Zone A (Bonus)

Selasa, 20 Disember 2011

INI BUKAN TONG SAMPAH!

Dua hari lalu saya menemui pekerja di kedai milik warga Aceh di Jalan Kenyalang 1/3B, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Tidak mengapa, sampah itu semua dicampakkan di depan kedai saya, saya akan bersihkan," ujar pekerja terbabit.

Hari ini saya meninjau kawasan sama sekali lagi dan berikut gambar saya rakamkan.


Saya percayai pekedai tahu, ruang di antara premis perniagaan mereka dan ruang pejalan kaki itu bukan tong sampah.

Barangkali akal dangkal mendorong mereka terus mencemari kebersihan di kawasan awam.

Jam 5 petang tadi, saya bertemu pemilik kedai memperbaiki motosikal di sebelah kedai runcit Aceh.

"Kita boleh berniaga tetapi jangan susahkan orang lain. Ini bukan tong sampah," kata saya kepada lelaki Cina terbabit.


Perhatikan ruang di hadapan kedai sama.


"Wow! Tiub motosikal pun buang sana ke?," soal saya kepada peniaga.

Dia hanya mendiamkan diri.


Untuk rekod, restoran dikunjungi ramai terletak kurang 50 meter dari kedai terbabit.

Selain tiub tayar, topi keledar lama juga dibuang di ruang sama sekaligus mampu menjadi bekas strategik nyamuk aedes untuk bertelur.


Sebilangan motosikal diperbaiki juga didapati diparkir di ruang pejalan kaki di hadapan kedai menyukarkan orang ramai menggunakan laluan itu.

"Orang berniaga untung, orang ramai susah. Macam itu ke berniaga?," soal saya.


Jam 5.20 petang tadi, pemilik dan pekerja kedai kelihatan tergesa-gesa mengalihkan kenderaan itu ke lokasi sepatutnya.


Tidak salah mencari rezeki secara berniaga tetapi usah sampai mencemarkan kebersihan sekaligus menyusahkan masyarakat awam.


Saya tidak berhasrat untuk mengambil alih tugas penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya tetapi sekadar menegur segelintir manusia kelihatan kurang prihatin berhubung tanggungjawab menjaga kebersihan.

Rabu, 14 Disember 2011

PATUH SOP KESELAMATAN?


Gambar di atas dirakamkan di pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selamatkah kaedah mengangkut barangan sebegitu kepada pengguna jalanraya lain? Adakah kaedah itu menggunakan SOP keselamatan dituntut oleh pihak berkuasa?

Journalis Maya : 9W2BZT