Zone A (Bonus)

Ahad, 12 Mei 2013

PENIPUAN INSURAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT

Pada jam 6 petang,  19.4.2013  saya terima panggilan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.  Perempuan India menyatakan pihak insuran Global Millinium Edition akan menyaman saya sekiranya  saya tidak menjelaskan tunggakkan bayaran  insuran selama 5 tahun sebanyak RM1199 dan perlu dijelaskan sebelum pukul 7 petang hari sama. 

Sekiranya saya berminat membuat rundingan dia akan menghubungi pihak insuran, sayapun bersetuju jadi talian saya disambungkan kepada pejabat insuran tersebut dan kali ini dijawab oleh perempuan Melayu  bernama Farah. Dia memaksa saya buat pembayaran separuh dahulu sekiranya tidak ada juga RM299 tiap tiap bulan sampai habis baru dia terminate insuran saya. 

Saya bertanya kepada dia kenapa nama saya masih ada sedangkan saya sudah termiate insuran tersebut dan syarikat lain dulu nama Golden Melinium sekarang Global Melinium,  dia cakap medical card ambil alih dan saya sudah membuat perjanjian akan membayar sehingga kad expired  berdasarkan rakaman suara. Memandangkan tidak mahu mengalami kesulitan, saya bersetuju untuk  bank in  bayaran ke dalam akaun syarikat RHB  2121070004i6260 tersebut  sebelum pukul 7 malam.  Bayaran ini perlu dilunaskan setiap bulan kalau tidak caj baru akan dikenakan..

Dia kemudian melalui SMS dengan menggunakan no 0163386443 mengarahkan fax resit bayaran di no 036092644, selepas membuat bayaran rasa macam kena tipu..mana ada mahkamah tinggi handles kes kecil macam ini,  lepas itu  menghubungi saya menggunakan   private nombor jam 6 petang pula. Aduh! hangus duit susu anak.  Pergi membuat report tanya Inspektor rakaman suara boleh dijadikan bahan bukti untuk mahkamah? Dia cakap mana boleh. 

Journalis Maya: Zaman


Jumaat, 5 April 2013

VIDEO GENG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MEREMPIT

Saya tidak berpuas hati dengan sikap sebilangan pemilik motosikal berkuasa tinggi menunggang secara melulu dan berbahaya.

Saya sertakan link rakaman  video, secara jelas menunjukkan mereka melanggar undang-undang jalanraya sekaligus menggugat keselamatan nyawa pengguna jalanaraya lain.

Klik di sini.

Journalis Maya : Idan

Rabu, 20 Februari 2013

NASI VANGGEY IPOH : HALAL?


Saya cuma nak tahu status kedai tersebut halal atau tak sahaja..sebab saya selalu makan di sini cuma baru-baru ini saya meragui sebab perwatakan pekerja di situ seperti bukan Islam..tapi kedai mempunyai ayat2 suci Al-Quran..tak pasti samada hanya mengaburi mata org Islam atau benar-benar Islam. 

 Journalis Maya:  Hizbul

Isnin, 18 Februari 2013

PUSAT HIBURAN BISING

Saya menetap di kondominium Casa Indah, kota damansara sudah 1tahun lebih.. tetapi apa yang saya kesalkan bunyi bising dari kelab malam terbuka (Open Pub) dari sunway giza semakin menjadi2.. kalau dulu hanya pada hujung minggu, tapi sekarang macam hari2... bunyi bising orang berkaraoke orang mabuk2 menjerit2 dari pkul 9 mlm hingga pkul 4 pagi sangat2 menggangu.. saya pernah telepon 999 buat aduan sbyk 3 kali dan mbpj sebyk 1 kali.. tetapi masih belom nampat tnda-tanda bunyi bising berakhir.. kami pengharapkan bunyi azan, bukan lagu gangnam style pkul 3 pagi.. harap EN MAZIDUL sudi membela nasib kami.. terima kasih

Journalis Maya: Ahmad Faidzal

Jumaat, 15 Februari 2013

ADUAN SMART TAG

As Salam En Mazidul.

