Zone A (Bonus)

Khamis, 12 April 2012

AKU BEKAS KEKASIH LELAKI NIGERIA

Salam.

Don't know where to start or how to start. 

Cuma saya minta your kind discretion to replace of names sebab saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan kemudian diri sendiri binasa.

Senang cakap after few months of your entry about the Nigerians bersepah di Malaysia, saya rasa terpanggil hendak menulis kepada saudara.

My story begins in 2010. I met Charles in October 2010, few days after my birthday. Time itu baru resign dari kerja and dalam 2 nd semester doing Professional Degree di universiti tempatan. We met online, chatting through IMVU. Saya berasa bosan at that time because I was no longer working then kawan-kawan bekerja menjauhkan diri because they thought that I had no money to sit and have coffee with. Life wasn't that exciting but I wasn't looking for any havoc or happening events to take place. 

Perkenalan dengan Charles membuat saya berasa diberikan perhatian dan sangat dihargai. Yes, I knew from the beginning he was a sweet talker but I don't know why I didn't care all that. 

He invited me to come over to his house and said that he would cook and have a party. At first, memang saya refused. Macam buat perangai pula hendak pergi ke rumah lelaki tidak begitu saya kenali. Tambahan pula dia warga asing. 

After 2 weeks dipujuk, I finally went to his house. 

Yes, memang bodoh.

During the visit, he cooked, prepared food and made me feel very comfortable. We talked and to me he was a smart person. Someone who is really educated. Dia memberitahu saya, dia ada business sendiri, selling motor parts. Then, I found out that he is actually a student with a loca; college in Kuala Lumpur. 

A lot of them rupanya menetap di Pangsapuri D'Kiara, Taman Wawasan Puchong. Kawasan itu kelihatan sangat aman. But, trust me, at every level of the apartment mesti ada warga Nigeria. Some of them look too  old to be students.

Selepas setahun bersama Charles, his promise to propose was gone. He said that he can't convert, he can't marry me, he can't be with me. I shared a lot with him. Including a bank account and a Mastercard to enable him to shop. Tapi Alhamdulillah, something happened to our relationship, saya mula mencurigai gerak-geri dia. Apa yang Charles cakap tidak consistent dengan time and tempat. Rasa macam tersedar lalu saya menyiasat dia di belakang. He has an accomplice, a Malay lady. That lady probably lends him a lot more than I did untuk Charles hidup mewah di Malaysia.

We broke up but I couldn't help to think why in the world would he wanted to stay and always had much money to buy even a bigger fridge than that of mine? Kalau benar keluarganya susah di Lagos, Nigeria, kenapa dia tidak bekerja? Kenapa dia pernah requested untuk menggunakan bank account saya? Kenapa dia tidak ke kelas lagi atau memohon pekerjaan sementara sebab setahu saya, pengajiannya di kolej sudah tamat pada Ogos 2011.

Pada pandangan saya, pihak universiti pun sebenarnya membantu warga Nigeria untuk terus berada di Malaysia. Selagi duit masuk ke poket, mereka akan berusaha memanjangkan tempoh belajar warga Nigeria di Malaysia.  

Saya mempunya pengalaman bergaul dengan warga Afrika. Saya tidak mahu ramai lagi wanita Melayu terjebak lagi. Saya mengakui kebodohan saya dan buta hati sebab seorang lelaki. Keserasian saya experience at that time membuat saya lupa berhubung batas agama. Cuma bahagia itu tidak lama, maybe because he didn't have the intention to marry me, what more to start a family. Seperkara lagi, mereka cukup gemar mensasarkan  wanita berumur, berwang, berkerjaya dan berpelajaran tinggi. Wanita berumur pilihan mereka "because of experience" that's what they told me. 

Hendak apa sahaja, mesti dapat. 

Kalau boleh, abang tumpaskan lagi kegiatan warga Nigeria. Sayang saya masih ada, tapi demi kebaikan semua orang, dia, saya, wanita-wanita lain dan kadar jenayah di Malaysia, saya rasa it's time for him to go home since dia sudah lama berada di sini, sejak tahun 2005.

Thank you. 

Saya menghargai usaha saudara dan rakan-rakan. 

Journalis Maya :  Jun

13 ulasan:

  1. smti.. semoga ramai lagi wanita yg mcm Jie sanggup berikan maklumat tentang si awang hitam ni...

    BalasPadam
  2. smti. mohon disharekan. terima kasih.

    BalasPadam
  3. Berkasih biar BERAKAL, sayang biar BERPADA..AGAMA jangan ditinggal, KELUARGA dan MARUAH jangan digadai..hanya untuk merasakan agar diri DIHARGAI oleh teman lelaki yang TIDAK HALAL apatah lagi warga asing.

