Zone A (Bonus)

Khamis, 12 Mei 2011

Adakah Permohonan Maaf Dapat Mengembalikan Maruah Saya Yang Tercalar?

Salam En. Mazidul.

Tujuan saya menghantar email kepada Encik Mazidul adalah kerana saya ingin meluahkan ketidakpuasan hati dengan pihak CARREFOUR ALAMANDA PUTRAJAYA. Pada 07/05/2011 lebih kurang jam 0900 – 0945 malam, saya dan keluarga telah mengunjungi pasaraya Carrefour Alamanda Putrajaya. Sejurus sewaktu saya dan keluarga keluar daripada pasaraya itu, seorang pengawal keselamatan merampas beg tangan saya tanpa keizinan dan menggeledah beg tangan saya di khalayak ramai. Apabila selesai menggeledah, pengawal keselamatan itu tidak menjumpai barang yang kononnya saya curi. Tindakan pengawal keselamatan tersebut telah memalukan dan mengaibkan saya serta keluarga memandangkan semua mata pengunjung di situ memandang ke arah kami selain berhenti untuk melihat insiden tersebut.

Mereka telah menuduh saya mencuri barangan Carrefour tanpa bukti yang kukuh. Apa yang menjadi persoalan adalah ‘sensor’ keselamatan tidak berbunyi jika benar saya mencuri barangan pasti ‘sensor’ tersebut akan berbunyi dan memang wajar saya ditahan. Saya telah meminta penjelasan dari mereka yang menuduh saya ada mengambil barangan. Apabila tidak menjumpai ‘barangan curi’ yang dicari, pengawal keselamatan itu terus pergi tanpa memberikan penjelasan dan memohon maaf. Saya dan keluarga telah bertengkar dengan pengawal keselamatan dan juga yang kononnya ketua pengawal pada malam itu dan telah meminta bukti kukuh rakaman CCTV yang telah merakam kan kejadian kecurian yang dituduh ke atas saya. Kami di bawa ke bilik CCTV untuk melihat rakaman tersebut dan sangat mengejutkan kerana hampir satu jam mereka memainkan rakaman CCTV namun tidak dapat mencari rakaman yang dapat membuktikan selain mensabitkan saya dengan kesalahan mencuri. Daripada penelitian rakaman CCTV, tidak nampak pun kelibat saya mengambil barang dan hanya berjalan-jalan di setiap laluan lorong barang dalam Carrefour tersebut bersama kakak saya sebagai saksi. Saya meminta penjelasan daripada pengawal keselamatan yang meneliti CCTV dan dia mengatakan bahawa dia perasan seorang wanita yang disuspek membawa beg merah jambu dan memakai baju berwarna merah jambu sama seperti saya walhal dalam rakaman CCTV tersebut memang jelas kelihatan seorang wanita lain yang membawa beg merah jambu dan warna pakaian yang sama tetapi wanita itu mendukung anak bersama suaminya dan kelihatan seolah-olah mengambil barang di lorong susu bayi. Mereka suspek saya adalah salah seorang kumpulan mencuri tepung susu tetapi dalam rakaman CCTV kelibat saya tidak kelihatan di lorong susu bayi seperti yang dituduh.

Ketika di dalam bilik rakaman, saya telah bertengkar dengan pengawal keselamatan yang menahan saya mengenai tindakan beliau merampas dan menggeledah beg saya di khalayak ramai. Mungkin kerana tidak tahan dek bebelan saya, pengawal tersebut menarik cota yang terselit dipinggangnya untuk memukul saya. Saya terkejut dengan tindakan pengawal tersebut yang juga mencabar kami yang beliau tidak takut sekiranya kami ingin membuat laporan polis dan masih lagi mengeluarkan perkataan yang kesat serta mengugut dan mengancam keselamatan kami sekeluarga walaupun dia diminta untuk beredar oleh penyelia beliau. Ketika kejadian berlaku, tiada pengurus atau penolong pengurus yang datang membantu dan yang ada hanyalah pekerja-pekerja bawahan.

