Zone A (Bonus)

Ahad, 6 Mac 2011

Servis Taska Tidak Memuaskan

Saya menghantar anak saya ke pusat penjagaan Seksyen 6 Kota Damansara. Semasa anak sulong saya di bawah penjagaan mereka, servis mereka amatlah baik. Setelah sekian lama (5 hingga 6 tahun kemudian) dan saya juga telah menghantar anak kedua saya kesana, saya perhatikan pusat penjagaan ini mempunyai ramai kanak-kanak dan bayi di bawah jagaan mereka. Di sinilah bermulanya masalah yang sukar diterima terutamanya tentang kesihatan. 

Telah banyak kali saya perhatikan botol susu anak saya dan juga anak orang lain terlampau kotor dah BERKULAT pada puting susu itu. Kain baju kotor diletak merata-rata di dalam beg-beg sekolah anak-anak saya tanpa di masukkan ke dalam plastik yang disediakan. Kesihatan penjaga di sana juga menjadi persoalan. 

Saya perhatikan anak-anak saya mengalami batuk selsema yang berpanjangan. Saya dapati penjaga yang menjaga anak saya itu sendiri mengalami batuk dan selsema selama beberapa minggu. Porch di rumah (Taska) itu sendiri berbau kurang menyenangkan. Saya tidak pasti apakah penyebab bau itu dan saya ingin menekankan di sini bahawa ianya tidak patut berlaku. 

Setelah membuat aduan kepada pemilik Taska, dia menyerang saya kembali dan terus menaikkan yuran anak saya sebanyak RM10 sebulan. Saya terus memberhentikan anak-anak saya dan memindahkan mereka ke taska yang lain.

Sekian Terima Kasih

Anonymous
6 Mac 2011

Pertemuan Bloggers - Sudah Setahun Rupanya!


Nama journalis maya : Pn. Liza Mahmood

Nama sebenar : Rosnizah Binti Mahmood

No Telefon:: 013-3813811

Email:  ummufarhans@yahoo.com

Alamat :  No.3  Jln. Pulau Angsa U10/33D, Bdr NusaRhu Sec U10, 40150 Shah Alam, Selangor.

Lokasi Laporan : Commonwealth Forest Park & Resort, Rawang pada 6 Mac 2010

Tarikh Laporan :  5/3/2011

Siapa sangka usik-mengusik di alam maya menjadi realiti apabila bertemu di alam nyata.

Pertemuan yang diatur oleh En. Mazidul Akmal Sidik pada 6/3/2010 di Commonwealth Forest Park & Resort di Rawang sekelip mata udara yang nyaman dikelilingi pepohon rimbun menjadi hangat dengan silaturrahim apabila sahabat bloggers bertemu bertatap mata.

Ya, sudah setahun ianya berlalu! Namun kehangatannya masih terasa, terasa-rasa!

Siapa kata perhubungan di alam maya mendatangkan kesan yang negatif?

YA - Jika anda hanya mempergunakannya bagi memenuhi apa yang anda MAHU.

TIDAK - Jika anda menggunakan medium itu dengan bijak dan selaras dengan apa yang anda PERLU.

Salam ukhuwah buat Sahabat Bloggers!

Sabtu, 5 Mac 2011

Borang Aduan


Journalis Maya Bersama Mazidul Akmal Sidik



No Telefon


Maklumat ini dirahsiakan

Email


Maklumat ini dirahsiakan

Gambar aduan 1


Sila hadkan saiz gambar untuk melancarkan muat turun. Saiz yang terlalu besar akan melambatkan proses penghantaran borang

Gambar aduan 2


Sila hadkan saiz gambar untuk melancarkan muat turun. Saiz yang terlalu besar akan melambatkan proses penghantaran borang

Gambar aduan 3


Sila hadkan saiz gambar untuk melancarkan muat turun. Saiz yang terlalu besar akan melambatkan proses penghantaran borang



Tajuk Aduan



Lokasi Kejadian Kes



Laporan aduan




Nama Journalis Maya


Nama betul atau samaran


PENGESAHAN IMEJ

captcha

Taip imej seperti di sebelah:

[tukar imej AMARAN borang akan reset] [Apakah ini?]