Zone A (Bonus)
Jumaat, 1 Julai 2011
Isnin, 27 Jun 2011
Bayaran Menonton Tarian Bogel Serendah 1 Ringgit (18SX)
Pernah mendengar nama ROSE CHAN?
Berikut petikan Wikipedia berhubung wanita terbabit.
' ... at the age of 27. While performing at the Majestic Theatre in Ipoh, her brassiere snapped. The enthusiastic applause from the audience caught her by surprise, and set her thinking: "Here I dance all night and sweat so much, and nobody claps. My bra breaks and they clap'
Klik di sini untuk membaca perincian lengkap berhubung Rose..
Persembahan Rose turut dipromosikan di akhbar The Malay Mail pada edisi tahun 1957. Bayaran dikenakan untuk menonton tariannya serendah seringgit.
Gambar di atas disiarkan akhbar 54 tahun lalu tanpa suntingan tetapi saya kaburkan sedikit.
Terfikir, rupa rupa pengisian hiburan orang dahulu lebih HEBAT!
Orang Vietnam, Myanmar Dan China Tak Beromen Di Tepi Tangga!!
2 minggu lalu, 2 pasangan ditangkap berkhalwat di sebuah apartment di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Klik di sini.
Awal pagi tadi, gambar satu daripada pasangan diberkas 14 hari lalu dirakamkan. Lokasi kali ini, di kawasan tangga, apartment disewa gadis berbaju putih.
Yakin terselindung dari pandangan pengawal keselamatan, mereka berpelukan dan bercium, selamba.
Sewaktu ditahan pengawal keselamatan dan penduduk, remaja lelaki sekali lagi berjanji tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu.
"Orang Vietnam, Myanmar dan China tinggal di kawasan ini pun tak beromen di tepi tangga!!," ujar penduduk.
"Sorry bang, saya nak hantar dia balik," balas remaja itu dalam loghat Terengganu.
"Kamu balik dan jangan masuk lagi ke kawasan ini," amaran dilontarkan penduduk.
Lihat aksi gadis terbabit sekali lagi, ganas!
Lihat aksi gadis terbabit sekali lagi, ganas!
Jumaat, 24 Jun 2011
Di Manakah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri tahun 1957?
Tahun ini, umat Islam dijangka akan meraikan Hari Raya Aidil Fitri dan sambutan Hari Kemerdekaan pada tarikh begitu hampir.
Mungkin Hari Raya akan disambut pada 30 Ogos.
Saya ingin berkongsi sedikit maklumat barangkali tidak diketahui ramai. Pada tahun 1957, umat Islam mula berpuasa pada 1 April dan menyambut Hari Raya pada 1 Mei.
"Di mana Tunku solat sunat Hari Raya?"
Itu soalan saya, gagal dijawab ramai kenalan.
Jawabannya, Masjid Alam Shah di Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Lihat gambar dirakamkan akhbar The Malay Mail, Tunku, pada ketika itu Ketua Menteri Wilayah Persekutuan berjalan berhampiran masjid, diperhatikan jemaah lain.
Lebih menarik, akhbar sama memaparkan kisah bagaimana masyarakat desa pada waktu itu keluar ke bandaraya Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya. Antara lokasi menjadi tumpuan, Lake Gardens. Selain itu, masyarakat pelbagai bangsa, menggunakan bas sewa berkunjung ke Port Dickson untu bercuti.
Pertandingan Ratu Sarong Kebaya turut dianjurkan pada malam Hari Raya tetapi saya dapati 4 pemenang di bawah berbangsa Cina.
Pada petang Hari Raya kedua, dianjurkan pesta sosial dan tari-menari di Klang, Selangor.
Berikut caption gambar di atas.
Terima kasih kepada Arkib Negara Malaysia kerana membenarkan saya merakamkan antara gambar bersejarah terbabit.
Sabtu, 18 Jun 2011
Cukupkah Bilangan Pegawai Dan Anggota Polis Untuk Mengawal Perhimpunan BERSIH Dan PERKASA?
Jam 2 petang, 9 Julai 2011 dijangka bakal berlaku perhimpunan tanpa permit anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, BERSIH di beberapa lokasi di Kuala Lumpur.
