Zone A (Bonus)

Isnin, 28 Mei 2012

PENIPUAN DI MUDAH.COM


Mudah.my adalah tempat penjual dan pembeli maya bertemu dan kemudian berurus niaga. Saya adalah salah seorang pembeli agak taksub dengan pembelian online ini. Telah banyak 'gadget' saya beli secara online dengan urusniaga secara Cash on Delivery atau kurier.

Mudah.my memang satu portal jual beli tidak selamat dan terlalu banyak kelonggaran kepada penjual berbanding Lelong.my (di Malaysia) tetapi pengalaman saya membeli secara online di luar negara menyebabkan saya yakin rakyat Malaysia mempunyai tahap kejujuran tinggi dan boleh dipercayai sama seperti rakyat negara maju.

Urus niaga saya sentiasa memuaskan hati sehinggalah pada tarikh 17 Mei 2012, saya telah berurusniaga dengan seorang penipu. Sejak sebulan lalu saya asyik mengumpul maklumat mengenai kamera DSLR. Saya sentiasa berusaha mencari barang berkualiti pada harga rendah, mana tahu ada penjual dalam kesempitan mahu menjual barangan mereka.

Saya teruja apabila melihat harga Nikon D7000 dijual pada harga RM1599 dan terus menghubungi penjual. Belum sempat saya bertanya panjang, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Paizal menceritakan bahawa beliau adalah pegawai kastam dan barang tersebut adalah rampasan kastam sebab itu beliau jual dengan murah.

Kelabu mata dengan harga murah, beserta desakan supaya saya cepat membuat keputusan kerana ada orang lain juga mahukan barang sama menyebabkan saya akhirnya setuju untuk bank-in ke akaun CIMB beliau - Mohd Paizal bin Japar. Dia juga memberikan saya nombor kad pengenalan 890212-13-5247. Dia meminta saya menyemak dengan pejabat kastam jika tidak percaya dan memaklumkan bahawa nombor akaun itu adalah nombor akaun gajinya. Terpedaya dengan mulut manis dan lagak jujurnya, saya telah 'bank-in' wang sejumlah RM1550 setelah diberi diskaun sedikit. Barang dijanji sampai besoknya dan 'tracking number.' akan diserahkan pada saya.

Oleh kerana hari sudah lewat petang, saya menghubungi semula Mohd Paizal kastam budiman itu untuk meminta 'tracking number' bagi kurier tersebut. Hati begitu seronok kerana akan menerima Nikon D7000 apatah lagi berjaya dibeli dengan harga murah.

Keseronokan mula bertukar mendung apabila nombor yang dihubungi hanya masuk ke peti suara.. sehinggalah pada hari Isnin berikutnya semua panggilan masuk ke peti suara dan CONFIRM SAYA TERTIPU buat kali pertama di mudah.my.

Segalanya saya jadikan ikhtibar untuk tidak mempercayai sesiapa lagi di perniagaan online dan hanya akan melakukan urusniaga secara COD sahaja. 

Tapi harga pengajaran tersebut sangat mahal.

Saya masih lagi melihat iklan seperti itu di mudah.my dan sangat khuatir ada orang lain akan menjadi mangsa kerana tiada ruang untuk saya buat catatan peringatan di iklan tersebut tidak seperti sesetengah laman jual beli cyber yang ada ruangan Q&A dan sebagainya.

 Journalis Maya: Mangsa Mudah.my

102 ulasan:

  1. report je bang, dah terang2 nama Paisal tu & Akaun Bank dia, insya ALLAH cepat polis tangkap. Kalu bukan pun si Paisal, at least polis tau duit masuk ke situ & si Paisal (kalu x bersalah la) akan pulangkan balek ..

    BalasPadam
  2. kalau barang2 kereta lagi la ramai yg menipu bang..

    BalasPadam
  3. report polis je bang... kalau kt mudah.my nih menda biasa org menipu...kalau barang2 kereta lagi la ramai menipu...

    BalasPadam
  4. mohon pihak berkenaan buat report polis..dan sarankan supaya masa buat report di mana2 balai polis supaya menyatakan untuk pihak balai polis berkenaan buat rujukan juga ke Bahagian Siasatan Jenayah Siber di Bukit Aman.

    BalasPadam
  5. mohon attachkan link mudah (untuk kamera tersebut) di sini.. jadi pembaca boleh mengecam iklan tersebut bila mereka browse web mudah. TQ

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ada lagi penipuan sila lihat di
    http://www.mudah.my/Nikon+D300s+Set-15735860.htm

    Penipu menggunakan nama hampir sama En Zal, EP dan terkini En Izal. Cuba telefon. beliau akan memberitahu barang ini barang kastam rampas.

    Ramai lagi akan jadi mangsa. Mudah.my tidak peduli untuk ambil langkah. Polis yang menerima laporan sekadar menasihati supaya lain kali jangan cepat percaya. Penipu terus mencari mangsa. BAGAIMANA kita nak perangkap penipu ini?

    BalasPadam
  8. mohon publishkan link mudah.my (gambar kamera tersebut) di sini.. agar pembaca dapat mengecamnya bila mereka browse web mudah.my. TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cubab paparkan iklan itu di sini tapi tidak berjaya. saya savekan gambar2 tersebut, dan dapati adalah gambar yang sama dijadikan umpan.. saya telah buat laporan kepada suruhanjaya komunikasi supaya mengambil langkah kawalan setidak2nya seperti Lelong.my di mana pengguna lain boleh menulis sesuatu di Q & A sebagai amaran. pihak pentadbir juga sepatutnya ada rekod tentang penjual yang diragui atau tidak. Jangan mudah jual mudah beli dan mudah untuk menipu serta tertipu.

      Padam
  9. penipuan sedang berlaku sekarang di Mudah.my. Kasihan siapa yang jadi mangsa. Tiada ruang untuk berikan peringatan.

    http://www.mudah.my/Nikon+D300s+Set-15735860.htm

    http://www.mudah.my/Nikon+D7000-15736399.htm

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya iklan tersebut dah tak ada dlm mudah. mungkin tlah di removed atau di jual.. harap lps ni org tu tak menipu lagi dlm mudah dgn mndapat duit mudah... TQ atas pndedahan ini.

