Zone A (Bonus)

Jumaat, 6 Mei 2011

Tuan Rumah Tidak Berhati Perut

Assalamualaikum ..

Abang mazidul ..

Saya terpanggil untuk berkongsi cerita ini. Baru baru ini saya terbaca  kisah di  akhbar mengenai pemilik rumah menghalau penyewa, pelajar UiTM Shah Alam ketika mereka sedang menduduki peperiksaan. 

Tetapi cerita yang saya nak share ini berlaku kepada adik saya sendiri, semalam  di Dungun, Terengganu. Adik saya, penuntut di UiTM dungun dan menyewa rumah bersama rakan rakan dengan sewaan RM 750.00 sebulan. Semasa awal awal memasuki rumah tersebut deposit rumah telah di bayar sebanyak RM 1500 dan deposit elektrik dan air di bayar RM 100, total sebanyak RM 1600.

Disebabkan UiTM telah  mengubah jadual pembelajaran, di mana cuti semester adalah selam 4 bulan, adik saya dan rakan rakan telah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut. Sebulan notis telah diberi kepada pemilik rumah, pada awal bulan 4. keputusan untuk keluar dari rumah tersebut terpaksa dibuat. Ini adalah kerana pemilik rumah tetap mengenakan jumlah sewa RM750 walaupun mereka sedang bercuti . Sebagai pelajar jumlah tersebut sememangnya menbebankan mereka dan jalan yang terbaik ialah keluar dari rumah sewa tersebut.

Pada awal bulan 5, pemilik rumah masih meminta mereka membayar sewa RM 750 jika mereka ingin tinggal di situ untuk tempoh 1/5/2011- 12/5/2011 dengan alasan deposit rumah sebelum ini di kira hangus dengan alasan notis ingin keluar haruslah diberi dalam tempoh 4 bulan. Kalau diikutkan mereka boleh lagi tinggal di rumah tersebut sehingga hujung bulan 5.sekiranya tuan rumah enggan membayar deposit.

Tuan rumah juga bertindak menghalau adik saya dan kawan kawannya keluar dari rumah tersebut selewat lewatnye esok 7/5/2011, sedangkan mereka masih perlu menduduki peperiksaan sehingga 12 hb. Di manakah perikemanusian tuan rumah? Tidak bolehkan menunggu sehingga budak budak tu habiskan peperiksaan?  Walaupun adik saya dan rakan rakan merayu namun tidak di endah kan. 

Sepatutnya tuan rumah kenalah bertimbang rasa, dah la deposit tak nak pulangkan balik,
sekarang adik saya dan rakan rakan tengah mengemas gemas barang dan terpaksa keluar dari rumah tu sebelum esok dan terpaksa mencari homestay di sekitar uitm dungun sebelum menghabiskan peperiksaan akhir dan pulang ke kampung kami di Kelantan. Bayangkan perasaan mereka sekarang? Menghadapi peperiksaan dalam keadaan tertekan.

Journalis Maya : eyna azmi

2 ulasan:

  1. isk.. memang tak patut... fact is fact.. but kena la ada perikemanusiaan sikit. tolak ansur... klu org keje kilang, tahan la jugak... ni student.. tak patut....

    BalasPadam
  2. kena check balik perjanjian sewa rumah....baca betul2 apa yg ditulis...or xde perjanjian sewa rumah?

    BalasPadam