Zone A (Bonus)

Sabtu, 7 Mei 2011

Ramai Sungguh Mengaku Rakyat Malaysia Tinggal Di London

Satu lagi emel dihantar secara rawak dan saya percaya mempunyai muslihat di sebaliknya.

'Assalamualaikum,

Terlebih dahulu biar saya memperkenalkan diri saya. Nama saya NORA BINTI SAHELAN, warganegara Malaysia, tapi sekarang saya bekerja di London. Saya tahu mungkin pihak saudara/i terkejut menerima email yang datangnya dari seseorang yang tidak di kenali. Di sini saya ingin menawarkan sebuah peluang perniagaan yang terdapat di Syarikat tempat saya bekerja. Saya harap saudara/i tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya ini, kerana ianya mendatangkan keuntungan kepada saudara/i dan saya. Saya menghubungi saudara/i untuk membuat business ini dengan kepercayaan sebagai warga Malaysia sebab saya tidak mahu buat business ini dengan orang putih yang berada di sini. Saya perlukan kepercayaan saudara/i di dalam business ini.

Syarikat saya sedang mencari seseorang yang boleh membekalkan produk (WHITE PINTHANOL FLUID). Jika saudara/i berminat untuk menjadi pembekal kepada syarikat saya, kontraknya selama 3 tahun, setiap dua bulan saudara/i akan membekalkan produk tersebut kepada Syarikat saya, tapi ianya bergantung kepada isi kandungan kontrak tersebut. Produk (WHITE PINTHANOL FLUID) di gunakan di dalam makmal syarikat saya untuk membersihkan belian daripada bendasing. Untuk pengetahuan saudara/i, peluang perniagaan ini memang memberikan keuntungan yang besar. Seller kepada prdoduk tersebut berada di Malaysia.

Jika saudara/i betul-betul berminat untuk membuat kontrak dengan Syarikat saya, saya akan berikan saudara/i seller contact yang berada di Malaysia. Jika saudara/i beli dari seller, harganya ialah USD 2,100 per carton dan saudara/i akan jual semula ke Syarikat saya dengan harga USD 4,000 per carton.

Saya ingin saudara/i tahu yang saya tidak mahu Syarikat saya tahu pasal seller tersebut dan seller juga tidak boleh tahu pasal Syarikat saya kerana harga produk tersebut. Jika saudara/i sudi untuk menjadi pembekal kepada produk tersebut, jadi boleh saya memberitahu Pengarah Syarikat saya yang saudara/i ialah pembekal kepada produk (WHITE PINTHANOL FLUID) dan saya akan berikan information encik kepada Pengarah Syarikat saya. Beliau akan menghubungi saudara/i sebagai pembekal yang berada di Malaysia.

Sila balas saya beserta dengan no.telefon saudara/i supaya saya boleh menghubungi saudara/i dan menerangkan lebih lanjut pasal business ini dan juga berikan saudara/i seller contact. Terima kasih dan saya menunggu maklum balas saudara/i secepat mungkin.

Salam,

NORA'

4 ulasan:

  1. saya juga sudah beberapa kali menerima email spt ini
    skrng tidak lagi dihantar ke email
    skrng ke inbox fb ...

    BalasPadam
  2. Salam Bro Mazidul, Saya selang 2 tiga hari dapat e-mail nie. Dasyatnya wanita melayu ramai kat London dan kerja kilang Diamond???

    Ini semua kelentong, warga Afrika nak perdayakan kita. Apa lah kisah mereka cut and paste jer. Kadang2 tu saya terima 3 email yang sama dalam satu hari..mereka cuma tukar nama. Ialah bukan ker ada University penipu di Afrika. Agaknay mereka nie semua ada BA (hons) Tipulogi kot!!!

    BalasPadam
  3. mgkn sdra mazidul boleh usha-usha scammers yg bertujuan tipu spt MLM. modus operandinya sama je..kalau g table talk tu caranya ialah mereka sbnrnya ajar kita menipu kwn2 lain. apa beza dgn awang hitam punya operandi mereka. sama kan?

    BalasPadam