      Padam
  10. kesian kat abang jadi cam tu

    moga dia mendapat balasan setimpal..

    bukan dia boleh tenteram pun tipu orang

    BalasPadam
  11. kesian kat awak.. lahanat tu mmg patut diajar.. menyusahkan org lain nak meniaga.. saya salah seorang peniaga online kat mudah.my yg menjadi antara tempat tumpuan..

    bila berlaku perkara sebegini, saya pasti akan rasa tempiasnya juga.. lahanat punye manusia.. harap tolong buat tindakan segera dgn melapor ke polis..

    betul2 mengecewakan..

    BalasPadam
  12. Salam,
    Pengajaran supaya berhati2 bila beli barang dalam talian. Saya dah banyak kali beli brgn dari lelong.com & mudah.com, Alhamdulliah semua brg saya dpt setelah buat bayaran. Dari Jersey bola, headphone ke camcoder sy pernah beli. Semuanya dapat. Saya jugak ada tinggalkan komen yang tak berapa ok mengenai barangan yg saya dapat, hasilnya kedai tu dah blacklistkan saya. Tapi kedai2 lain masih ok. Akhir sekali saya beli kamera Nikon D5000 yg saya jumpa dlm Mudah.com. Tapi pembayaran di buat berdepan dgn penjual setelah pemeriksaan brg dan setuju membeli. Berhati2 lah.

    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi barang-barang yang mahal dan mempunyai spek tertentu seperti kamera DSLR lebih baik kita berurusniaga secara COD.. tengok dan test barang baru beli dan bayar..

      Padam
  13. saya pernah terkena.. buat report polis dan pergi bank.. minta dia "BEKUKAN" akaun tu.. kalau dia terima gaji pakai akaun tu confirm dia merana !

    BalasPadam
  14. kes2 mcm nie dh mmg biasa berlaku. selalu kami bincangkan di forum website kami fotomedia.com.my. utk peralatan fotografi nie. kadang2 duit tu boleh dpt blk. kdg2 tk jugak. sumer bergantung pd keadaan n tindakan seterusnya yg dilakukan oleh pembeli setelah mengetahui telah tertipu.

    BalasPadam
  15. Kesian abg pun tertipu..saya pun jual barang online dan suka juga beli barang online..setakat ni ok,cuma ada 1x barang dipesan tak cukup.memang menyakitkan hati.Penipu2 tulah yang merosakan imej peniaga jujur online lain.Selalunya saya google dulu nama kedai,nama orang dan baca komen2 orang lain sebelum beli dari peniaga tu.Tapi kadang-kadang dalam berhati2 pun terkena.Harap abg dapat balik duit yang tertipu tu..

    BalasPadam
  16. Assalam tuan, saya kongsikan sedikit pengalaman 'hampir ditipu' dalam urusan jual beli barang di mudah.com.my. Saya beli sebuah gitar yamaha f310 dengan harga rm300-COD di Kepong Sentral. Kisahnya begini, apabila saya serahkan duit 6 X RM50, lalu saya belek barang untuk kali terakhir sebelum bergerak pulang ke stesyen komuter. Peniaga (Eric-chinese dan ada 2 orang lagi kawan mereka tak tahu nama apa) bersembang dalam bahasa cina dan duduk berhadapan-saya curiga jugak..lantaklah kan apa korang buat. Saya nak balik then eric kata saya bagi duit palsu (dia tunjuk 1 keping note RM50 memang nampak palsu bebeno dan dia minta urusniaga dibatalkan. Duit ditukar dengan pantas apabila dia minta kawannya kira kan (licik kan?)-dia nak pulang duit then ambil semula gitar (termasuk yang palsu itu-so nanti saya kene tipu la kan). Cuak jugak kawasan cina, kang mau tak balik. Berlaku pertengkaran mulut saya pertahankan saya betul, ikutkan hati mau ku silat budak cina tu-kang jadi kes racist pulak. Akhirnya saya ajak dia ke balai polis dan saya terus jalan tanpa hiraukan beliau. SAmpai saujana saya buat report polis...dah lama dan tak ada apa-apa update pun. Moral, cod pun hati-hati. Kalau boleh pergi dengan member dan kalau nak, photostate no duit itu-kalau sampai ribu-ribu mungkin ok kot.

    BalasPadam
  17. Salam , tumpang tanye , isnin lepas saya dah bank in 260 kat sorang mamat nyh nick name dye bagi kuda , dalam akakun name dye shamsudin , dah 4 hari tapi brang tak dapt2 pon , saya kol langsong tak ngkat mesej pon tak reply , dah berpuluh2 kali dah hantr , siap ugut semu tapi tak de respond pon , macam mane nyh ???? dah lah saya tengah study kat u , duit nak pakai banyak penat saya kumpul duit nak beli handphone 2 , sampai tak makan2 lah , sebab handphone lame hilang , arggghhh ! tension nyer saya fikirkan bende nyh , harap ade yang sudi membantu :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. report polis. slip bank in semua simpan. kalau call masuk maknanya dia masih ada. tapi tak pasti dapat balik ke tak, bergantung kepada polis tu punya tindakan. Ada yg bertindak, ada yang ambik report dan nasihat jer..

      Padam
  18. hyeee..sy pn dah terkene dgn jantan bernama mohd paizal nie...rm1400 melayang cam tue jew..sy da wat report polis tp xde respon pn awak..camne eh kite nak cari die..?plss tolong sy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Leyza.. senasib. saya melihat beberapa kali iklan seperti itu tetapi tidak berupaya memberi amaran kepada pengguna lain kerana tiada ruang disediakan oleh Mudah.my seperti dalam lelong.com. Saya telah buat laporan polis. Kemudian membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi (SKMM) agar Mudah.my menyediakan konsep pengiklanan yg lebih telus, SKMM minta saya berurusan dengan Kementerian Hal Ehwal pengguna (KPDNKK)kerana bukan bidang tugas mereka. Setelah membuat laporan kepada KPDNKK mereka telah forward laporan saya kepada Jabatan Siasatan jenayah Komersial Bukit Aman (sesalinan kepada saya).. Mudah.my bagus sebagai media jual beli tetapi tahap keselamatan untuk pengguna sangat rendah kerana penjual boleh tukar status sentiasa tanpa perlu mendaftar secara sah.. Mohd Paizal mungkin selamat di dunia, tapi sumpah laknat mangsa akan kekal sampai akhirat.. kesian keluarga makan duit haram..

