

1) Laporan polis telah dibuat pada 14/08/2013 di IPD TTDI dan kes di hantar ke IPD Gombak, namun  IO masih tidak menghubungi dan kami cuba menghubungi IO tersebut namun gagal, cubaan ke IPD Gombak pun gagal.  IO tersebut adalah Inspektor dari  IPD Gombak.

2) Menurut maklumat daripada pihak Maybank, transaksi pemindahan di lakukan ke 2 akaun Maybank dan RHB. Pihak Bank hanya mendedahkan nama penerima iaitu Isaac James Kamau Kago. Saya syak adalah negro.

Mohon En Mazidul sebarkan di blog sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses siasatan dan juga sekiaranya ada saluran2 tambahan untuk saya dapat balik duit saya

Terima Kasih