Zone A (Bonus)

Jumaat, 6 Januari 2012

KENCING DALAM LIF



Gambar di atas dirakamkan di dalam lif di Pangsapuri Sutera Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang berikutan tidak tahan dengan tindakan tidak bertamadun 'seseorang'.

Masih ada lagi manusia yang berperangai begini.

Semoga doakan penduduk dimakbulkan.

Journalis Maya: Usez

Selasa, 3 Januari 2012

MANGSA KEMALANGAN MENGGELUPUR (Gambar Eksklusif)

Sewaktu dalam perjalanan dari I-City ke Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terlihat lori dipandu laju di lorong sebelah kanan Lebuh Raya Persekutuan menuju ke arah Kuala Lumpur.

"Afif, tolong ambilkan gambar lori itu," pinta saya kepada anak.

Pantas dia menunaikan permintaan saya sedang memandu.


Berpengalaman menjadi anak saya selama lebih 13 tahun, Afif  Faiq tahu mengapa saya meminta dia merakamkan gambar kenderaan itu.


Lori itu dipandu laju tanpa lampu lengkap sekaligus berkebarangkalian mengundang malapetaka di jalanraya.  Saya percaya pihak pengurusan syarikat gergasi perkapalan itu mampu mengenal pasti identiti pemandu terbabit. 


Tolong peringatkan dia, usah memandu menggunakan hanya satu lampu. 

Jam 10.52 malam, 12 minit setelah gambar di atas dirakamkan, sewaktu memandu di Lebuh Raya Utara-Selatan, NKVE, saya memberhentikan kenderaan di lokasi selamat.

Tragedi tidak diduga berlaku beberapa minit sebelum saya tiba di lokasi.


Kemalangan beraku berhampiran susur keluar ke Damansara, Petaling Jaya, Selangor, di NKVE dari arah utara ke selatan.

Semua gambar saya rakamkan secara eksklusif kerana tiada wartawan dan jurugambar media cetak dan elektronik di lokasi.

Mangsa di atas berada dalam kesakitan tetapi tidak bersuara.


Beberapa lelaki dipercayai rakan mangsa cuba menenangkan lelaki kelihatan cedera di kepala. Darah merah mengalir membasahi wajahnya.

Tidak jauh dari mangsa pertama, mangsa kedua kelihatan bak menggelupur terbaring di atas jalanraya sambil diperhatikan barangkali kenalannya.


Keadaan kelam-kabut dan kawasan kejadian mula dikerumuni orang ramai, majoriti penunggang motosikal.


Melalui pengamatan saya, mangsa kedua juga mengalami kecederaan di kepala serta tangan.

"Sudah telefon ambulan?," soal saya kepada mereka berada berhampiran mangsa.

"Sudah," balas mereka.

Saya terus merakamkan gambar. Dalam keadaan begitu tidak molek untuk bertanyakan butiran diri mangsa terbabit.


Saya dimaklumkan 2 mangsa terbabit tidak mengenali di antara satu sama lain. 

Rakan mangsa pertama akhirnya bersuara.

"Kami dari Pulau Pinang, dalam perjalanan balik ke Pelabuhan Klang. Dia menunggang di tengah, saya di belakang. Kami konvoi dalam sepuluh orang dan tadi rasanya ada lori bergesel dengan motosikal dia tetapi pemandu lori melarikan diri," ujarnya.

Saya berpeluang merakamkan gambar satu daripada 4 motosikal dilaporkan terbabit dalam kemalangan ngeri itu.


Beberapa minit selepas berada di lokasi, saya terpandang remaja terduduk tanpa suara berhampiran penghadang jalan.


Perhatikan titisan dan tompokan darah berhampiran paha kanan mangsa.


Pada ketika itu, mangsa pertama kelihatan berada dalam keadaan amat sakit.


"Jangan pejamkan mata! Jangan pejamkan mata!," ujar rakannya dalam keadaan panik

Tanpa bersuara, beberapa kali mangsa cuba mengubah kedudukan tubuhnya.

Kira-kira jam 11 malam, ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi dan kakitangan hospital itu bertindak pantas.


Setelah memastikan dia masih bernafas, mangsa dibawa masuk ke dalam ambulan.


Mangsa kedua kemudian diusung ke dalam ambulan sama.


Manakala mangsa ketiga dipapah ke seberang kiri jalan. 


Polis trafik tiba di lokasi kemudian bertindakn mengawal lalu-lintas. 


Saya berharap semua mangsa selamat. 

Selasa, 20 Disember 2011

INI BUKAN TONG SAMPAH!

Dua hari lalu saya menemui pekerja di kedai milik warga Aceh di Jalan Kenyalang 1/3B, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Tidak mengapa, sampah itu semua dicampakkan di depan kedai saya, saya akan bersihkan," ujar pekerja terbabit.

Hari ini saya meninjau kawasan sama sekali lagi dan berikut gambar saya rakamkan.


Saya percayai pekedai tahu, ruang di antara premis perniagaan mereka dan ruang pejalan kaki itu bukan tong sampah.

Barangkali akal dangkal mendorong mereka terus mencemari kebersihan di kawasan awam.

Jam 5 petang tadi, saya bertemu pemilik kedai memperbaiki motosikal di sebelah kedai runcit Aceh.

"Kita boleh berniaga tetapi jangan susahkan orang lain. Ini bukan tong sampah," kata saya kepada lelaki Cina terbabit.


Perhatikan ruang di hadapan kedai sama.


"Wow! Tiub motosikal pun buang sana ke?," soal saya kepada peniaga.

Dia hanya mendiamkan diri.


Untuk rekod, restoran dikunjungi ramai terletak kurang 50 meter dari kedai terbabit.

Selain tiub tayar, topi keledar lama juga dibuang di ruang sama sekaligus mampu menjadi bekas strategik nyamuk aedes untuk bertelur.


Sebilangan motosikal diperbaiki juga didapati diparkir di ruang pejalan kaki di hadapan kedai menyukarkan orang ramai menggunakan laluan itu.

"Orang berniaga untung, orang ramai susah. Macam itu ke berniaga?," soal saya.


Jam 5.20 petang tadi, pemilik dan pekerja kedai kelihatan tergesa-gesa mengalihkan kenderaan itu ke lokasi sepatutnya.


Tidak salah mencari rezeki secara berniaga tetapi usah sampai mencemarkan kebersihan sekaligus menyusahkan masyarakat awam.


Saya tidak berhasrat untuk mengambil alih tugas penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya tetapi sekadar menegur segelintir manusia kelihatan kurang prihatin berhubung tanggungjawab menjaga kebersihan.

Rabu, 14 Disember 2011

PATUH SOP KESELAMATAN?


Gambar di atas dirakamkan di pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selamatkah kaedah mengangkut barangan sebegitu kepada pengguna jalanraya lain? Adakah kaedah itu menggunakan SOP keselamatan dituntut oleh pihak berkuasa?

Journalis Maya : 9W2BZT