Zone A (Bonus)

Selasa, 27 September 2011

"Kalau ada pistol aku tembak hang"?

JIKA kes ini benar berlaku, saya menganggap polis terbabit, apa jua pangkatnya, bodoh.

Baca kenyataan berikut.

'Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Kenyataan berwarna merah itu boleh mengakibatkan polis terbabit dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, melakukan ugutan jenayah.

JIKA benar kenyataan itu diungkapkan, tindakan polis itu juga tidak bijak.

Bagaimanapun dalam laporan Kosmo! tidak dinyatakan bagaimana suspek mengetahui identiti penyerangnya, polis sedangkan semua didakwa berpakaian preman.

Maklumlah, sekarang ramai individu boleh mendakwa diri mereka polis, tambahan pula gari boleh dibeli.

Ahad, 25 September 2011

Saya Akan Terus Menulis Di Sini

2 blog saya, mazidulakmal.com dan blog penyingkapfakta666.blogspot.com telah dikategorikan sebagai 'attack page' jika pembaca melayari menggunakna browser Firefox.

Setakat ini tiada masalah jika pembaca melayari blog terbabit menggunakan browser lain.

Sementara rakans saya, Sabil Weirdwired cuba mengatasi masalah terbabit, semua hasil tulisan saya akan dimuatkan di blog ini.

Terima kasih.

Sabtu, 24 September 2011

Pelajar 10 Tahun Menembak Guru


David Nagueira, 10 tahun berasal dari Sao Paulo.

Dia dikatakan kanak-kanak pendiam dan bersopan.

Justeru tindakannya menembak guru kelas, Rosileide Querios, di hadapan pelajar sekelasnya mengejutkan masyarakat. Selepas gurunya cedera parah, David dilaporkan menembak dirinya sendiri menggunakan pistol .38 milik bapanya, anggota polis sehingga meragut nyawanya.

Laporan lengkap di sini.

Di Malaysia, guru pernah disepak oleh pelajar tetapi belum sampai ke tahap ditembak mati.

Jumaat, 23 September 2011

Siapa Merogol Budak 2 Tahun Di Kota Damansara?

Usianya dilaporkan baru mencecah 2 tahun.

Hospital mengesahkan dia dirogol sewaktu dihantar ke rumah pengasuhnya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Baca laporan Harian Metro di sini.

Setiap kali terbaca berita seperti itu, saya berasa amat marah.

Mana mungkin lelaki dewasa tergamak melakukan jenayah terkutuk seperti itu terhadap kanak-kanak kecil belum mengerti hitam putih kehidupan.

Selasa, 20 September 2011

Tumbang

"The cab was going to the right, I was going to the left and suddenly that car hit the cab then hit me," ujar warga asing berbaju hijau, panik.

Saya rakamkan 3 kenderaan terbabit dalam kemalangan pada kira-kira jam 12 malam, 17 September 2011. Melalui pengamatan saya, teksi mengalami kerosakan teruk sehingga tidak boleh dialihkan ke tepi jalan.

Kejadian berlaku di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.


Lelaki tempatan, penumpang teksi tercedera di muka dipercayai akibat terkena serpihan kaca cermin hadapan dan dengan bantuan wanita warga Myanmar, penumpang kenderaan sama, dia dihantar ke klinik.

"The problem is, we don't have money to go to clinic," ujar wanita terbabit.

Pemandu teksi kemudian menghulurkan sejumlah wang kepada mangsa sebelum mereka beredar dari lokasi kejadian.

"I am here to help the cab driver because I think that he is innocent. I believe that the lady who drove that BMW is drunk," ujar warga asing lelaki.

Lihat keadaan kereta mewah dimaksudkannya.


Kereta jenis BMW terbabit dipercayai bukan sahaja melanggar lampu merah tetapi turut melanggar tiang lampu sehingga tumbang.

Pemandu, wanita dan rakannya kemudian didapati bergegas beredar dari lokasi terbabit.

Saya kemudian menghubungi '999' dan meminta bantuan polis trafik untuk mengawal lalu-lintas.

Sebagai pemandu, kita semua harus berhati-hati. Biar pun memandu secara cermat dan berkhemah, tragedi berlaku tanpa diduga.

Kesilapan pemandu lain mampu mengundang bahana.

Rabu, 14 September 2011

Suspek Rompak Restoran Mamak Diberkas

Jumaat lalu, saya menulis tampalan berhubung kes restoran mamak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, klik di sini.

Di tampalan sama, saya secara jelas menyatakan pendirian dan kepercayaan kepada kecekapan polis untuk memberkas penjenayah terbabit.

Saya kemudian mencatatkan kenyataan 'izinkan pihak polis menangani masalah itu' tanpa pengusaha restoran mamak perlu menggajikan pengawal keselamatan bersenjata untuk menjaga kesejahteraan premis perniagaan mereka, baca di sini.


