Zone A (Bonus)

Selasa, 20 Disember 2011

INI BUKAN TONG SAMPAH!

Dua hari lalu saya menemui pekerja di kedai milik warga Aceh di Jalan Kenyalang 1/3B, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Tidak mengapa, sampah itu semua dicampakkan di depan kedai saya, saya akan bersihkan," ujar pekerja terbabit.

Hari ini saya meninjau kawasan sama sekali lagi dan berikut gambar saya rakamkan.


Saya percayai pekedai tahu, ruang di antara premis perniagaan mereka dan ruang pejalan kaki itu bukan tong sampah.

Barangkali akal dangkal mendorong mereka terus mencemari kebersihan di kawasan awam.

Jam 5 petang tadi, saya bertemu pemilik kedai memperbaiki motosikal di sebelah kedai runcit Aceh.

"Kita boleh berniaga tetapi jangan susahkan orang lain. Ini bukan tong sampah," kata saya kepada lelaki Cina terbabit.


Perhatikan ruang di hadapan kedai sama.


"Wow! Tiub motosikal pun buang sana ke?," soal saya kepada peniaga.

Dia hanya mendiamkan diri.


Untuk rekod, restoran dikunjungi ramai terletak kurang 50 meter dari kedai terbabit.

Selain tiub tayar, topi keledar lama juga dibuang di ruang sama sekaligus mampu menjadi bekas strategik nyamuk aedes untuk bertelur.


Sebilangan motosikal diperbaiki juga didapati diparkir di ruang pejalan kaki di hadapan kedai menyukarkan orang ramai menggunakan laluan itu.

"Orang berniaga untung, orang ramai susah. Macam itu ke berniaga?," soal saya.


Jam 5.20 petang tadi, pemilik dan pekerja kedai kelihatan tergesa-gesa mengalihkan kenderaan itu ke lokasi sepatutnya.


Tidak salah mencari rezeki secara berniaga tetapi usah sampai mencemarkan kebersihan sekaligus menyusahkan masyarakat awam.


Saya tidak berhasrat untuk mengambil alih tugas penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya tetapi sekadar menegur segelintir manusia kelihatan kurang prihatin berhubung tanggungjawab menjaga kebersihan.

Rabu, 14 Disember 2011

PATUH SOP KESELAMATAN?


Gambar di atas dirakamkan di pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selamatkah kaedah mengangkut barangan sebegitu kepada pengguna jalanraya lain? Adakah kaedah itu menggunakan SOP keselamatan dituntut oleh pihak berkuasa?

Journalis Maya : 9W2BZT

Isnin, 14 November 2011

MASUK MULUT BUAYA

Pengkid, perempuan berperawakan dan berkelakuan seperti lelaki. Jadi lazimnya kelompok terbabit tidak menggemari manusia berjantina berbeza.

Nafsu mereka dikatakan lebih cenderung kepada menggauli kaum sejenis.

Manakala lelaki dari Kepulauan Lombok, Indonesia pula dikenali kerana sikap rajin bekerja dan bijak memperdaya. Sebilangan mereka didakwa memiliki ilmu 'jemput jempak' atau jampi serapah berupaya mempengaruhi perempuan tempatan sehingga bertindak melarikan  diri bersama pasangan ke destinasi menawarkan kesengsaraan itu.

Zurain Mohd Zulkeppeli, 17 tahun, pengkid, kini dipercayai berada di Lombok bersama suami dan anaknya.

Baca di sini.

Barangkali keperibadiannya sudah berubah, daripada pengkid kepada perempuan sejati.

Namun tindakannya itu tidak ubah bak keluar mulut harimau, masuk pula ke dalam mulut buaya.

Buaya darat.

Jumaat, 4 November 2011

MERAH KE?

Teliti gambar di bawah.


Barangkali pandangan penunggang motosikal itu terhadang dek kertas iklan haram ditampal di tiang lampu.

 

Selasa, 1 November 2011

LOT 10 TERBAKAR

Jam 12.20 tengah hari tadi, saya dan kru 666, Razali terlihat kepulan asap dari jauh dan bergegas ke lokasi kebakaran.


Kepulan asap hitam semakin pekat memenuhi ruang udara.


Jalan utama di hadapan kilang terbabit sesak.


Sebaik tiba di lokasi, Razali bersuara.

"Lot 10 terbakar," usiknya.


Stor dua tingkat kilang barangan pakai buang itu dilaporkan terbakar kira-kira 10 minit sebelum kami tiba.

 

"Berapa orang tinggal di dalam?," soal Razali kepada pekerja warga Bangladesh.

"Dua ratus ada," balasnya.


Kelihatan kereta bomba di dalam premis terbabit dan dipercayai anggota bertugas sedang memadamkan kebakaran.


Dalam tempoh waktu singkat, tiga lagi kenderaan Bomba dan Penyelamat kelihatan memasuki kawasan kilang terbabit.


Majoriti pekerja warga asing dan tempatan kelihatan berada di luar pagar di hadapan kilang. Pelbagai aksi mereka sempat saya rakamkan.


Bimbang musnah, pekerja membawa barangan milik mereka ke kawasan selamat. Dipercayai sebilangan pekerja sedang tidur atau mandi sewaktu kebakaran dikesan.


Antara barangan berharga diselamatkan, kipas angin, barangan elektronik dan pakaian. 


Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran, saya anggarkan dalam tempoh kurang setengah jam.