Zone A (Bonus)

Ahad, 12 Mei 2013

PENIPUAN INSURAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT

Pada jam 6 petang,  19.4.2013  saya terima panggilan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.  Perempuan India menyatakan pihak insuran Global Millinium Edition akan menyaman saya sekiranya  saya tidak menjelaskan tunggakkan bayaran  insuran selama 5 tahun sebanyak RM1199 dan perlu dijelaskan sebelum pukul 7 petang hari sama. 

Sekiranya saya berminat membuat rundingan dia akan menghubungi pihak insuran, sayapun bersetuju jadi talian saya disambungkan kepada pejabat insuran tersebut dan kali ini dijawab oleh perempuan Melayu  bernama Farah. Dia memaksa saya buat pembayaran separuh dahulu sekiranya tidak ada juga RM299 tiap tiap bulan sampai habis baru dia terminate insuran saya. 

Saya bertanya kepada dia kenapa nama saya masih ada sedangkan saya sudah termiate insuran tersebut dan syarikat lain dulu nama Golden Melinium sekarang Global Melinium,  dia cakap medical card ambil alih dan saya sudah membuat perjanjian akan membayar sehingga kad expired  berdasarkan rakaman suara. Memandangkan tidak mahu mengalami kesulitan, saya bersetuju untuk  bank in  bayaran ke dalam akaun syarikat RHB  2121070004i6260 tersebut  sebelum pukul 7 malam.  Bayaran ini perlu dilunaskan setiap bulan kalau tidak caj baru akan dikenakan..

Dia kemudian melalui SMS dengan menggunakan no 0163386443 mengarahkan fax resit bayaran di no 036092644, selepas membuat bayaran rasa macam kena tipu..mana ada mahkamah tinggi handles kes kecil macam ini,  lepas itu  menghubungi saya menggunakan   private nombor jam 6 petang pula. Aduh! hangus duit susu anak.  Pergi membuat report tanya Inspektor rakaman suara boleh dijadikan bahan bukti untuk mahkamah? Dia cakap mana boleh. 

Journalis Maya: Zaman