Jam 12.20 tengah hari tadi, saya dan kru 666, Razali terlihat kepulan asap dari jauh dan bergegas ke lokasi kebakaran.
Kepulan asap hitam semakin pekat memenuhi ruang udara.
Jalan utama di hadapan kilang terbabit sesak.
Sebaik tiba di lokasi, Razali bersuara.
"Lot 10 terbakar," usiknya.
Stor dua tingkat kilang barangan pakai buang itu dilaporkan terbakar kira-kira 10 minit sebelum kami tiba.
"Berapa orang tinggal di dalam?," soal Razali kepada pekerja warga Bangladesh.
"Dua ratus ada," balasnya.
Kelihatan kereta bomba di dalam premis terbabit dan dipercayai anggota bertugas sedang memadamkan kebakaran.
Dalam tempoh waktu singkat, tiga lagi kenderaan Bomba dan Penyelamat kelihatan memasuki kawasan kilang terbabit.
Majoriti pekerja warga asing dan tempatan kelihatan berada di luar pagar di hadapan kilang. Pelbagai aksi mereka sempat saya rakamkan.
Bimbang musnah, pekerja membawa barangan milik mereka ke kawasan selamat. Dipercayai sebilangan pekerja sedang tidur atau mandi sewaktu kebakaran dikesan.
Antara barangan berharga diselamatkan, kipas angin, barangan elektronik dan pakaian.
Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran, saya anggarkan dalam tempoh kurang setengah jam.
SMTI~
BalasPadamsmti.. :)
BalasPadam