Zone A (Bonus)

Isnin, 13 Jun 2011

Main Dengan Girlfriend Tidur Dengan Gadis Lain

"Kira-kira 15 minit juga, pegawai masjid ketuk rumah sebelum pintu dibuka," ujar penduduk.

Saya tiba di unit apartment terbabit pada jam 1.08 pagi dan merakamkan gambar berikut.


Gambar 2 lelaki berdiri kaku dan 2 gadis duduk di lantai, 


"Kamu berdua duduk di bilik mana?"

"Bilik tu," balas remaja lelaki.

Saya kemudian merakamkan gambar bilik dimaksudkan.


"Tidur di atas lantai?," soal saya.

"Tak, pakai toto," balas mereka.

Hairan, mengapa toto terbabit tidak diletakkan di bilik sama? Namun saya pendamkan dahulu soalan itu buat seketika.

Untuk rekod, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS mentauliahkan pegawai masjid sekaligus memberikan kuasa untuk mereka membuat serbuan serta menahan pasangan dipercayai berkhalwat sebelum menyerahkan mereka kepada penguatkuasa JAIS.

"Kamu main dengan girlfriend kamu dah 2 kali?," soal ustaz.

 "Ya," balas remaja berbaju merah (di bawah).


Satu daripada bilik tidur kemudian diperiksa rapi 3 pegawai masjid sambil disaksikan remaja sama. 

"Ini jam tangan lelaki, siapa punya?," soal ustaz.

Perlahan, remaja terbabit mencapai jam dimaksudkan dari dalam almari dipenuhi pakaian perempuan. Kotak dimuatkan pelbagai barangan lelaki kemudian diangkatnya keluar dari bilik itu.


Berikut gambar tilam dirakamkan di dalam bilik sama. 


Setelah disoal siasat secara lebih terperinci, remaja berasal dari Terengganu itu mengaku tidur bersama gadis bukan teman wanitanya.


Gadis terbabit berusia 24 tahun, pekerja syarikat swasta dan berasal dari Perak.

"Cuba tengok leher dia," bisik ustaz.


Gadis sama juga mengaku pernah mengadakan hubungan seks bersama teman lelakinya sebelum ini, bukan lelaki tidur bersamanya.

"Dia kawan saya, saya baru sahaja bergaduh dengan boyfriend tadi," ujarnya.

Saya berasa amat hairan, bagaimana dia tergamak tidur setilam bersama lelaki didakwa teman ketika bertelingkah dengan teman lelaki sebenar?

Hanya gadis itu mempunyai jawabannya.


Saya perhatikan wajah remaja berusia 23 tahun, berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Dia menongkat dagu, kelihatan lebih tenang berbanding rakannya berulang kali merayu dilepaskan sekaligus berjanji akan keluar serta-merta dari rumah dihuninya sejak lebih 2 minggu lalu, seperti didakwa.  


"Janganlah menipu dik, tak elok. Ini semua orang tua. Lagipun pergerakan awak telah lama diperhatikan dek security di sini," kata saya.

Dia membisu.

"Apa hubungan awak dengan 2 perempuan tu?," tanya saya lagi.

"Kawan," balasnya ringkas.

"Baiklah, pakai seluar panjang. Takkan nak ke balai polis dengan seluar pendek," ujar ustaz.

Dia berdiri membatu dan mula kelihatan serba salah.

"Mana seluar kamu?," soal ustaz sama.

"Dalam bilik ni tetapi berkunci. Orang duduk di bilik ni dah pindah," jelasnya.

"Kalau penghuni bilik dah pindah, macam mana seluar kamu ada di dalam?," celah saya.

Tiba-tiba gadis memakai baju berbunga menghulurkan kunci kepadanya. Pantas dia membuka pintu bilik.


Di dalam bilik sama saya rakamkan barangan milik remaja terbabit.


Sebelum polis peronda tiba, saya bertanya kepadanya ...

"Dia ni girlfriend kamu kan?"

"Ya," jawabnya.

Sebelum ini, sewaktu ditanya pengawal keselamatan bertugas, dia mendakwa telah berkahwin dengan pasangannya itu. Namun berikutan usia masih muda, kenyataannya itu diragui sebilangan penduduk.

Pada masa sama, rakannya melutut di hadapan ustaz, meminta dibebaskan.

"Beginilah, kami menerima aduan daripada penduduk di sini, jadi kami datang untuk membuat pemeriksaan. Kami pun dah minta nombor telefon ibu bapa kamu semua tetapi kamu tak nak bekerjasama. kejap lagi polis sampai dan kami akan membuat laporan berhubung tangkapan ini di balai sebelum menyerahkan kamu semua kepada JAIS," jelas ustaz kepadanya.




Saya tersenyum  melihat gambar Mickey Mouse dan pasangannya Mini, ditampal di pintu bilik. Jelingan mereka kelihatan nakal.


Hampir jam 2 pagi, kedua pasangan dibawa ke balai polis berhampiran, sementara menunggu penguatkuasa JAIS tiba untuk mereka disoal siasat di pejabat mereka di Shah Alam, Selangor.


Gambar pasangan ditahan, saya kaburkan kerana mereka berstatus suspek, belum dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah.

15 ulasan:

  1. Salam,,,,bro,...lokasi mana tuh!!!,,,aku dapat maklumat kat apartment Sri Meranti ,Bandar Sri Damansara,..banyak couple bersekedudukan,..ni mamat Kelantan punya kerja,...malas,..dan suka pau awek diorang,,...duduk free,,..tut tut pun free juga,..ada orang surau tak berani sound,...satu kariah dpt dosa,...tolonglah ,....

    BalasPadam
  2. sedihlah... mengapalah semakin parah penyakit sosial di negara kita, dari kanak2 belasan tahun hinggalah tuk nenek yg hampir2 rebah ke tanah. nampaknya seperti terlalu banyak kesilapan yang berlaku, tanpa dapat diperbetulkan.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. ha'ah....dr dulu tertanya2 ape SMTI tuh, tp tak tertanya2...akhirnya ade jugak yg bertanya....ehhehhe

      Padam
  4. Mat ko jgn tduh kt org kelantan rr..ko tu yg x hensem gg bau longkang tu r awek ko lari..pastu salahkn org kelantan..ko yg buruk nk mpuan cntik..cibai

    BalasPadam
  5. semua ini boleh mendatangkan bala nauzubillahiminzalik

    BalasPadam
  6. Saudara dan Suadari semua, tolong jawab.. 'smti' tu apa?

    BalasPadam