      Padam
    2. Leyza Ramli - button publish comment dalam blog awak dilindungi oleh widget, tidak boleh komen dalam blog awak. tk

      Padam
    3. salam. saya nak tnye. saya ada jual barang di mudah.com ..pembeli ini sgt pelik. dari luar negara. dan transaction melalui citibank. possible ke? saya mmg x pernah buat jual beli internet ni.jadi x tahu. mintak sgt jasa baik encik tolong bantu sy. die minta shipment receipt and tracking number bg kt bank and bank baru proceed ke dalam bank sy. betul ke cam tu?

      Padam
    4. tipu, saya pernah jual barang dalam mudah dan dihubungi oleh pembeli dari UK kononnya utk anak beliau, saya yakin ini satu lagi kerja 'awang hitam' untuk memperdaya..

      Padam
  19. dalam ebay punramai yg menipu.. kesian dengan peniaga yg jujur...

    BalasPadam
  20. saya tunggu kemunculan www.myjual.com . saya tengok lebih selamat sebab semua bayaran dihold ke penjual. dan ada juga iklan selamat di www.bujangsenang.com cuma tiada sambutan mungkin iklan yang betul selamat tidak popular..iklan yang sangat popular macam mudah sangat suka orang dan mudah tertipu

    BalasPadam
  21. http://www.mudah.my/Original+Nikon+D7000+and+VR+Kit-19122797.htm,,,,yg latst tipu di mudah.com psal cmra

    BalasPadam
  22. Salam,

    saya pun ada terkena juga kes yang macam ni..beli PSP dengan seorang penjual di mudah.my

    saya dah buat laporan kepada polis...semua detail dan semua transaction duit dan sms masih lagi simpan...saya telah buat laporan polis pada 06/09/2012 di balai polis seapark pj dan juga pada hari yang sama saya telah pergi ke balai polis pudu bahagian siasatan jenayah komersil...sejak dari tarikh tersebut saya tidak terima apa2 surat atau call dari pihak polis diatas kes saya ini.

    jadi saya tertanya2 apa kes saya ini atau siapa2 yang terlibat kes2 macam ni..polis hanya terima laporan tanpa sebarang tindakan....? sebab berminggu2 saya tunggu surat dari pihak polis yang mengatakan akan hantar surat laporan tu.tapi tak diterima sehingga sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah untuk dapat semula.. anggaplah itu satu kehilangan dan pengajaran supaya kita tidak terharap-harap. Saya mengambil langkah melapor kepada Kementerian Hal Ehwal pengguna (KPDNKK)dengan harapan Mudah.my dapat dikawal supaya menjadi lebih selamat, sebaliknya mereka hanya forward laporan saya ke Bukit Aman.. Iklan berunsur penipuan masih terus dilakukan oleh orang yang sama tanpa apa2 amaran boleh saya keluarkan kepada pengguna kerana tiada ruang diperuntukkan kepada pelayar Mudah.my.

      Cuma baru-baru ini (hujung Nov 2012) saya menerima respons dari Bukit Aman, itupun sekadar bertanya nombor report, tetapi sangat berharap suatu tindakan kawalan dapat dilaksanakan terhadap Mudah.my supaya hanya peniaga jujur sahaja yang boleh berada di sana dan pengguna boleh mengingatkan antara satu sama lain apabila ada peniaga yang meragukan.

      Padam
  23. Ni baru di mudah (3.12.2012) ;

    Nikon D7000 DSLR 18-105mm - 1820
    Pinggittan Services - 0193728874

    Cakap barang baru, rampasan kastam.

    Nak beli dah, nasib baik ada blog ni. Makaseh bebanyak.

    Dia jual Canon EOS 60D DSLR 18-135mm Kit gak harga 1755.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk sms dgn org tu, tanya boleh COD dia reply "Saya di Pelabuhan Klang. Maaf cod atau by hand saya tak dpt nak buat. Hanya boleh courier dari dalam pelabuhan saja."

      Sah kompom org yg sama ni...

      Padam
    2. Nasib baik aku jumpa blog ni..aku nak beli dah D7000 ngn dia..last price RM1,500. Dia siap cakap kalau ada member2 keje kat port klang boleh amek kat dia je.. Aku sikit lagi nak deposit RM1000 kat dia..Dia cakap dia cutting ngn boss dia duit tu..

      Nama dia: Darus
      Fon No: 0193728874

      Padam
    3. Xeno, aku pn hampir terpedaya dengan harga murah yang dia offer. Last price D7000 RM1,500. Aku siap tanya cane aku nak percaya kat dia dia cakap dia boleh bagi bank accounts yang masuk gaji dia and dia bagi ic sekali utk check dengan bank. Aku terus confident tanya dia RM1,000 deposit boleh tak dia cakap boleh. Nasib baik lah ada En Google yang bawak aku ke page ni..


      Detail si lahanat tu:
      Nama: Darus
      Fon no: 0193728874

      Aku mintak gambar dia email gambar kotak and gambar bag kamera tu je..

      Alhamdulillah Allah tunjukkan kebenaran sebelum aku jadi mangsa..

      Padam
    4. Alhamdulillah.. saya telah kehilangan RM1500 untuk D7000 tetapi berjaya juga menyelamatkan beberapa orang dari turut menjadi mangsa(for sure orang sama - sebab saya pernah call melalui iklan lain dalam mudah.my tapi dia tak mengaku)

      Saya masih menanti tindakan selanjutnya daripada pihak Bukit Aman dan tindakan Kementerian berkenaan bagi menyelamatkan pengguna dari terus menjadi mangsa penjenayah akibat ketidak telusan sistem jual beli di Mudah.my.

      Kalau sehingga akhir Disember 2012 masih terlihat iklan unsur penipuan di Mudah.my, perkara ini akan di bawa ke forum akhbar yang saya rasa responsnya lebih cepat. Sama-sama kita banteras penipuan dan ingat mengingatkan rakan pengguna.

      Padam
    5. Salam,

      Siapa-siapa yang pernah kena tipu dengan budak Darus ni dan nakkan salinan IC dia boleh hantar emel kepada arab_182@yahoo.com. Cousin dia pun pernah terkena dengan orang yang sama.

