Zone A (Bonus)

Sabtu, 29 Januari 2011

Ikan Bakar Pak Din

Jalan Kepala Batas-Butterworth, itu lokasinya. Kedai menjual ikan, sotong, udang dan daging bakar.

Juadah enak dan pelbagai menjadi tarikan ramai.

Lemak daging bakar, biar pun fattening tetapi marvelous!

Sent from my Nokia N8 phone

Ahad, 23 Januari 2011

Ops Trafik Bukit Aman

Jam 1 pagi pasukan trafik Bukit Aman menyerbu penunggang motosikal berhimpun di Dataran Shah Alam.

Kecoh!

Sent from my Nokia N8 phone

Jumaat, 21 Januari 2011

Sejuk Dan Panas

Terdengar 2 gadis di atas berbisik sesama mereka.

"Sejuknya"

Sesekali terasa bayu malam berhembus menyentuh tubuh, duduk di luar restoran mamak.

Ketika minuman air batu campur diletakkan di atas meja saya, gadis berbaju hijau terbabit barangkali berasa hairan.

"Gila ke apa, orang tua ni"

Mungkin itu bisik hatinya.

Apa pun, dia barangkali tidak mengetahui, jiwa saya sentiasa panas.

Panas melihat pelbagai kejadian malang menimpa manusia.

Malam ini saya akan menyertai rakan penunda kereta terbabit kemalangan, mungkin bakal ada nyawa terkorban.

Sent from my Nokia N8 phone

Promosi Apa?

Dia berdiri dari jam 6 petang sehingga 9 malam.

Majoriti mereka bekerja sebagai promoter, kemas dan comel, barangkali syarat utama untuk diambil bekerja.

Maklumlah, kebanyakkan perokok, lelaki. Namun rasanya tidak ramai perokok sanggup bertukar brand hanya kerana tergoda sewaktu didekati promoter.

Saya perhatikan urat kakinya timbul, berwarna hijau, biar pun dia rendah tetapi mungkin berat.

Sent from my Nokia N8 phone

Khamis, 20 Januari 2011

Studio

Krew 999 bersiaran 'live' dari Sri Pentas.

Sent from my Nokia N8 phone