Setelah 2 jam kami berada di bilik CCTV tanpa ada mana-mana pengurus atau penolong pengurus, barulah seorang lelaki bernama Encik Aiman yang mengaku dia adalah Ketua Keselamatan di situ. Saya telah menulis borang aduan Carrefour sebagai mempertahankan diri. Encik Aiman memohon maaf selain berjanji untuk membawa insiden tersebut ke pengetahuan pengurusan Carrefour. Sejurus selepas beredar dari Carrefour, saya telah ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk membuat laporan polis.

Satu perbincangan telah diadakan di antara wakil pihak Carrefour dan saya pada hari Isnin, 09/05/2011 di pejabat Carrefour Alamanda Putrajaya. Wakil pihak Carrefour telah memohon maaf dan akan mengeluarkan surat memohon secara rasmi kepada keluarga saya. Namun demikian, saya masih tidak berpuas hati dengan pihak mereka yang cuma meminta maaf dan mengeluarkan surat rasmi. Kelihatan mereka seperti tidak ikhlas dalam menangani masalah ini. Sekarang saya seperti trauma dan terkesan daripada kejadian yang menimpa saya pada hari Sabtu yang lalu. Ibu saya adalah insan yang paling teruk terkesan dan tekanan perasaan dengan insiden ini kerana pada hari kejadian terdapat rakan-rakan beliau di situ serta ibu saya sekarang berasa terancam dengan ugutan pengawal keselamatan tersebut. Pihak Carrefour juga seolah-olah memperbodohkan saya dengan hanya memberikan maaf beribu kali dengan tidak ikhlas. Bersama dengan pihak Carrefour adalah pegawai daripada syarikat keselamatan yang dilantik dan beberapa pegawai yang pada kiraan saya bukanlah daripada ‘top management’. Saya andaikan pegawai yang diarahkan untuk menyiasat perkara ini hanya bagaikan ‘TERPAKSA’ ditugaskan untuk berbincang. Apa yang membuatkan saya kecewa adalah prosedur pemeriksaan tidak dijalankan di bilik siasatan dan saya telah dimalukan sebegini rupa. Bayangkan para pembaca sekalian, beribu-ribu mata memandang ke arah saya dan keluarga dan ada di antara mereka adalah merupakan kenalan kami. Malahan pengawal keselamatan itu tidak meminta izin dan merampas beg tangan tanpa memberikan penjelasan kepada saya dan keluarga.

Apakah tindakan bijak yang perlu saya ambil supaya saya mendapat keadilan yang sepatutnya selain memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada mana-mana pengunjung Carrefour untuk masa-masa yang akan datang. Saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada orang lain dan apa yang terjadi kepada saya boleh dijadikan pengajaran kepada semua. Saya sangat kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pihak Carrefour yang meminta maaf tanpa ikhlas tanpa memikirkan maruah saya dan maruah keluarga telah tercalar kerana insiden ini. Bagi mereka ini adalah perkara yang kecil dan terpencil dan tidak perlu di berikan perhatian dan diambil peduli. Sebagai satu jenama yang besar dan dipercayai, insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan ini adalah merupakan penghinaan bagi saya dan keluarga. Sekarang saya berasa malu, terhina, perasaan saya tertekan dan buntu untuk memikirkan apakah tindakan yang selanjutnya patut diambil. Adakah hanya dengan permohonan maaf dapat mengembalikan maruah saya yang tercalar dan malu di muka dapat dipulihkan?

Journalis Maya: I.F.Z

14 ulasan:

  1. Sungguh simpati apa yang berlaku kepada saudari IFZ dan keluarganya.

    Benar, sungguh kecewa dengan cara pihak pasaraya itu mengendalikan kesilapan mereka.

    Semasa saya baca perenggan pertama, sudah terdetik di hati saya, “kenapa tidak disoal siasat di dalam bilik khas”?
    Sungguh sedih dan geram bila kita dimalukan sebegitu. Apatah lagi kita dituduh kepada perkara yang kita tidak lakukan.

    TIDAK PROFESIONAL cara sebegitu.

    Laporan polis memang wajar dibuat. Nak saman malu kah?

