Zone A (Bonus)

Jumaat, 27 Mei 2011

Teksi Tidak Menggunakan Meter

Salam En.Mazidul

Saya tidak pasti kepada siapa perlu saya salurkan isu ingin saya highlight.  Ia berkenaan teksi di stesen komuter serdang saya dapati tidak menggunakan meter untuk mengambil penumpang.

Sebilangan pemandu begitu sombong jika diminta untuk menggunakan meter.  Saya berharap En.Mazidul dapat membantu di dalam hal ini.

Terima kasih.

Journalis Maya : Baizura

3 ulasan:

  1. Isu teksi di komuter Serdang memang dah lama timbul. Tapi sampai sekarang still tak ada apa2 tindakan diambil. Masalah ni bertambah teruk selepas kaunter tiket teksi diwujudkan di situ dengan alasan kononnya nak mengawal tambang dan mengelakkan pengguna ditipu pemandu teksi. Tapi sebenarnya harga tetap sama malah lebih mahal lagi. Saya pernah menaiki teksi yang menggunakan meter ke kolej kediaman di UPM, dan bayarannya hanyalah RM 4-5 sahaja. Tapi selepas kaunter tiket dibuka, harga telah ditetapkan sebanyak RM 10. Pemandu teksi di situ sekarang ini memang tiada yang menggunakan meter langsung. Harap tindakan dapat diambil terhadap syarikat yang mengambil kesempatan ke atas rakyat seperti ini.

    BalasPadam
  2. di ipoh pun sama juga (stesen KTM Ipoh)..perjalanan 5 min di caj RM10 ke Ipoh Parade. perjalanan 13 minit dicaj RM50 pergi balik..memang tidak bermeter..bila ditanya,alasannya..mereka sudah minta kebenaran KTMB tetapi tiada maklumbalas..yang jadi mangsa, pengguna juga..

    BalasPadam
  3. hahahahaha...kat penang da lagi teruk... ada kew patut pakai meter tapi tutup dengan tuala..cis..kau ingat aku tak tau kew.. harga perjalanan tu sebenar, en.mazidul kalau datang sini kat tesco jelutong penang, sila la cari pak cik teksi yg pakai meter tapi tutup meter dengan tuala.

    BalasPadam