      Padam
    6. salam bos, kamu dedahkan saja dia punya i/c atau apa2 detail si bengong darus ni kat sini. aku dah emel kpd arab_182@yahoo.com mintak detail si bengong tu tp sepatah haram x jawapan...

      Padam
  24. Details paling terbaru saya dapat..

    Orang yang sama dengan yang dimaksudkan xeno

    1)Nama: Mohd Darus Bin Muhammad
    2) I/C No: 860129-03-5483
    3) Bank Acc: CIMB 1419-0076540-528

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni dia penipu paling laknat menyamar sebagai pegawai kastam dan menjual barang rampasan kastam spt DSLR, HANDPHONE, LAPTOP dan lain2. selalu tukar2 no phone
      tapi detail sama, no i/c yg diberikan x betul hanya utk meyakinkan mangsa
      1)Nama: Mohd Darus Bin Muhammad
      2) I/C No: 860129-03-5483
      3) Bank Acc: CIMB 1419-0076540-528

      Padam
  25. Kalau korang da jumpa henfon yang murah2 tu jangan percaya dah..walaupun duit yang kita masuk tu sikit bagi orang2 yang suka makan duit haram yang berkeluarga dengan syaitan tapi ianya hasil titik peluh kita..Sekali lagi aku ingatkan pada korang dan diriku sendiri korang jangan beli dah di laman2 online,tak mengapa,mungkin mereka tidak kena di dunia tapi di akhirat tetap kena...marilah kita sama2 berdoa agar orang2 yang suka menipu dengan memakan hasil titik peluh usaha orang lain takkan mati senang..biarlah bila mereka ni mati wajah mereka tidak kelihatan seperti manusia,semoga mereka di tempatkan di neraka...amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balaslah segala kejahatan yang orang lain lakukan kepada kita dengan kebaikan. Seperti Firman Allah di dalam Surah Al-Mu'minun ayat 96:

      “Balaslah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.”
      (Al-Mu’minun [23]: 96)

      Jangan doakan keburukan untuk mereka. Allah itu Maha Adil menentukan balasan kepada mereka yang berbuat jahat.

      Padam
  26. ini lagi satu penipu http://www.mudah.my/li?ca=13_s&id=244820 ,di sini tidak ada terms and condition,takde cakap money is not refundable.saya dah bank in ke acc pengiklan Yap Puew Tiong RHB bank 11807700008150 untuk barang xbox 360 RM250 termasuk posting, bila saya dah bank in, dia cakap saya kena tambah lagi RM750 untuk 5 lagi xbox

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon da kene jugak..dah report polis ke soh freeze kan account rhb tu?

      Padam
  27. Gua pun dah kena la ngan si lahanat Mohd Darus Muhammad ni, untuk pembelian galaxy note 2 (2 unit tu = RM2xxx.) Dia guna Cahaya Suria Enterprise No tel.:014-7103203. Pastu dia iklankan lagi guna nama laen pulak, memang cilaka mamat ni.

    Takpe Allah tu Maha Adil, nanti dia dapat pembalasannya.

    Repot PDRM dah buat, Polis pun dah maklumkan pada CIMB untuk freezekan akaun lahanat ni.Kekawan mana2 yang terkena dengan mamat ni boleh buat laporan polis. pastu nanti boleh e-mail (ezano877@gmail.com) kat gua no. repot tu biar mudah lagi siasatan Polis.

    Mari kita bersatu agar lahanat ni dapat dilokapkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa semuanya orang yang sama atau sindiket yang sama tetapi menggunakan nama yang berlainan. Saya pernah hubungi pegawai di Jabatan Kastam, kata mereka tiada rampasan kastam untuk kamera kerana barang tersebut tidak dikenakan cukai.

      Nampaknya sudah lebih 6 bulan daripada entry ini dan report polis yang dibuat tetapi mereka masih selesa mencuri duit kita.. entah bila akan berakhir. Selagi Mudah.my tidak mahu memikul tanggungjawab dengan menambahkan lagi faktor keselamatan atau ketelusan urusniaga, dan selagi tiada apa-apa tindakan pencegahan oleh pihak berwajib maka selama itulah kita pengguna akan terus menjadi mangsa penipuan yang kalau dijumlahkan sudah menjadi puluhan ribu.. huhuhu

      Padam
  28. aku pon dh kne dgn mamat....rm690 laptop acer aspire 4740 bank bsn...ic ade/fon ade/akaun ade/nme ade....memey nate berok bodoh dio nih!!bengo!mudah .my pulak bkn nk amik tindkn buat ciri2 kselamtn skit...xgune btol!smpai mati aku akn doakn malapetake ats ko,zuhad!!!

    kalu aq jupo mg,memey aq v napa nyepak pah mapuh nte brok wei!!!
    pd spe2 yg nk thu sape dy nih,emel aq oner07@gmail .com

    BalasPadam
    Balasan
    1. letakkan detail nama, ic, telefon, nama dan no akaun bank individu tersebut di sini untuk tatapan bersama supaya boleh berhati-hati atau di ambil tindakan.. kalau dah ramai yang terkena boleh panjangkan sekali lagi kepada pihak berwajib untuk difikirkan (kalau tak nak ambil tindakan pun)..

      Padam
    2. Dua hr lpas sy de iklnkn dlm mudah nk jual barang n sy 1st iklnkn dlm mudah.sehri slpas 2...sy dpt email dr sowg pmbeli dr UK n knonnye nk bli brang nie tok ank die yg stdy kt nigeria..die ckp die dh inform kt bnk die...(allied irish bank)n die mnx sy emailkn shipment tracking number kt bank die n brulah byaran akn dimsukkn dlm acc bnk sy..tp slepas mkcik sy nsihtkn tntang byk kes pnipuan mcm nie..sy truz bg syarat2 kt die spaya die bnk in truz dlm acc bnk sy...brulah sy akn buat pnghantran...

      Padam
  29. sape2 yang dah kene dgn yap puew tiong, email polis report yang dah wat..dah ckp dgn bank rhb soh freeze akaun cuma diorg nak sahkan bukti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mana nk freeze akaun dia?sy nak buat report tp tkt bukti xcukup je..hanya ada no akaun dan resit bank in dengan no telefon je..

