Zone A (Bonus)

Selasa, 3 Januari 2012

MANGSA KEMALANGAN MENGGELUPUR (Gambar Eksklusif)

Sewaktu dalam perjalanan dari I-City ke Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terlihat lori dipandu laju di lorong sebelah kanan Lebuh Raya Persekutuan menuju ke arah Kuala Lumpur.

"Afif, tolong ambilkan gambar lori itu," pinta saya kepada anak.

Pantas dia menunaikan permintaan saya sedang memandu.


Berpengalaman menjadi anak saya selama lebih 13 tahun, Afif  Faiq tahu mengapa saya meminta dia merakamkan gambar kenderaan itu.


Lori itu dipandu laju tanpa lampu lengkap sekaligus berkebarangkalian mengundang malapetaka di jalanraya.  Saya percaya pihak pengurusan syarikat gergasi perkapalan itu mampu mengenal pasti identiti pemandu terbabit. 


Tolong peringatkan dia, usah memandu menggunakan hanya satu lampu. 

Jam 10.52 malam, 12 minit setelah gambar di atas dirakamkan, sewaktu memandu di Lebuh Raya Utara-Selatan, NKVE, saya memberhentikan kenderaan di lokasi selamat.

Tragedi tidak diduga berlaku beberapa minit sebelum saya tiba di lokasi.


Kemalangan beraku berhampiran susur keluar ke Damansara, Petaling Jaya, Selangor, di NKVE dari arah utara ke selatan.

Semua gambar saya rakamkan secara eksklusif kerana tiada wartawan dan jurugambar media cetak dan elektronik di lokasi.

Mangsa di atas berada dalam kesakitan tetapi tidak bersuara.


Beberapa lelaki dipercayai rakan mangsa cuba menenangkan lelaki kelihatan cedera di kepala. Darah merah mengalir membasahi wajahnya.

Tidak jauh dari mangsa pertama, mangsa kedua kelihatan bak menggelupur terbaring di atas jalanraya sambil diperhatikan barangkali kenalannya.


Keadaan kelam-kabut dan kawasan kejadian mula dikerumuni orang ramai, majoriti penunggang motosikal.


Melalui pengamatan saya, mangsa kedua juga mengalami kecederaan di kepala serta tangan.

"Sudah telefon ambulan?," soal saya kepada mereka berada berhampiran mangsa.

"Sudah," balas mereka.

Saya terus merakamkan gambar. Dalam keadaan begitu tidak molek untuk bertanyakan butiran diri mangsa terbabit.


Saya dimaklumkan 2 mangsa terbabit tidak mengenali di antara satu sama lain. 

Rakan mangsa pertama akhirnya bersuara.

"Kami dari Pulau Pinang, dalam perjalanan balik ke Pelabuhan Klang. Dia menunggang di tengah, saya di belakang. Kami konvoi dalam sepuluh orang dan tadi rasanya ada lori bergesel dengan motosikal dia tetapi pemandu lori melarikan diri," ujarnya.

Saya berpeluang merakamkan gambar satu daripada 4 motosikal dilaporkan terbabit dalam kemalangan ngeri itu.


Beberapa minit selepas berada di lokasi, saya terpandang remaja terduduk tanpa suara berhampiran penghadang jalan.


Perhatikan titisan dan tompokan darah berhampiran paha kanan mangsa.


Pada ketika itu, mangsa pertama kelihatan berada dalam keadaan amat sakit.


"Jangan pejamkan mata! Jangan pejamkan mata!," ujar rakannya dalam keadaan panik

Tanpa bersuara, beberapa kali mangsa cuba mengubah kedudukan tubuhnya.

Kira-kira jam 11 malam, ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi dan kakitangan hospital itu bertindak pantas.


Setelah memastikan dia masih bernafas, mangsa dibawa masuk ke dalam ambulan.


Mangsa kedua kemudian diusung ke dalam ambulan sama.


Manakala mangsa ketiga dipapah ke seberang kiri jalan. 


Polis trafik tiba di lokasi kemudian bertindakn mengawal lalu-lintas. 


