Zone A (Bonus)

Sabtu, 21 Mei 2011

Runtuh

Jam 2.15 petang tadi, Rumah Persatuan Anak Anak Yatim di Batu 14, Hulu Langat Runtuh.

Saya masih di lokasi. Jam 5 petang, hujan turun terlalu lebat, semua basah kuyup.

Setakat ini 6 kanak kanak maut, 8 selamat, 10 lagi masih terperangkap.

Saya sempat melihat jenazah kanak kanak berusia 14 tahun terkujur kaku di surau berhampiran. Di sebelah, duduk ibunya kesedihan.

Mangsa dilaporkan baru sahaja tamat menghafal Al Quran. Adiknya berusia 12 tahun turut terkorban dalam kejadian bangunan runtuh terbabit.

Ramai pemimpin parti pembangkang dan kerajaan berkunjung ke lokasi kejadian.

Suasana sedih menyelubungi kawasan sekitar

Published with Blogger-droid v1.6.8

3 ulasan: