Zone A (Bonus)

Selasa, 5 Februari 2013

PENJUAL BUNGA DI BAWAH UMUR


Lokasi Kejadian Kes: Lampu isyarat berhadapan Lot10.

Assalammualaikum En.Mazidul, saya ingin membuat aduan berkenaan dengan 'scenery' yang bagi saya amat menyedihkan kerana hari2 saya dapat melihat seorang kanak2 lelaki yang masih muda, berkulit gelap yang bangsanya saya tidak pasti bergadai nyawa setiap hari menjual bunga di tengah jalan di lampu isyarat berhadapan Lot 10 bukit bintang. Saya melihat 'scenery' ini apabila saya berjalan pulang setiap hari dari office saya di area bukit bintang dalam jam 6 pm ke atas dan saya tidak pasti sampai jam berapa.

'Scenery' yang bagi saya sepatutnyer tidak patut terjadi kerana malaysia bukanlah negara yang terkenal dengan 'rakyat yang miskin & mempunyai ramai gelandangan', mungkin kanak2 ini bukan berasal dari malaysia tapi keadaan ini sepatutnyer tidak berlaku di Kuala Lumpur khususnyer di Malaysia.

Sangat menyedihkan bila melihat kanak2 ini begitu berani untuk berada di tengah jalan, mengetuk pintu setiap kereta semata2 untuk menjual bunga mawar merah yg harganya RM10 (1 kuntum). Saya terpanggil untuk membuat aduan ini kepada En.Mazidul kerana saya rasa perkara ini patut tidak terjadi di Malaysia kerana 'scenery' sebegini hanya boleh dilihat di negara2 yg miskin seperti di Indonesia, Cambodia & India sebagai contohnya.

Saya sebagai seorang ibu berharap kes seperti ini diberi perhatian En.Mazidul kerana perkara ini baru lagi terjadi lebih kurang tidak sampai seminggu dari perhatian saya. Di sini saya kepilkan 3 gambar untuk bukti.
Sekian Terima Kasih & Assalammualaikum.

Journalis Maya: Warga Perihatin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan