Zone A (Bonus)

Sabtu, 29 Januari 2011

Ikan Bakar Pak Din

Jalan Kepala Batas-Butterworth, itu lokasinya. Kedai menjual ikan, sotong, udang dan daging bakar.

Juadah enak dan pelbagai menjadi tarikan ramai.

Lemak daging bakar, biar pun fattening tetapi marvelous!

Sent from my Nokia N8 phone

Ahad, 23 Januari 2011

Ops Trafik Bukit Aman

Jam 1 pagi pasukan trafik Bukit Aman menyerbu penunggang motosikal berhimpun di Dataran Shah Alam.

Kecoh!

Sent from my Nokia N8 phone

Jumaat, 21 Januari 2011

Sejuk Dan Panas

Terdengar 2 gadis di atas berbisik sesama mereka.

"Sejuknya"

Sesekali terasa bayu malam berhembus menyentuh tubuh, duduk di luar restoran mamak.

Ketika minuman air batu campur diletakkan di atas meja saya, gadis berbaju hijau terbabit barangkali berasa hairan.

"Gila ke apa, orang tua ni"

Mungkin itu bisik hatinya.

Apa pun, dia barangkali tidak mengetahui, jiwa saya sentiasa panas.

Panas melihat pelbagai kejadian malang menimpa manusia.

Malam ini saya akan menyertai rakan penunda kereta terbabit kemalangan, mungkin bakal ada nyawa terkorban.

Sent from my Nokia N8 phone

Promosi Apa?

Dia berdiri dari jam 6 petang sehingga 9 malam.

Majoriti mereka bekerja sebagai promoter, kemas dan comel, barangkali syarat utama untuk diambil bekerja.

Maklumlah, kebanyakkan perokok, lelaki. Namun rasanya tidak ramai perokok sanggup bertukar brand hanya kerana tergoda sewaktu didekati promoter.

Saya perhatikan urat kakinya timbul, berwarna hijau, biar pun dia rendah tetapi mungkin berat.

Sent from my Nokia N8 phone

Khamis, 20 Januari 2011

Studio

Krew 999 bersiaran 'live' dari Sri Pentas.

Sent from my Nokia N8 phone

Selasa, 18 Januari 2011

Hebatnya KK!

999 banyak menerima aduan pusat hiburan ditutup lewat di Kota Kinabalu, Sabah.

'Selalu tutup jam 4 pagi walaupun hanya 3 minit menaiki kereta dari IPD'

Itu antara aduan kami terima.

Jam 2.40 pagi tadi pusat hiburan terbabit diserbu pegawai dan anggota Bahagian Narkotik IPD Karamunsing.

Sent from my Nokia N8 phone

Isnin, 17 Januari 2011

Kota Marudu

Bukan semua jalan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu berada dalam keadaan sempurna.

Sebahagian daripada rangkain perhubungan masih tidak diturap.

"Selagi orang di sini menggunakan 4 wheel drive, selagi itu daerah ini tidak maju," ujar rakan.

"Kenapa?," soal saya.

"Kerana jalannya tidak berturap," jelasnya.

Sent from my Nokia N8 phone

Harung Tetap Harung!


Hampir 3 jam mengharung ombak, akhirnya misi tercapai.

Sent from my Nokia N8 phone

Bagang


Ketika ini jam 4.21 pagi, saya terumbang ambing menaiki bot di Teluk Marudu, Sabah.

Operasi menahan pekerja bagang bermula seawal jam 3 pagi.

Bagang, struktur kayu dibina untuk memerangkap ikan bilis, majoriti beroperasi tanpa lesen menggajikan 
pekerja asing dari Sulawesi, Indonesia.

Lelaki berusia 30 an di atas diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia .

MAS melaporkan.

Sent from my Nokia N8 phone

Ahad, 16 Januari 2011

Mulianya Hati (Updated)


Jam 10 pagi, saya dan jurukamera 999, Amin Arif ke coffee house Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Sepatutnya, premis terbabit sudah ...

Ya! Sewaktu menaip tampalan ini, telefon Nokia N8 saya berhenti beroperasi.

N8 sucks!

Apa ingin saya nyatakan, lelaki terbabit tanpa teragak-agak melayan kami secara baik.

"I can understand your situation. Coffee or tea?," soalnya.

Memang saya dan Amin pulang lewat semalam kerana menyertai operasi bersama pihak polis.

Kami kemudian dihidangkan dengan pelbagai jenis roti untuk sarapan pagi. Jika di hotel lain, saya tidak pasti samada kami akan menikmati layanan sebegitu atau tidak.

Anyway, thanks bro!

Sent from my Nokia N8 phone+ditaip sendiri selepas balik ke bilik hotel.

Khamis, 13 Januari 2011

Roboh

Premis menjual hardware di Seksyen 17/28, Petaling Jaya, Selangor dirobohkan MBPJ kerana beroperasi secara haram.

Hairan premis terbabit dibekalkan elektrik secara sah lengkap bermeter.

[ Sent from my Nokia N8 ]

Selasa, 11 Januari 2011

MBPJ 'Mengamuk'

Sejak dari jam 9 pagi tadi penguatkuasa Majlis Bandaraya, MBPJ 'mengamuk'. Mereka meruntuhkan ramp bengkel kereta menggunakan ruang parkir awam di PJU 5, Sunway Damansara.

Pada masa sama ruang tambahan dibina secara tidak sah dek pemilik restoran turut menerima nasib sama.

Kisah lanjut akan saya paparkan kemudian.

[ Sent from my Nokia N8 ]

Isnin, 10 Januari 2011

Lambakan Pekerja Pakistan Di Low Yat

Sebilangan pekerja Pakistan terbabit mendakwa pelajar kolej.

"Saya final year student," katanya.

Universiti mana? Itu soalan saya.

"Aaaa..aaa," jawabnya.

Khabarnya wujud sindiket menyediakan visa pelajar di plaza terbabit.

[ Sent from my Nokia N8 ]

Ahad, 9 Januari 2011

Geng Gelang Kota

"Gelang apa ni?," soal saya.

"Power balance, ramai atlit pakai untuk buang toksid," jawab kumpulan saya temui.

Mereka penduduk Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Gelang terbabit produk Jerman RM70.

"Dia ada titanium, serap racun. Datuk Lee Chong Wei pun pakai," dakwa mereka.

Macam-macam!

[ Sent from my Nokia N8 ]

Sabtu, 8 Januari 2011

Drifter

Sukar saya bertemunya kini.

Sahabat saya kenali sejak tahun 2000.

Ketika itu dia bujang, kini sudah bergelar ayah kepada 3 anak.

Dia antara drifter hebat di negara kita.

Sibuk 24/7.

Namanya, Loyai.

[ Sent from my Nokia N8 ]

Grammar Guru

Cuba buka laman web Grammar Guru.

Menarik.

It helps.

[ Sent from my Nokia N8 ]

Bateri Kong?

Kekadang kita selalu bercakap menggunakan telefon bimbit, berjam bergayut.

Tanpa disedari bateri tinggal 1 bar, malangnya tiada pengecas. Jika ada, soket elektrik tidak kelihatan di sekeliling.

Kini masalah selesai, guna portable charger, mampu mengecas 5 jenis telefon bimbit berbeza dan alat terbabit dicas menggunakan USB .

Simple dan praktikal.

Harga? RM100++

[ Sent from my Nokia N8 ]