Saya berharap semua mangsa selamat. 

15 ulasan:

  1. MasyaAllah, semoga ketiga2 mereka selamat~

    BalasPadam
  2. Maaf cakap..saya terserempak dgn geng2 mat motor yg accident nie semasa pulang dari utara. mereka membawa motor dgn laju tanpa mempedulikan keselamatan pengguna lebuh raya yg lain. mereka juga membuat aksi2 superman dan berbagai aksi rempit lain yg menimbulkan masalah pada pengguna hi way yg lain . melalui gambar yg di paparkan mmg benar merekalah sebahagian dari kumpulan rempit yg menyusahkan pemandu lain dilebuhraya plus dari utara.mmg patut pun accident macam tu. mereka tu yg bawak motor tak ingat dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kah lebih bagus anda ckp "semoga mat2 motor ni dpt pengajaran dari kejadian ini".. kadang2 kita ni yg bawa motor or kereta tak sedar yg kita mungkin ada susah kan pengguna jalan yg lain...

      Padam
  3. sedih sekali. saya percaya inilah kemalangannya yang menyebabkan ambulans2 berkejaran dari klang ke kl dan patah balik ke klang. tapi kesesakan lalulintas menyebabkan perjalanan mereka jadi lambat.

    semoga semua mangsa selamat.

    BalasPadam
  4. kesiannya....harap2 semua selamat...berhati2 di jalanraya...

    BalasPadam
  5. dr statement ini
    "Kami dari Pulau Pinang, dalam perjalanan balik ke Pelabuhan Klang. Dia menunggang di tengah, saya di belakang. Kami konvoi dalam sepuluh orang dan tadi rasanya ada lori bergesel dengan motosikal dia tetapi pemandu lori melarikan diri," ujarnya"

    adakah berpunca dr "lori" satu lampu itu yg melakukannya ???

    BalasPadam
  6. Bagus tindakan ambil gambar kenderaan yg bawa laju membahayakan pnumpang dan kenderaan lain tu. Saya pun selalu kluar videocam atau sekurang2nya hphone saya (jika saya tidak memandu) kalau selisih atau terlihat kenderaan laju menyondol2 kereta lain utk memotong. Kasi dia nampak pun lagi bgus, biar dia sedar..atau takut diambil tindakan.

    BalasPadam
  7. Hari ni kena kat orang esok2 mana tau kena kat kita pulak.Kita manusia biasa je,tak lepas dari buat benda2 bodoh serta kesilapan,tapi sangat2 tak baik kalau memPATUT kan org lain accident.Kadang2 kalau kita accident budak2 racing tu jugak yg selalunya menolong.mudah mudahan tak kena kat kita.

    BalasPadam
  8. setuju dgn Qass...macam kes yang ini...tak heran kenapa penuh dgn geng motor yang berhenti...selalunya geng 'kecik' ni lah yg sangat perihatin sesama kami..geng 'besar' memang selalu memPATUTkan saja..tapi bukan semua...semoga diorang semua selamat...

    BalasPadam
  9. kasi mati pun xpe, nak racing pigi lain tmpt,
    sampah masyarakat! membahayakan pungguna jlnraya,
    Biar dia org sakit teruk2, ambulance x usah mari.
    Ni sampah, lagi byk mati lagi baik!
    siapa yg suka tolong dia org anda pun bodoh juga.

    BalasPadam
  10. Kenapa lori dan bas tiada speed cut off? Patutnya JPJ dan Puspakom kena sekat kelajuan bas dan lori pada 90km/j sahaja, untuk mengelakkan tragedi ngeri kemalangan maut dia Malaysia. Kenapa bawa laju? Sebab mereka nak kejar trip tampa hiraukan keselamatan pengguna lain. Aku pernah tengok motor excident, pemandu lori cynunalip selamba jer langgar lepas tu terus belah macam langgar biawak je. Abis nak buat camne? Pendidikan formal wajib sejak sekolah rendah lagi supaya sikap mereka juga berubah.

    BalasPadam