Zone A (Bonus)

Ahad, 6 Mac 2011

Servis Taska Tidak Memuaskan

Saya menghantar anak saya ke pusat penjagaan Seksyen 6 Kota Damansara. Semasa anak sulong saya di bawah penjagaan mereka, servis mereka amatlah baik. Setelah sekian lama (5 hingga 6 tahun kemudian) dan saya juga telah menghantar anak kedua saya kesana, saya perhatikan pusat penjagaan ini mempunyai ramai kanak-kanak dan bayi di bawah jagaan mereka. Di sinilah bermulanya masalah yang sukar diterima terutamanya tentang kesihatan. 

Telah banyak kali saya perhatikan botol susu anak saya dan juga anak orang lain terlampau kotor dah BERKULAT pada puting susu itu. Kain baju kotor diletak merata-rata di dalam beg-beg sekolah anak-anak saya tanpa di masukkan ke dalam plastik yang disediakan. Kesihatan penjaga di sana juga menjadi persoalan. 

Saya perhatikan anak-anak saya mengalami batuk selsema yang berpanjangan. Saya dapati penjaga yang menjaga anak saya itu sendiri mengalami batuk dan selsema selama beberapa minggu. Porch di rumah (Taska) itu sendiri berbau kurang menyenangkan. Saya tidak pasti apakah penyebab bau itu dan saya ingin menekankan di sini bahawa ianya tidak patut berlaku. 

Setelah membuat aduan kepada pemilik Taska, dia menyerang saya kembali dan terus menaikkan yuran anak saya sebanyak RM10 sebulan. Saya terus memberhentikan anak-anak saya dan memindahkan mereka ke taska yang lain.

Sekian Terima Kasih

Anonymous
6 Mac 2011

8 ulasan:

  1. ee...macam mana boleh jadi taska kalau macam ni? mendedahkan anak-anak orang kepada risiko penyakit dan mungkin keselamatan macam ni adalah perkara yang tak patut dibiarkan!

    BalasPadam
  2. Suatu pendedahan yang wajar, kerana hak sebagai pengguna digunakan. Tetapi bukti harus juga disertakan sekali.

    Apapun, setahu saya, banyak sekali taska tidak mendapat lesen dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pun...

    Ciri keselamatan pun ada yang abaikan.

    BalasPadam
  3. Assalamua'laikum dan slmt petang...

    Saya simpati dengan nasib pengadu ini. Bukanlah mudah untuk ibu bapa mempercayai org lain bagi menjaga anak2 apabila mereka keluar bekerja. Apa yg diharapkan ialah keselamatan dan keselesaan si anak yang diasuh oleh tangan lain yang dibayar perkhidmatannya.

    Sebaiknya, semaklah dahulu status taska terbabit samaada sdh berdaftar dgn JKM ataupn tidak. Dan, selalulah buat sportcheck kepada taska tersebut.

    Kpda pemilik taska, tanggungjawab anda sangatlah besar. Peliharalah kepercayaan yang tlh diberikan dan kekalkan/tingkatkan kualiti penjagaan kepada anak2 ini. Jangan fikirkan keuntungan semata.

    Sekian. Semoga anak2 kita dilindungi Allah selalu.

    BalasPadam
  4. Anda telah mengambil langkah yg bijak!

    Banyak lg Taska yg baik, bersih lg mesra di luar sana.

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum wrt wbt

    Taska adalah rumah sementara untuk kanak-kanak sepeninggalan ibubapa mereka berurusan/bekerja. Seharusnya Taska berada di dalam keadaan bersih di dalam dan di luar persekitaran premis. Taska yang diadukan (di Seksyen 6 Kota Damansara) boleh kita ragui tahap kebersihannya.

    Pengadu sudah menyediakan plastik bagi pakaian kotor tapi tak diendahkan pihak Taska begitu juga aduan pengadu kepada pihak pengurusan yang tidak diberi perhatian menunjukkan sikap ego dan tidak profesional dalam berkejaya.

    Sikap dan sifat yang ada pada pengasuh dan pihak pengurusan Taska tersebut tidak menetapi ciri-ciri dan etika profesion mereka.

    Setiap Taska mempunyai polisinya sendiri.
    Sekiranya pihak Taska menghendaki botol susu ditinggalkan di Taska maka tanggungjawab kebersihan harus ditanggung oleh pihak Taska dan dalam kes pengadu di atas pihak Taska cuai dan mengabaikan tanggungjawabnya.

