Salam.
Jam 4 petang, Khamis 3 Ogos 2010, saya mendapat panggilan daripada pengasuh anak saya, Muhammad Mukhlis Hakim, ketika itu berusia 3 bulan, menyatakan bahawa bayi saya terjatuh di dalam bilik air dan mengalami bengkak kaki.
Saya ketika itu sedang bekerja, menghubungi suami dan bergegas pulang terus ke rumah pengasuh. Sewaktu tiba di rumahnya, bayi saya sedang menangis di dalam buaian dan semasa diangkat bapanya, jelas terdengar bunyi 'sesuatu'.
Kami kemudian mengejarkan bayi ke Hospital Banting, Selangor dan selepas X-Ray dibuat, tulang paha bayi didapati patah secara spiral. Bayi kami segera dihantar ke Hospital Klang dan di hospital, doktor memaklumkan bahawa tidak mungkin tulang terbabit boleh patah dan berpusing jika setakat terjatuh di bilik air.
Suami saya tidak berpuas hati, kembali ke rumah pengasuh pada hari Sabtu dan bertanya secara telus berhubung kejadian. Suami bertegas mahu melihat di mana tempat bayi itu didakwa terjatuh dan bagaimana dia terjatuh.
Akhirnya, pengasuh mengaku bahawa dia sendiri sebenarnya telah mematah dan memulas kan paha bayi saya dengan alasan bayi meragam dan merengek. Dia juga mengatakan bahawa semasa kejadian, dia tertekan dan tidak dapat berfikir.
Laporan polis telah kami buat di Balai Polis Banting, kes disiasat Inspektor Khairul Azizi dan juga difailkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Banting, seliaan Puan Rizalina.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada perkembangan kes dan kami hanya disuruh menunggu sahaja. Pihak polis mengatakan mereka telah menyiasat dan pengasuh telah mengaku tetapi mengapa tiada tindakan mahkamah dilaksanakan?
Saya masih lagi bertembung dengan pangasuh terbabit dan menyakitkan hati, dia masih boleh tersenyum ke arah saya seolah-olah dia tidak bersalah!
Saya cuba membuat aduan di Talian Nur tetapi pegawai Talian Nur kata, rujuk kepada Puan Rizalina semula. Puan Rizalina pula berkata, dia sudah selesai menyiasat kes terbabit.
Saya tidak tahu siapa meunggu siapa atau apa ditunggu lagi!
Journalis Maya : Puan Dee.
Jam 9 pagi, 18 April 2011 saya telah menghubugi Pegawai Penyiasat kes dan dimaklumkan beliau masih menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pertuduhan terhadap saspek.
Kes disiasat mengikut Sekyen 31 Akta Kanak Kanak 2001.
Beliau memohon maaf atas kelewatan berlaku.
Kemaskini
Jam 9 pagi, 18 April 2011 saya telah menghubugi Pegawai Penyiasat kes dan dimaklumkan beliau masih menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pertuduhan terhadap saspek.
Kes disiasat mengikut Sekyen 31 Akta Kanak Kanak 2001.
Beliau memohon maaf atas kelewatan berlaku.