      Padam
    2. Boleh report..saya dah ckp dgn officer rhb..dia soh attach report nt diorg akan freeze kan..bile dah report polis pon, polis akan automatically freeze..resit bole jadi bukti..dgn msg detail sume..no. tepon dia ada 2..mmg senang if polis nak tangkap sbb sampai skang dia pakai no. tu lagi..

      Padam
    3. berapa ramai yang dah jadi mangsa? bole share skali..suma mangsa dianiaya..

      Padam
    4. Mujur sy jumpa blog ni.saya juga hmpir tertipu dgn yap puew tiong lahanat ni!dia jual kitchenaid mixer dgn harga yg murah.saya sms beliau utk mngetahui detail tentang brg tersebut.tidak lama kmudian bliau telah sms acc.no rhb..dan sgt beria2 suruh sy beli brg tersebut.saya xberapa yakin,kerana harga nya sgt murah.lalu saya google nama beliau utk mngetahui apa2 saja tentang dia.alangkah terkejutnya saya bile dapati seller ni seorang penipu.patut la dia beria2 dan myakinkan saya suh bli brg tsebut.Dia juga sanggup call saya 2x utk memastikan saya setuju beli mixer tu.

      Padam
  30. Aku juga dah terkena dengan la'anat ni, katanya nak jual barang rampasan kastam Samsung Note 2,

    Nama: Rosli bin Hussain
    bank : CIMB
    Akaun no: 1235-0003-1282-08
    ic no: 800329-02-5875

    Cerita lebih kurang sama juga, aku dah kena RM 1,200 paada 21.1.2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama kes dengan TEUPM, saya pun terkena juga dengan Rosli B Hussain ni, saya dah report balai polis serta detail.harap polis dapat tangkap penjenayah ni secepat mungkin

      Padam
    2. Thanks all! you save me from being kena tipu daripada orang ini! I pun x yakin dgn offer ini dan check online details yg dia bagi. Thanks for your information!

      Padam
    3. Thanks for your information! I nyaris tertipu daripada orang ini!

      Padam
    4. masyaAllah, hampir je tertipu pg td..syukur alhamdulillah terjumpa blog ni..kes sy sama sebiji seperti saudara TEUPM..
      kes nya begini:
      "katanya nak jual barang rampasan kastam Samsung Note 2,pd harga rm1200

      Nama: Rosli bin Hussain
      bank : CIMB
      Akaun no: 1235-0003-1282-08
      ic no: 800329-02-5875
      num tel: 0133463376"

      sy harap pihak PDRM dgn kerjasama SKMM dpt trace penipu ni melalui num fon beliau, kerana skrg kan semua num fon wajib berdaftar?..so berkemungkinan maklumat sebenar penipu tu dpt dikesan melalui pendaftaran num fonnya..

      Padam
  31. Alhamdulillah terjumpa website ni. Kebetulan saya pun hampir terpedaya dgn taktik si Rosli bin Hussain yg kononnya pegawai kastam dan ingin menjual barang rampasan Galaxy Note 2. Sepatutnya saya jumpa dia di kawasan Jusco Klang selepas ini utk membincangkan lagi mendalam pesal jual beli tu. Kenapa la orang2 macam ni bersepah kat Malaysia ni, dah rasa tak takut dgn azab neraka ke besoknya?

    BalasPadam
  32. Mohd Darus Bin Muhammad, kau selamanya tetap di hatiku, lesap duat aku RM1600 untuk 1 set Nikon DSLR D7000. Peagawai Kastam bahagian pencegahan (kunun)...

    BalasPadam
  33. Mohd Darus Bin Muhammad kau selamanya tetap di hatiku, RM1600 lesap untuk 1 set DSLR Nikon D7000. Pegawai Kastam bahagian pencegahan konon. Bg no. i/c (pastinya bohong)850129-03-5483 dan NO. akaun CIMB 1419-0076-5405-28(MMG NO. AKAUN MILIKNYA)
    Senang2 saja dia tipu duit orang, jenis manusia beginilah yg akan mati dalam kehinaan kalau x bertaubat dan mengembalikan semula duit orang. Ingatlah wahai manusia yang bernama MOHD DARUS BIN MUHAMMAD orang2 yang menjadi mangsa tipu kau tu tidak akan berdiam diri paling tidak mereka mendoakan celaka kepadamu. Ingat pepatah melayu "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Taubat lah sebelum terlambat, sebab bila dah kena kau nak menyesal pun tiada guna. Sakit hati bila kena tipu. Masa deal cakap lembut gigi dari lidah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takziah diucapkan.. itulah nasib yang menimpa saya seperti dalam cerita di atas.. Kamera yang sama cuma dapat diskaun RM50.. penat2 kumpul duit habis kat lahanat ni.. nama berbeza tapi modus operandi sama.. pasti orang yang sama yang lembut gigi dari lidah. Saya dah hubungi kastam, kata mereka tidak ada rampasan bagi kamera sebab kamera barang free duty..

      PDRM asyik dengan statistik penipuan di Mudah yang meningkat, tapi Mudah still menyediakan platform untuk para penyangak merompak duit pengguna tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Mungkin masing-masing masih menuding jari siap yang harus mengambil tindakan.

      Terkini saya telah forwardkan semua maklumat pengguna yang teraniaya di sini kepada beberapa Persatuan Pengguna.. salinan juga dihantar kepada email menteri KPDNKK ismailsabri@kpdnkk.gov.my tetapi bounce back. Tak payah buat email lah kalau tak sudi baca email rakyat. email ke info@aduanrakyat.com juga ditendang balik.

      Yang memberi jawapan terima adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia.. harap mereka boleh utarakan sesuatu buat menyelamatkan bakal2 mangsa PENIPU DURJANA..

      Padam
  34. Ada siapa2 yang dah buat report polis yap puew tiong nie?

    BalasPadam
  35. skmm patut cekup dulu owner mudah.com tu..selagi tak tutup puncanya selagi tu perompak dok berkeliaran dalam tu..

    so apa action skmm setakat ni? tulah masalahnyaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. SKMM kata bukan di bawah bidang kuasa mereka dan minta lapor pada KPDNKK dan KPDNKK pula minta pengguna buat laporan polis.. PDRM pula mengambil laporan itu mungkin untuk sekadar update data bagi statistik penipuan di Mudah.my dan dibentangkan di media. PDRM akan berpesan kepada pengguna supaya jgn mudah tertipu, tetapi PLATFORM untuk menipu tetap dibiarkan wujud tanpa sebarang langkah pencegahan diambil..