Kurang 4 hari, akhbar Kosmo! Online membuktikan kenyataan saya itu benar.

Baca laporannya di sini.

Apakah sebenarnya asas kepada keyakinan saya, polis berupaya menyelesaikan kes terbabit?

Mudah.

Saya difahamkan oleh kenalan polis, suspek berbangsa India dan dipercayai sebilangan mereka, remaja.

Remaja lazimnya bersemangat tinggi tetapi kurang kawalan sewaktu bertindak. Perasaan bermegah megah sekaligus menceritakan kepada kenalan berhubung kejayaan rompakan berkebarangkalian wujud. Maksudnya, rahsia kegiatan kumpulan terbabit dalam kes jenayah mudah bocor.

Tambahan pula, sebilangan penjenayah India dilaporkan gemar meminum minuman keras lalu kekadang mereka tidak menyedari rahsia sama terbongkar sewaktu penjenayah terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.

Manakala pegawai dan anggota polis terbabit menyiasat kes lumrahnya mempunyai ramai kenalan justeru maklumat berhubung identiti suspek berupaya mereka perolehi. Jika seorang daripada suspek berjaya diberkas, kejayaan itu sudah mencukupi. Maklumat dikumpul kemudian digunakan untuk memburu dan memberkas suspek lain.

Jika tidak masakan 8 suspek berjaya ditahan dan polis mampu memaparkan butiran terperinci suspek sedang diburu.

Sebelum ini, kumpulan penjenayah India pernah terbabit dalam kes rompakan 7-Eleven. Saya difahamkan rompakan dilakukan remaja India bertujuan membuktikan keberanian dan kesetiaan mereka kepada ahli kumpulan lebih senior.

Jika penjenayah profesional, 7-Eleven pasti tidak dijadikan sasaran. Wang tunai disimpan pekerja terhad dan premis pula dilengkapi kamera litar tertutup sekaligus memudahkan identiti suspek dikenal pasti. Merompak premis perniagaan beroperasi 24 jam seperti itu tidak berbaloi, itu hemat saya.

Tonton paparan You Tube berikut. sebagai contoh. Wajah suspek jelas kelihatan dan saya percaya hasil rompakan juga tidak lumayan.

Selasa, 13 September 2011

Pelajar Kolej Lelaki Dan Wanita Tinggal Serumah

Saya dapati pelajar kolej lelaki dan wanita tinggal serumah di Flat Kos rendah serdang Perdana.

Saya ingin memohon dilaporkan kes ini kepada penguatkuasa majlis agama dan pihak berkuasa lain untuk mencegah kegiatan ini. 

Saya percaya kes pemerdagangan orang juga berlaku di lokasi sama membabitkan gadis warga China di tingkat 3 dan 14. 

Journalis Maya : Wak

Penjenayah Indonesia Samun Bangladesh

Pada 4 September 2011, saya menaiki bas Metro bernombor 79 dari KLCC ke Kotaraya, Kuala Lumpur dan duduk di kerusi belakang sekali. Masa saya naik, ramai warga Bangladesh tetapi tiada kejadian tidak diingini berlaku. 

Bila sahaja bas hendak bergerak, naik sekumpulan warga Indonesia. Bas menjadi sesak sehinggakan sebilangan mereka duduk di atas lantai. Sewaktu bas mula bergerak menghala ke Kotaraya, seorang dua warga Indonesia terbabit cuba mencuri dompet penumpang Bangladesh sambil tangan mencekik leher mangsa, mujur mangsa sempat menjerit dan dompetnya dihulurkan kepada kawannya. 

Tidak berpuas hati, penjenayah Indonesia itu menumbuk dan menyiku beberapa penumpang Bangladesh tanpa rasa bersalah. Pada masa sama, penjenayah mula merampas handphone mangsa lain tetapi tidak sempat kerana bas sudah menghampiri Kotaraya. Pada ketika itu saya berasa takut sebab kumpulan penjenayah itu telah menghalang laluan di dalam bas. 

Pada saat itu, saya berdoa agar tidak berlaku kejadian buruk. Sebaik tiba di Kotaraya, saya terus keluar dari bas. 

Saya hairan mengapa warga asing sekarang terlampau biadap dan mengapa konduktor serta pemandu bas Metro terbabit, warga Indonesia?.

Journalis Maya : Han

Syaitan Bertanya Allah Menjawab

Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”

Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?”

Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”

Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”

Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”

Iblis bertanya:”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”

Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”

Firman Allah : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”

Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”

Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”

Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”
Firman Allah : “Perangkap bagimu ialah wanita.”

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”

Firman Allah : “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”

Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu.

Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”

(Hadis Riwayat Muslim)