    BalasPadam
  2. Amik gmbr guard tu dn paparkan di facebook atau mana2 laman sesawang..baru padan muka..

    BalasPadam
  3. la... mmg tak patut diorang war gitu. first impression tu penting, xde bukti kukuh terus gi geledah camtu. klu sy pun, mesti malu kat public...

    klu ada modal, saman je. biar masuk tv dan paper. bkn niat utk membalas dendam, tp utk pengajaran agak tidak berlaku kat pengguna lain di masa depan...

    BalasPadam
  4. sabarnya dia... kalau saye diperlakukan sebegitu biadap oleh pengawal keselamatan tu.. memang saya akan LUDAH di muka dia!

    BalasPadam
  5. terima kasih encik mazidul kerana menyiarkan luahan ini. saya harap saya dapat keadilan yang sewajarnya dan para pembaca dapat memberikan nasihat kepada saya apa yang perlu saya lakukan.

    BalasPadam
  6. untuk pengetahuan para pembaca, pihak Carrefour ada menjelaskan yang mereka tidak akan memberikan apa-apa sebagai ganti rugi dan hanya memohon maaf dan akan mengeluarkan surat secara rasmi. ada ini wajar dan adil kepada saya serta keluarga? saya benar-benar stuck in the middle... saya tak tahu apakah langkah selanjutnya yang perlu diambil. saya telah membuat aduan ke Bantuan Pengaduan Awam (BPA) untuk membantu menyelesaikan masalah ini. sebagai satu jenama yang besar, perkara ini sangat memalukan.

    BalasPadam
  7. memang tak patut kita sbg customer diperlakukan macam tu..:( org yg mencuri terlepas,kta yg xslh dmalukan.
    mungkin pihak carrefour perlu meminta maaf secara terbuka...memberi penjelasan di media secara terbuka ke.tapi mcm mustahil je diaorg nak buat mcm tukan.bg diaorg apa sgt la customer srg,tapi bg kita itu maruah kita.tkt peristiwa sama berulang kpd customer yg lain..

    BalasPadam
  8. Buat saman malu.Ajar sikit pengawal keselamatan yang biadap dan juga pengurusan Carrefour.

    BalasPadam
  9. pernah mengalami situasi seperti ini tp pengawal keselamatan tu berhemah jugak la tp x berotak..salah cashier yg x cabut besi pd baju tu yg buat scanner tiba2 bbunyi..kmudian geledah brg mcm kitorg ni curik brg..padahal smua brg dh byr..hanya sebab cashier bongoksss..kitaorg satu family malu sbb org ramai pandang semacam kt kitaorg..mmg malang la pengawal tu kne bambu ngn husbnd...sian gak tengok muka tkebil2 mintak maaf tp kene ajar gak diorg ni...jgn berlagak mcm polis...

    BalasPadam
  10. Puan tolong refer mana2 peguam...hal ni boleh di bawa ke mahkamah ni...ada akta tapi saya lupa...Pn bijak kerana telah membuat laporan polis...sila ambil tindakan selanjutnya puan...

    BalasPadam
  11. bagaimana prosedur yang betul untuk pengawal keselamatan menjalankan pemeriksaan.

    BalasPadam
  12. Saman aje.... kurang ajer punya sekuriti.....pelanggan jadi raja atau penjual yg jadi raja.... en. mazidul recommend je isu ni masuk dalam aduan rakyat tv3.... Maruah tak boleh ditukar ganti dengan maaf yang tak ikhlas tu...

    BalasPadam
  13. Tumpang simpati. Harap dapat pembelaan yang sepatutnya.

    BalasPadam
  14. teringat kat mymydin bila kawan saya di herdik oleh sekumpulan warga indon yang mencuri susu tin.kawan saya melaporkan di kaunter bayaran.kawan saya terkejut dan takut kerana 'dihalau' dari laluan susu tersebut sedangkan memangpun kawan saya tu nak beli susu anak dia..kurang ajar kan orang asing sekarang? sekuriti pun satu hal..kalau cek barangtu, macam nak rabak dikerjakan beg plastik/beg tangan..rasa nak penampo aje

    BalasPadam