      Padam
  36. Nama pun dah Mudah.my.................
    boycott jer Mudah tu.
    Kpd kekawan yg dah ditipu tu.. cuma masa saja yg akan tentukan, jangan halalkan rezeki si penipu tu...
    Nasib baik kawe terjumpa blog nie.. peace and t.kasih!

    BalasPadam
  37. jgn boikot mudah,sebab masih ada peniaga yang jujur! jgn tutup rezeki org .. yang da kena tipu tu , trima kasih kerana buat pendedahan! memey hati pedih , tapi skurang2 nyer korang dah bantu org lain dgn info2 yang berguna nie..Sembang x guna,sepak pon x kena! so make sure korg TIME beli barang tu , ADA LAFAZ AKAD .. sekian :)

    BalasPadam
  38. hi saya pun kena tipu juga last february 2013, 28.02.2013 lesap terus duit saya selepas dia bagi nombor tracking tipu! jahat punya budak tu. huh!saya share semua maklumat tentang budak ni.
    NAMA : ABDUL HAKIM BIN SIRUN (dalam mudah.my AKIM)
    CIMB BANK : 05030674492522
    KAD PENGENALAN : 870421-06-5133
    H/P : 013-2816749
    saya pun ada gambar dia, boleh ke saya papar kat sini? andai sesiapa mengenali dia, jujur beritahulah saya.

    BalasPadam
  39. Mungkin boleh mintak tlong diorg ni kepade yg ditipu.... In shaa Allah ley dpt duet anda balik...
    http://www.majalah.com/?classified:perkhidmatan-mengesan-penipu-dalam-internet-tipuhunter:8CBXMP208C&PAGE=2

    BalasPadam
  40. mtk izin share kat fb...terima kasih

    BalasPadam
  41. as salam...
    nak bertanya.. saya telah mengiklankan jualan bagi kereta saya. saya telah mendpt sms utk e-mail kan price. pmbeli berada di UK, ingin membeli utk husband nya di cambodia dan telah memintak sy memberi akaun bank utk ditansfer payment akan ada agent menguruskan disini. adakah pembeli ini penipu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengikut pengalaman daripada orang lain dan pengalaman sendiri semasa mengiklankan barangan, ini satu lagi aktiviti awang hitam untuk memperdaya rakyat malaysia. Saya pernah iklankan barang dan ada pembeli dari UK nak belikan barang tersebut utk anaknya.. sama macam kes idot.

      Padam
    2. dengan kata lain dia beli tanpa membayar sesen pun. online money transfer yang kononnya secure sebenar menipu je. Nama paling popular digunakan orang kononnya pembeli tu Kelly. Dia akan bagitau yang dia dok UK pe bagai.
      Kawan pernah terkena dulu... sampai dapat tekanan jiwa sebab kes tu.

      Padam
    3. saya dapat jugak macam tu cik idot. dia kata untuk suami dia di cambodia. kereta. biar betul? mintak account number saya bagi la.tapi tak tau la tu. semalam saya bagi. so cane ye??

      Padam
  42. Aku kena dengan mangkuk jual amplifier guitar dengan harga RM160 dekat Mudah.my tapi dapat diskaun RM150. Memang ade yg ckp sikit je, tp utk student mcm aku RM150 tu mmg brharga. ni detail dy:
    NAMA: MOHAMAD FARUQ BIN MOHD RASHID (dikenali JET dalam Mudah)
    NO. ACC: MAYBANK 156066242070

    Cara dye mmg x meragukan. Siap ckp brg dh siap pcking ready utk post je. Bile dh bankin duit mula2 ckp esok. pstu esk ckp bgun lambat(aku dh mula rase pelik). esoknye dh xdpt contact. So bgi yg kt luar sne tu jage2.

    BalasPadam
  43. Saya ada cadangan kepada rakan2 yang nak kenakan balik orang yang kenakan kita ni.. kalau pernah dapat email yang nak bagi duit kat kita (kononnya) dan minta kita bagi detail nama dan nombor akaun, tuan2/puan2 bagi jer nombor akaun dan nama malaun-malaun ni kat geng awang hitam tuh.. dia kenakan kita biar awang hitam plak kenakan dia.. baru dia rasa macam mana seronoknya dikenakan orang..

    BalasPadam
  44. pmbeli berada di UK, ingin membeli utk husband nya di cambodia dan telah memintak sy memberi akaun bank utk ditansfer payment akan ada agent menguruskan disini. adakah pembeli ini penipu?? nilah email yang saya terima pagi semalam apabila kereta saya ditayangkan di mudah. dia mintak bagi no akaun. jadi saya pun bagi. tengok dia masuk ke tak, kalau tak tak yah bagi kereta. kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak miruwala.. lebih baik berhati2.. mereka bijak manipulasi nombor akaun. consult dgn pihak bank dan make sure mereka berhati-hati dengan transaksi yang meragukan.. semoga tiada perkara buruk berlaku dan mohon update di sini perkembangan supaya dapat sama2 jadikan panduan..

      Padam
    2. saya pun s.Saya dah kena tipu beli handpon kat mudah. samsung s3 mini white wak lambung sila share no nya 0132994386 akaun bank 14820001492520 cimb mohd shafie bin mohd .cal phone sentiasa mati sahaja.ingat wahai -wahai peniaga online jika awak aniaya orang tidak akan berkat 7 keturunan

      sila share...
      sila pm laju..jika ada maklumat...

      ama hati dia hack akaun awk nanti..nt hilang je duit

      Padam
    3. Sy pn ada letak iklan jual kereta kt mudah. Lepas tu ada dpt email mcm ni
      "Thank you for getting back to me,can you assure me that i will not be disappointed if i buy this Vehicle as a Birthday gift for my Dad? as I'm ready to pay your asking price but not cash in person because I'm an Oceanographer and i am presently on a contract which will end in couple of months,the contract is strictly no call due to the lack of reception on the sea area,but I'm able to access my mail on my laptop.