    Sekiranya peraturan Taska tidak mengkehendaki botol susu ditinggalkan di Taska bermakna dalam kes pengadu, sebagai ibubapa mereka cuai dan melepaskan tanggungjawab keibubapaan mereka.

    Botol susu dan puting hendaklah direbus, sudah tentu sekiranya ibubapa yang mahu berfikir, dengan jumlah kanak-kanak yang ramai di Taska, urusan pembersihan tidak akan sampai tahap yang memuaskan.

    Ibubapa yang budiman,
    Saya suka menitipkan pesanan yang ikhlas

    1.Sebagai ibubapa seharusnya botol dan puting tidak ditinggalkan di Taska. Bawa pulang dan bersihkan di rumah. Bila puting sudah perlu ditukar, kita beli baru jangan sampai pihak Taska ingatkan kita. Begitu juga botol susu janganlah guna bertahun-tahun tak berganti.

    2.Pastikan menukar tuala setiap hari jangan dibiar tuala tinggal di Taska.

    3.Sediakan tisu (tulis nama anak pada kotak) untuk kegunaan anak sepanjang hari samada selesema atau pun tidak. Jangan bekalkan sapu tangan, kalau selesema sapu tangan yang diguna berkali-kali akan kotor dan mengandungi varius atau kuman.

    4.Pastikan anak-anak yg pakai lampin pakai buang datang dengan lampin yang baru bukan yang di pakai semalaman dan bernajis.

    5.Kalau tak sihat beri anak ubat awal pagi sebelum hantar ke taska. Kalau dos untuk 3x sehari, bekalkan ubat, pihak Taska bagi sekali aje pada anak kita lebih tu kitalah layan anak kita. Kalau ubat makan 1x sehari, kita tak payah suruh pihak Taska, kita bagi sendiri.

    6. Kuku tangan dan kaki anak, kita potongkan sendiri.

    7. Taska adalah rumah sementara buat anak-anak kita, pastikan rumah kita adalah syurga bagi puteri dan puteri kita itu.


    Kepada Pengusah Taska,
    1. Anda menggalas tanggungjawab yang sangat mulia.

    2. Penuhi bidang yang anda pilih ini dengan keseronokan bekerja, penuh dedikasi, ikhlas, bersedia menghadapi sebarang teguran dan menerima pandangan untuk menghasilkan natijah yang baik kepada kerjaya dan perusahan anda.

    3. Selalu menghantar pengasuh anda mengikuti kursus, seminar dan program motivasi bagi meningkatkan pengetahuan dan memartabatkan kerjaya yang mulia ini.

    4. Sertailah persatuan-persatuan Taska terutama di Selangor kita ada Persatuan Taska Negeri Selangor. Boleh juga mengangotai Persatuan Taska Melayu Malaysia dll.

    5. Pihak Taska memberi perlindungan sementara kepada kanak-kanak. Jangan mengambil alih tugas ibubapa sepenuhnya. Kemaskini polisi dan caj perkhidmatan yang sewajarnya.

    Sebenarnya kita saling perlu memerlukan. Jagailah silaturrahim walau dalam bidang perkhidmatan apa sekalipun yang kita terlibat tidak kira samada kita pengguna atau pengusaha, pekerja atau pun majikan.

    InsyaAllah kita kembali semula kepada matlamat - mencari keredhaan Allah SWT. Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT.

    BalasPadam
  6. Yuran yang dikenakan harus sejajar dengan perkhidmatan yang dibekalkan. So pada saya, pesanan ikhlas seperti yang dinyatakan oleh Pn Ros mungkin perlu penyelarasan.

    BalasPadam
  7. Pesan Puan Ros sangat bagus dan perlu diambilkira oleh semua pihak.

    Boleh juga buat aduan ke JKM di mana pihak JKM akan melawat taska ini dan mengambil tindakan jika taska tersebut tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

    Basic rule - sebelum hantar anak-anak ke taska, adalah tanggungjawab ibubapa memeriksa jika taska tersebut adalah taska berdaftar dengan JKM.

    BalasPadam
  8. ada juga taska di taman impian putra yg x berlesen. sebaliknya, menngunakan sijil taska orang lain. taska tersebut, bukan hanya menjaga bayi, tapi turut membela arnab dan kucing dalam sebuah bilik di atas rumah. longkang yg sepatutnya ditutup, x ditutup dan dibuka sekalipon belum mendapat kelulusan pihak bomba..

    BalasPadam