    BalasPadam
  4. benar apa yang diluahkan. Saya percaya, beliau juga dipukau sehingga tidak sedar akan perbuatannya. Walau apapun, Allah masih menyayangi dia dan memberi kesedaran.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, Allah masih menyayangi dan memberikan kesedaran. Saya tau Jun turut dipukau hingga tak sedar boleh bersedudukan. Apa2pun, masih sempat bertaubat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..saya sokong 200%permintaan jun untuk bongkarkan kes2 pak tam ni.ya allah,berbulu mata saya nengok drang ni klu kat apot.hoh,yang pompuan melayu nye bangga sungguh dapat kepit pak tam ni kiri kanan..p0mpuan2 melayu ni plak menyeksi semedang klu ngan geng2 gagak ni.datang apot,buat mcm negara dia,berpeluk2 kat depan konter information ni.eiii..tolong lah hantar je derang2 ni balik sbllom menanah parah pompuan2 malaysia!betul jugak pihak unievrsiti pon dok tlg cover-line depa2 ni..kementerian dlm negeri,kementerian pengajian tinggi,sila bagi perhatian lebih sangat2..jgn bila pelajar2 luar ni dah bayar "fee"untuk masuk ke malaysia,kita sudah CUCI tangan...makaseh abg mazidul

      Padam
    2. salam bro mazidul..alhamdulillah,jun dah dbangunkan dari MIMPI..memang saya setuju 300% saranan jun untuk hapuskan paktam2 n hantar je depa ni balik negara derang..ada pon dok rosakkn ank bangsa kita ja,apa hal kan?kita orang kat apot ni,klu geng2 tu dtg,ya allah,meluatnye.bukan meluat apa.meluat tengok pompuan2 melayu berkait lengan dengan 2org pakTam ni.tu belum lagi cerita pompuan2 melayu dtg apot nak byr duit sebab puak2 ni tipon derang bgtau tak boleh nak kluar&kena bankin duit baru bleh kluar.yang lurus bendul ni pon dgn senang hati,boleh pulak nak bag duit cenggitu je,padahal dok berhubung dgn internet je.sedarlah wahai pompuan2 malaysia,derang ni dah "SURVEY' korang pnye "backGround" sbelun derang "juai-minyak"dgn korang2 semua!skian.makseh abg mazidul!terjah lagi tentang isu ni!

      Padam
  6. Apa beza zaman dulu dengan zaman sekarang? Zaman dulu aku boleh keluar cari Mat Hitam ni dan rodok perut mereka sampai terburai... zaman sekarang tak boleh la.. Polis tangkap wei...

    BalasPadam
  7. salam,

    saya cuma nak share skit. maybe yg buat perangai tu.. adalah nigeria christian / ibbo.
    tapi kalu da mengenali nigeria yg Islam.. insyaALLAH, diorg baik2.

    masa sy study.. saya pn berkwn dgn nigeria (Islam). dia student master.. saya student degree. tp dia baik dan menjaga solat / batas antara kami.

    malah, kalu kami kuar bersm.. dia tak akan pimpin / pgg tgn saya.. kata nye org sekeliling akan pandang serong pd sy (Islam melarang berpegang dgn bukan MUHRIM).

    alhamdulillah, sepanjang perkenalan kami.. dia sgt respect saya.. berlandaskan Islam. dia byk beri tunjuk ajar sy dr segi pelajaran dan cr hidup Islam yg lebih baik. Setiap kali solat..dia berjemaah di masjid.

    now, sy dh bekerja hampir 2thn.. dan dia sdg menyambung PhD di UTP, petronas. tp kami putuskan cinta kami dgn baik.. krn dia akan bekerja di oversea lps hbs phD dan sy xmungkin mengikut dia lps kami kawen.

    smp skrg.. he still my best friend and my good teacher. nasihat sy.. kta jgn la sekali2 lalai, setiap kali kta nk kuar rumah.. niat la dgn ikhlas kerana ALLAH. insyaALLAH, kta akn selalu jmp kwn2 yg baik.

    *maaf kalu da silap kata.

    BalasPadam
  8. sy agree dgn kte2 jarimaniez.xsume drpd mrk jht dn trok.xbaik nk judge org sesuka aty.nk slhkn org lua 100% pon xblh.pokok pangkal aty n dri sndr...

    BalasPadam
  9. agree dengan ummi azima. bukan semuanya jahat.

    cuma satu soalan untuk Jun ..kalau yang die date itu ialah seorang Malay, Cina atau India senang cerita bukan Nigerian..adakah Jun akan publish kisahnya yang ditinggalkan lelaki terbabit??

    you make mistakes and you should repent. sometimes thing is not like what you would want it to be.

    you allow those feelings inside you to grow. betul ke sweet talks atau memang you sendiri desperate? i dont think you are blinded by love. you just refused to see the real deals between you both. when reality smack you in the face harder..then you started to find all the things. you try to find comfort believing that there is an accomplice lah, fridge besar lah, you are being cheatedlah..bla bla bla

    or else if things are going smooth in your relationship..you wont be saying all that u were saying. or more proper way to say..revenge

    just my 2 cents.