      My only quickest payment option is PayPal,its safe fast and secure and i will be responsible for the pay pal transaction charges so you can get your expected amount. If you don't have an account with paypal,its easy to open one,Just log on to www.paypal.com and sign up. I hope we can make the purchase as fast as possible? as my Dad's birthday is fast approaching,am sure he will love this vehicle,he's a mechanic and a handy man,so if there is anything that need to be fixed in it just let me know he will handle it.

      I have a mover that will come for the pick up once payment clears in your account and he will handle the title for me.I look forward to hear from you with the information below.

      Your PayPal e-Mail Address :
      Last asking Price:
      your full address details for pickup:

      Thanks.

      So, agak2 ni tipu ke tak ye?

      Padam
    4. salam..same mcm kita ler..iklankan jual kereta kat carlist... ayat sebijik sama cam awak ler..dia ckp dia kt laut jadi Oceanographer kononnya... tp fikir punya fikir... nmpk benar pembohong nyer... harap jgn terpengaruh.... klu yer nak bli kete x kan smpai luar negara siap nk hantr ke africa nun... hadiah birthday kononnya..isk..mmg sah awang hitammmm...

      Padam
    5. Sy dh bg owg UK 2 no acc sy...skg sy tgh rsau klu2 die blh curi duit dlm acc bnk ay tnpe pngethuan sy...so cmne sy nk wt ea?

      Padam
  45. Saya nak beli barang dimudah, dapat yang harga murah RM1000. Saya call, saya tanya nak jual tak dia kata dia nak jual. Lepastu, saya pun bank in lah RM900 sbb RM100 saya nak bank in kan selasa ni. Lepas bank in tu, dia kata dia dah packing barang dan dah hantar. Dan selepas malam khamis saya buat pembayaran tu, dia terus off phone. Sampai sekarang, katanya barang akan sampai mungkin hari Sabtu petang atau Isnin petang. Harini dah Isnin tapi sampai sekarang takde berita. Call pun tak diangkat. Masih peti simpanan suara. Dari sini, sudah nampakkan saya telah ditipu? Atau perlu menunggu sehingga esok? :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. confirm fidyaflying.. takziah diucapkan.. welcome to the club.. elok report polis walaupun duit tu takkan dapat lagi.. sebijik macam saya kena.. lepas phone off dan tak dapat dihubungi, yg tinggal hanya harapan agar tidak ditipu, tapi harapan tinggal harapan.. sehingga kini masih tiada tindakan terhadap mudah.my.. bukan minta mudah dihapuskan, cuma minta diper'telus'kan.. namun tiada satu pihak pun di Malaysia yang berkuasa melakukan apa-apa..

      Padam
  46. kesianya. mesti fikir deposit bila barang da sampai baru bayar cash bankin... mujurla saya tidak tertipu masa membeli camera di mudah.my dulu,

    BalasPadam
  47. Saya juga gemar utk melihat2 atau membeli brg2 di Mudah.my atau perkhidmatan setara lain.. Apa yg saya pernah lakukan adalah, sekiranya tempat si penjual dekat dg tmpt kite, eloklah pergi trus berjumpa dgn dia.. Agar barang tu, dapat dilihat dibelek. Bru puas hati. :) Dan, elok juga kalau bawa teman sekali. kot2 ada apa2 terjadi, boleh defend diri sendiri..Of coursejumpa kat tempat yg ramai orang,Ini bagi yng berdekatanlah. Jika kmu cuba mencadangkan untuk buat bayaran secara terus kpd si penjual tu..then Kalau dia bg alasan tak munasabah, mgkinkah kita boleh fikirkan kenapa..? boleh jadi itu adalah petanda bhwa si penjual ini kurang jujur dan ada agenda di sebalik semua ini..
    Sangat berharap agar pihak polis dapat mencari jalan penyelesaian yg efektif. Jika tidak, semakin ramailah org tidak bersalah menjd mangsa dan smkin berleluasalah si penjahat ni bermaharalela.. Tergamak. Hnya memikirkan kesenangan yg tidak seberapa, sementara dan tidak berkat.

    BalasPadam
  48. Saya juga ada nak org nak try tipu kat mudah nie number dia 0129962936 dia suh bank in .jual s4.alasan dok jauh.

    BalasPadam
  49. LAHANAT TERBARU :
    NAMA : MOHAMAD FARIQ BIN ABANG
    NO IC : 901115066575
    NO MATRIK : 2009-118996 (kononnya pelajar dkt uitm kota samarahan sarawak)
    NO AKAUN : 1111-002668952-7 CIMB BANK
    NO TEL : 0107946979

    saya da bank in duit sebanyak rm700 pada 25.08.2013 NAMUN SEHINGGA SKRG BRG STILL TDK SMPAI LG . saya kol no xaktif da. ssapa yg mengenali manusia tersebut sila mention kat cney. konon jual samsung s3 n 200% brg akan slmt smpai. puiiiiihk. tipulaaaa !

    BalasPadam
  50. syaitan terbaru seorang perempuan, seorang lelaki
    aku baru je terkena..aku da bnkin 1500..ade balance lagi 1500

    BalasPadam
  51. CIMB – 07130084121528
    WONG CHOONG MUN
    PENGKALAN HULU PERAK
    +6011-11189168

    Aku da bank in 770 sampai skrng call x angkat cina pukimak nie.
    janji jual Samsung mega 6.3..ayat cina nie kt mudah dy tulis cm nie..
    bru je kne 12/11/2013

    Original Samsung mega 6.3 LTE

    Sealed box

    My Lucky draw

    Self register warranty SME

    No swap

    BalasPadam
  52. Kepada rakan2 yang telah terkene/tertipu dengan pembelian online ini.Saya saran kan agar pergi ke tribunal pengguna untuk membuat report.Pihak tribunal pengguna tidak mengenekan sebarang yuran guaman untuk membela anda.Penipu dan yang tertipu akan dipanggil ke mahkamah tribunal untuk bicara.Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekadar peringatan..sesiapa jgn berurusan dengn Roslinda mohamed..acc cimb 14630008029523..no tel 01112883705..dia masih aktif lg menipu org ramai di Mudah.my dgn identiti menjual handset n Ipad dgn harga murah..sekian.