Tarikh terbabit jatuh pada hari Sabtu.
Seperti diumumkan di banyak laman web, 3 lokasi bakal dijadikan medan perhimpunan utama, Sogo, Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Masjid Kampung Baru.
Menurut Datuk Ibrahim Ali, Pengerusi Pertubuhan Pribumi Negara, PERKASA, pertubuhan terbabit berhasrat untuk berhimpun di Kuala Lumpur pada hari sama jika BERSIH meneruskan perancangan diatur.
"Jika perhimpunan BERSIH diteruskan, PERKASA akan menentang habis-habisan," kata Datuk Ibrahim.
Untuk rekod, ketua perhimpunan BERSIH, Ambiga Sreenevasan.
Tambah Ibrahim lagi, BERSIH dilapor akan menghimpunkan lebih 300,000 ahli di jalanan Statistik itu bakal kita anggarkan kelak andai perhimpunan diteruskan. PERKASA kini dilaporkan mendapat sokongan Melayu dijangka akan hadir bersama ahli dan penyokong dianggarkan bukan sedikit bilangan mereka.
Saya dapat membayangkan, sekiranya perhimpunan itu diteruskan, pasti Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU akan menempatkan ratusan pegawai dan anggota polis di pelbagai lokasi strategik bertujuan untuk mengawal keadaan.
Kita mampu menjangka, Pasukan Pols Diraja Malaysia, PDRM seperti di perhimpunan haram terdahulu sentiasa bersiap sedia memastikan setiap lokasi 'panas' dipantau pegawai serta anggota Pasukan Khas, SB bergerak di kalangan orang ramai tanpa berseragam.
Justeru tidak hairan jika perserta perhimpunan bertindak semberono akan diberkas dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk disiasat. Kejadian itu pernah berlaku sebelum ini.
Saya difahamkan, jumlah keseluruhan pegawai dan anggota polis di Malaysia kira-kira 100,000 termasuk petugas pejabat. Sekaligus terfikir, apakah kaedah terbaik bakal dilaksanakan PDRM untuk menangani the worst case senario sewaktu perhimpunan berlangsung?
Jika berlaku kekecohan, pastinya mereka bertindak sebagai pencetus akan diberkas tanpa mengira mereka ahli BERSIH atau PERKASA. Melalui pengalaman, saya rumuskan, bukan enteng untuk mententeram sekaligus menahan individu bertindak ganas didorong emosi. Tambahan pula jika semangatnya dibakar tanpa henti dek penyokong di sekeliling. Tersilap percaturan, kecederaan fizikal berlaku jika terjadi pergelutan.
Harus diingat, pegawai dan anggota PDRM adalah manusia seperti kita. Tubuh mereka mampu berdarah, they bleed, jika dicederakan. Justeru mereka berhak bertindak mempertahankan diri sekiranya diserang atau diganasi.
Apapun, saya yakin, PDRM tidak akan menurunkan pegawai dan anggota kurang berpengalaman untuk mengawal situasi genting di perhimpunan haram.
Kita mampu mencongak, bilangan pegawai dan anggota FRU selama ini kita lihat menjadi pasukan barisan hadapan menangani perhimpunan haram, terhad. Pun begitu PDRM mempunyai alternatif tambahan jika diperlukan.
Pegawai dan anggota polis selama ini berpengalaman menangani pelbagai kes jenayah antara kumpulan terbaik untuk dikerah ke lokasi perhimpunan. Khidmat pasukan Jabatan Siasatan Jenayah antaranya Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7 dan pasukan Jenayah Berat, D9 serta pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari IPK di seluruh negara harus diambil kira, andai perlu. Saya percaya pegawai dan anggota selama ini cekap dan bersemangat melaksanakan tugas berisiko tinggi seperti memberkas ahli kongsi gelap, pembunuh, perogol dan pengedar dadah lazimnya tidak akan bermasalah untuk menahan individu atau kumpulan cuba mencetuskan situasi tegang sehingga menggugat keselamatan negara.