    BalasPadam
  10. slm, sy bsetuju juga dgn pndapat jarimaniez. tidak semua awg hitam ni teruk. mcm melayu & bangsa yg lain2 dimalaysia juga. ada yg baik & ada yg bprangai mcm setan. dkt kwsn rumah sy, ada sorg doc malay ni, suami dia org africa ( donno wit part la) stakat ni seem ok sja, suami dia nmpk baik & ramah dgn patient yg dtg. ank dorg pn dh 4 rsanya. tp smua ikut wajah suami dia ;)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kepada penulis dan pelayar blog ini.

    Sekadar ingin berkongsi pengalaman.

    Saya Nurul Shafika Ahmad, berumur 21 tahun. Sekarang, saya menuntut di UPM, jurusan Bacelor Komunikasi. Mula menuntut pada bulan Sept 2013 lalu. Ambilan Kedua. Di UPM, saya berkawan baik dengan rakyat Nigeria. Dua daripada mereka beragama Islam, etnik Yoruba (Hassan dan Hameed namanya) manakala seorang daripada mereka beragama Kristian Katolik, etnik Igbo (Chizoba namanya).

    Sebelum menuntut di UPM, saya mempunyai sikap prejudis yang menebal dalam diri terhadap rakyat Afrika kerana bagi saya, mereka ialah gold digger dan kaki scam. Pelbagai anggapan buruk saya lemparkan terhadap mereka.

    Sehinggalah tarikh 28 September 2013. Tarikh itu membuka mata saya agar jangan terlalu prejudis. Pada tarikh itu, saya telah bertemu Chizoba di hadapan Perpustakaan SAS, UPM dalam perjalanan pulang dari aktiviti kokurikulum ke rumah (yang juga dalam kawasan kampus). Saya tak duduk kolej sebab rumah dekat, :) nak dijadikan sebahagian dari detik hidup saya, kawan dia, Sahadat turun dari kereta untuk bertanyakan di mana kafetaria terdekat. Saya pun dengan rela hati, memandu arah Sahadat ke kafetaria terdekat. Akan tetapi, Sahadat tak arif dengan selok belok jalan dalam UPM. Sebabnya, Chizoba dan Sahadat ialah pelajar ijazah sarjana yang baru mendaftar sebagai pelajar seminggu sebelum itu. Saya dengan penuh rasa curiga dan dalam pada masa sama, kasihan, masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah si pemandu, iaitu Chizoba. Setelah masuk ke dalam kereta tersebut, Chizoba telah menghulurkan salam perkenalannya kepada saya. Setibanya di hadapan Kolej Tun Perak, UPM, Sahadat telah menukar fikiran, Dia mahu makan McDonalds pula. Saya pun mengeluh. Dah sampai tapi tukar fikiran pula saat akhir. Sepanjang perjalanan dari UPM ke Seri Serdang, kami bertiga telah berkenalan, walaupun secara tidak sengaja, pada hari itu.

    Saya : Are you a scam or a liar?
    Chizoba : Hey! I am not a scam. Don't worry, you will be safe with me. I wont harm you.
    Sahadat : Don't think everybody is bad.

    Kata-kata dari mereka melegakan hati saya. Pada akhir pertemuan secara tak sengaja itu, kami bertukar-tukar nombor telefon. Sehingga sekarang, Chizoba dan saya amat rapat. Saling prihatin satu sama lain. Tetapi saya sentiasa diberi ingatan oleh emak agar berhati-hati. Jangan kongsi sebarang kata laluan peribadi di mana mana akaun laman sosial, jangan bagi nombor mykad dan akaun bank, dan pelbagai lagi ingatan dari emak. Emak saya sentiasa mengingatkan saya agar saya tidak menjadi mangsa penipuan. Emak saya amat menjaga saya dengan sempurna.

    Bagi kelas Pengenalan Teori Komunikasi pula, saya ditempatkan di bawah kumpulan 2, di mana sebahagian pelajar tempatan dan antarabangsa ditempatkan di bawah satu kelas. Di kelas ini, saya berkawan dengan Hassan dan Hameed (seperti dinyatakan di atas). Seminar anjuran SKMM di Marriot Hotel Putrajaya, baru baru ini telah mengeratkan hubungan kami sebagai rakan kerana di kelas, saya dan mereka berdua ini tak pernah bertegur sapa, melainkan melemparkan senyuman antara satu sama lain.

    Berkat ingatan emak dan kawalan kendiri yang diamalkan sejak usia remaja, saya masih selamat sehingga sekarang.

    Kepada wanita-wanita di luar sana, terutamanya yang berharta dan berkarier, berhati-hatilah. JANGAN JADI TERLALU PEMURAH, PENYAYANG, DAN PENGASIH. Boleh bergaul asalkan tahu batas syarak dan undang-undang. Kerap baca akhbar, dan tonton berita. Apa sahaja jenis berita. Buat ikhtibar dan panduan agar lebih pandai menjaga diri.

    Sekian dari saya, Autumn Ika :)

    BalasPadam