Tahun lepas saya bertanya di kaunter PLUS. Katanya smart tag dijual murah time Raya Cina. Sethn menunggu. Semlm saya ke satu kaunter PLUS katanya hanya ada di PLUS sg.Dua, Penang bridge dan Jitra (kwsn utara saya assume) Saya minta adik kaunter call Sg.Dua kalau2 ada lagi. 

Baik adik ni. Dia call n sg.dua kata dah abis. datang esok. So, pagi2 ni saya ke sg.dua bertanya kan smart tag. jawabnya, "ada. 120 ringgit". ok..yg promosi tak dak ka? dah abis katanya. #dgn muka serius sekali# bila mula? dia kata 8hb lepas. Fine with me..tapi kenapa macam tak dak advertisement atau pamplet apa ke? jawabnya , pemberitahuan hanya utk pengguna PLUSmiles saja! This is the time angin saya mula naik. Apa beza pengguna TnG & Pmiles? "Plusmiles guna RM100 dapat rebet 50%, TnG guna 80 swap dapat 20%!" dlm hati saya aku pun tau. dah terpampang kat banner tu. Saya bukan nak adu pasal lokasi atau individu tersebut. 

Saya nak adu kenapa dibezakan pengguna TnG dan PlUSmiles. Adakah kami pengguna TnG tak layak utk dapat harga promosi rm80-rm90 utk smart tag? Kami juga bayar utk reload, kami bayar tol kami bayar cukai. kenapa hanyaPmilles saja dapat maklumat? Saya mohon jasa baik En Mazidul jika dapat
menjelaskan hal ini atau mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.

Journalis Maya: shida

Khamis, 14 Februari 2013

PEMUNGUT DERMA REMAJA

Lokasi Kejadian Kes: Nilai, Negeri Sembilan

cuma nak kongsi pada pukul1 tengah hari tadi sedang saya menjamu selera di sebuah kedai makan ada seorang budak perempuan lebih kurang 11 tahun datang memungut derma n jual barang sekolah tahfis yang sama seperti en mazidul ceritakan di kedah...so saya n kawan saya x layan n cakap x mahu...satu tundakan yang x di duga boleh budak tue marah n sambil berlalu dia marah..yaallah sangat kurang ajar,saya hairan kenapa di didik mcm tue derma tue kan iklas kalo nk memberi

 Journalis Maya : waniee

Ahad, 10 Februari 2013

GELAGAT WARGA ASING

Lokasi Kejadian Kes: Giant Sg Way (dekat SS8)

Pagi tadi dalam jam 10 pagi, saya ke Giant untuk membeli barangan. Di sana, sewaktu di kaunter bayaran, saya terdengar suara wanita menjerit 'I WANT TO SEE YOUR MANAGER!!!', berkali kali. Bangla di kaunter bayaran itu, memperlekehkan wanita itu dengan mengatakan dia tidak membuat salah dan ianya perkara kecil. Bangla itu, yang sedang bertugas, semacam mahu mempersendakan wanita itu.

Selepas membayar barangannya, wanita itu masih menjerit mau berjumpa pengurus Giant kecil itu. Dia memandang saya dan menjelaskan, dia sedang beratur dengan anak kecilnya, kemudian, datang bangla lain dari arah belakang, terus membayar barangan yang di bawanya, selalu satu atau duabarang sahaja dan terus diambil oleh bangla yang bertugas. Katanya, perkara sedemikian sering berlaku dan ini bukan pertama kali. Dia dan anak kecilnya boleh beratur hampir 5 minit tetapi bangla lain boleh terus lalu dan bayar dan diambil oleh bangla bertugas di kaunter.

Wanita ini sudah bosan dengan perlakuan begitu dan mau kan perubahan.

Bangla lelaki muda di kaunter itu masih berulang ulang menyebut kuat kuat yang perkara ini kecil dan wanita Malaysia keturunan India itu mau cari pasal.

Wakil Giant turun bertemu dengan wanita itu tetapi bukan Pengurus pada waktu saya beredar.

Sememangnya gelagat bangla bangla di sini ada yang memualkan dan tidak menghormati orang tempatan, terutamanya wanita. Bila hal ini akan berubah dan bila serbuan akan dilakukan oleh pihak berkuasa? Sakit mata dan sakit hati melihat perangai mereka.

Sekian, Terima kasih.

Journalis Maya: rnz