Jika bilangan mereka tidak mencukupi, PDRM juga diperkasakan dengan pasukan komando, VAT 69 berpengkalan di Hulu Kinta, Perak. Mereka antara manusia berhati kering, cekal dan berani, InsyaAllah mampu menundukkan individu mengganas hanya dengan tangan kosong.
Saya masih percaya hingga ke hari ini, polis sedaya-upaya tidak pernah berhasrat untuk mencederakan orang awam. Namun mereka berhak mempertahanan diri jika diserang atau dikasari ketika melaksanakan tugas dipikul. Dalam proses itu, secara tidak sengaja tubuh suspek ditahan mungkin mengalami kecederaan ringan.
Saya teringat kenyataan diungkapkan kenalan, pegawai polis, suatu ketika dahulu.
"Manusia biasanya akan senyap dan berhenti mengganas sebaik tangannya digari"
PDRM satu daripada 8 agensi penguatkuasa bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jika bilangan pegawai dan anggota polis tidak mencukupi untuk menangani situasi genting perhimpunan haram, kakitangan Ikatan Relawan Rakyat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Imigresen pastinya tidak keberatan untuk membantu.
Apapun, kerahan tenaga di kalangan pegawai dan anggota agensi penguatkuasa tidak diperlukan sekiranya BERSIH dan PERKASA memberhentikan perancangan mereka untuk berhimpun di jalanan.
Lihat sahaja negara jiran, Indonesia, tekenal dengan kumpulan demonstrasi jalanan, setakat ini tidak kemana, jutaan rakyat negara terbabit masih merempat di negara orang.
Setakat ini, masih wujud ruang untuk BERSIH dan PERKASA mengubah keputusan mereka. Saya sebagai individu membantah perhimpunan bakal menggugat keselesaan orang awam sekaligus memberikan impak negatif kepada ekonomi negara kita kongsi bersama.
Jumaat, 17 Jun 2011
Ikan Longkang Juadah Indon
6.15 petang semalam, beberapa warga Indonesia kelihatan berada di longkang buatan manusia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selengor.
Saya perhatikan gelagat anak muda terbabit dari jarak jauh sambil merakamkan gambar pegun mereka.
Sebelum ini beberapa kali saya melihat mereka memancing ikan di lokasi berhampiran kongsi pekerja tapak pembinaan itu. Malah saya pernah dihubungi kenalan kira-kira 5 bulan lalu berhubung perlakuan mereka.
"Bang, group Indon ini rasanya menuba ikan di longkang. Banyak ikan timbul"
Semua pembaca tahu, saya bukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Imigresen mahupun polis. The least that I could do, menghubungi polis Balai Kota Damansara dan memaklumkan mereka berhubung aduan itu.
Kita sambung kembali cerita ini.
Disulam gelak-tawa, mereka mengharung air setinggi paras pinggang dan saya percaya kejadian itu disaksikan ramai lagi penduduk tempatan di kawasan terbabit.
Rupanya mereka menjaring ikan, perbuatan saya yakin, tidak bersalah mengikut Kanun Keseksaan mahupun Akta Imigresen 1959/63. Mereka mencari rezeki halal, barangkali untuk dijadikan lauk makan malam.
Apapun, perbuatan menuba atau menggunakan renjatan elektrik untuk menangkap ikan, satu kesalahan di negara kita.
Untuk rekod, saya difahamkan, longkang besar itu terletak bersebelahan kolam rawatan najis manusia.
Memancing sudah, menuba sudah, menjaring ikan juga sudah. Apa lagi tindakan mereka selepas ini?
Melihat perlakuan kumpulan terbabit, spontan saya terfikir, jika rakyat Malaysia berada di Bandung, Bali, Medan atau di mana sahaja lokasi di Indonesia, beranikah kita bertindak seperti mereka?
Tersilap langkah, cabaran ditusuk buluh runcing terpaksa kita depani.
Di Malaysia? Buat sahajalah, jarang benar tindakan mereka berani ditegur dek majoriti warga negara ini.
Khamis, 16 Jun 2011
Tiada Segan Silu
Sebilangan melanggar undang-undang secara tersembunyi manakala sebilangan lagi secara terang-terangan.
Langgan:
Catatan (Atom)