      Padam
  53. Askum dan selamat sejahtera..abg mazidul saya pn terkena jgk di iklan mudah.my..jualan playstation 4..ni link dia http://www.mudah.my/Playstation+4+500GB+Camera+Set-24500503.htm saya sudah bank in dia RM1200..nama fadzil bin mahamuda..pegawai kastam...dia bagi salinan ic depan belakang dgn no personal kastam..sampai sekarang barang tak ada.boleh saya tunjuk ic penipu ni?ni no saya 0128509037 wan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yang menipu mengaku pegawai kastam utk meyakinkan orang ramai bahawa barang tersebut rampasan kastam... untuk produk seperti kamera jangan terpedaya kerana rakan saya pegawai kastam kata item tersebut memang dikecualikan cukai.. tak de barang rampasan kamera utk lari cukai..

      Padam
  54. aku baru terkena rm1500 huh!..sama mcm abg mazidul..rampasan kastam..led samsung..HUSSIN BIN AJIBUN IC 651104-12-5027 CIMB 1216-0096227-522 PINIPU BESARRR..

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum saya pun terkena. Bank in RM1000 kelmarin. dia bagitahu dah bank in text dia, dia nk pos. tp malangya bila sy dh text dia minta tracking number. dia xreply, call masuk voicemai

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum. Saya baru je bankin RM1000 kelmarin. Dia bagitahu sy bila dh bank in text dia. Malangnya bila sy text minta tracking number dia xreply, call masuk voicemail. Apa yang harus sy buat?

    BalasPadam
  57. as salam dari ku.....(penjual )
    pembeli ((waheed hislamiyat) menjawab ,wahalekun salam...am from london UK,i work on ship as sailor.
    i want to buy item for my child that in studying abroad (NIGERIA).
    ni alamat anaknyer...
    name:micheal donard
    address:no 11,eleyele oluseyi street ibadan nigeria.
    *bila saya ckp x tau cara urusan dari luar negara*
    Dia ckp,its very simple so regarding the payment...i will pay you through bank transfer and i was told that is the secure way of sending money wordwide and i`m going to make payment from my bank which is (Allied Irish Bank)
    X lama lepas tu ada pembeli ke 2
    Namenyer oluwaseun olamide....ayat lbh kurang pembeli yg pertama.
    Thanks for the mail but am presently out of malaysia am in love with your item i will like to purchase for a COUSIN in west africa as a gift.
    Cousin dia duk no 41 Awolowo Hostel,university of Ibadan nigeria
    Nak g sana jauh sgt...tgk kat google map alamat tu mcm kat stesen bas.
    saya nak try perangkap jgk bg no akaun lain yg masih aktif tapi xde duit dlm tu.
    Nasihat kwn2,jd saya x buat.

    just info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rosmadi...sy bru 2hr lpas trkne mcm awk...pmbeli dr UK yg nk blikn brang nie tok ank die yg stdy kt nigeria..ayt die sme mcm awk..n die gunekn allied irish bnk.die mnx sy postkn dlu brang n email kt bnk die no tracking n brulah duit akn msok dlm acc sy...mslhnye skg nie...sy dh bg no acc bnk sy.mcm mne ye sbb acc HSBC nie sy bru je wt tok kemsukkn gji sy tiap2 bln.ape prlu sy buat?

      Padam
  58. Salam,
    Untuk Makluman Semua - Kes Penipuan Barang Rampasan @ Barang Dari Kastam Masih Aktif..
    Baru Semalam ( 8 Mei 2014 ) Berlaku 3 Kes Penipuan Yang Dikesan Dan Melibatkan Kerugian Lebih RM3000,
    Mereka Menggunakan Identiti Saya Untuk Menghubungi No Telefon Pelanggan / Organisasi Yang Menjadi Wakil Saya Yang Disenaraikan Di Dalam Blog.

    Ada 2 Suspek Yang Terlibat ( Saya Namakan Sebagai PENIPU 1 & PENIPU 2 )
    Untuk Ringkasan, Modus Operandi Mereka Adalah Seperti Berikut :

    1. PENIPU 1 Akan Membuat Panggilan Kepada No. Telefon @ Nama Yang Ada Di Dalam Senarai Blog.

    2. PENIPU 1 Akan Menyamar & Memperkenalkan Dirinya Sebagai Anda Dan Akan Bertanya Khabar Kepada Senarai Nama Yang Ada Di Dalam Blog Anda. Perbualan Memang Seakan2 PENIPU 1 Memang Betul2 Diri Anda & Mengenali MANGSA Yang Dihubungi.

    3. PENIPU 1 Akan Meminta Bantuan Dari MANGSA Untuk Tolong Ambil "Barang Murah" Yang Dia Beli Dari Kastam.

    4. PENIPU 1 Akan Bertanya Kepada MANGSA Sekiranya Berminat Untuk Beli "Barang Murah" Dari Kastam ( Komputer Riba, iPad & Smart Phone ). Dan Sekiranya Anda Setuju...

    5. PENIPU 1 Akan Minta Anda Hubungi PENIPU 2 ( Pegawai Kastam ) Untuk Urusan Jual-Beli "Barang Murah" Tersebut. ATAU PENIPU 1 Akan Menyatakan PENIPU 2 ( Pegawai Kastam ) Akan Hubungi Anda Untuk Urusan Jual-Beli

    6. PENIPU 2 ( Pegawai Kastam ) Akan Menyatakan Masih Terdapat "Barang Murah" Dalam Simpanan Dan MANGSA Perlu Cepat Untuk Membuat Pembayaran Ke Akaun Bank PENIPU 2 ( Pegawai Kastam ) - Supaya Tidak Diberikan Kepada Orang Lain.

    7. PENIPU 2 ( Pegawai Kastam ) Akan Menghubungi MANGSA Dan Memeriksa Transaksi Pembayaran Yang Telah Diterima Untuk Meyakinkan MANGSA Tidak Ditipu.

    8. MANGSA Cuba Menghubungi Kembali PENIPU 1 & PENIPU 2 Untuk Pengesahan - Namun Panggilan Tidak Dijawap Atau Telefon Dimatikan & MANGSA Baru Menyedari Mereka Telah Ditipu !


    MAKLUMAT

    PENIPU 1
    No. Telefon : 017-690 8014

    PENIPU 2 ( Pegawai Kastam )
    No. Telefon : 012-911 9404
    Nama : RAJA KAMARUL ZAMAN
    No. Akaun Bank : 1013 6410 0001 0344 ( RAJA KAMARUL ZAMAN / BANK : BSN-GIRO )

    BalasPadam