Zone A (Bonus)

Rabu, 14 September 2011

Suspek Rompak Restoran Mamak Diberkas

Jumaat lalu, saya menulis tampalan berhubung kes restoran mamak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, klik di sini.

Di tampalan sama, saya secara jelas menyatakan pendirian dan kepercayaan kepada kecekapan polis untuk memberkas penjenayah terbabit.

Saya kemudian mencatatkan kenyataan 'izinkan pihak polis menangani masalah itu' tanpa pengusaha restoran mamak perlu menggajikan pengawal keselamatan bersenjata untuk menjaga kesejahteraan premis perniagaan mereka, baca di sini.


Kurang 4 hari, akhbar Kosmo! Online membuktikan kenyataan saya itu benar.

Baca laporannya di sini.

Apakah sebenarnya asas kepada keyakinan saya, polis berupaya menyelesaikan kes terbabit?

Mudah.

Saya difahamkan oleh kenalan polis, suspek berbangsa India dan dipercayai sebilangan mereka, remaja.

Remaja lazimnya bersemangat tinggi tetapi kurang kawalan sewaktu bertindak. Perasaan bermegah megah sekaligus menceritakan kepada kenalan berhubung kejayaan rompakan berkebarangkalian wujud. Maksudnya, rahsia kegiatan kumpulan terbabit dalam kes jenayah mudah bocor.

Tambahan pula, sebilangan penjenayah India dilaporkan gemar meminum minuman keras lalu kekadang mereka tidak menyedari rahsia sama terbongkar sewaktu penjenayah terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.

Manakala pegawai dan anggota polis terbabit menyiasat kes lumrahnya mempunyai ramai kenalan justeru maklumat berhubung identiti suspek berupaya mereka perolehi. Jika seorang daripada suspek berjaya diberkas, kejayaan itu sudah mencukupi. Maklumat dikumpul kemudian digunakan untuk memburu dan memberkas suspek lain.

Jika tidak masakan 8 suspek berjaya ditahan dan polis mampu memaparkan butiran terperinci suspek sedang diburu.

Sebelum ini, kumpulan penjenayah India pernah terbabit dalam kes rompakan 7-Eleven. Saya difahamkan rompakan dilakukan remaja India bertujuan membuktikan keberanian dan kesetiaan mereka kepada ahli kumpulan lebih senior.

Jika penjenayah profesional, 7-Eleven pasti tidak dijadikan sasaran. Wang tunai disimpan pekerja terhad dan premis pula dilengkapi kamera litar tertutup sekaligus memudahkan identiti suspek dikenal pasti. Merompak premis perniagaan beroperasi 24 jam seperti itu tidak berbaloi, itu hemat saya.

Tonton paparan You Tube berikut. sebagai contoh. Wajah suspek jelas kelihatan dan saya percaya hasil rompakan juga tidak lumayan.

3 ulasan:

  1. eee..ngerinya...saya ada menonton insiden tu dalam berita di TV...rasa macam tak selamat jer sekarang ni...yg geram tu suspek tak kira tempat.
    hasil rompakan tak berbaloi pulak tu...

    **masih tak lupa kejadian rompakan terancang paling smart sedunia pada Hari Raya pertama (tak ingat tahun bila), perompak menggerudi (dimulakan dari seberang jalan bertentangan) ke ruang simpanan peti besi sebuah bank sementara Pak Jaga duduk relax2 tanpa sedar bank yang dijaga sedang dikerjakan...kui3

    depan matanya juga dia saksikan berkarung-karung 'benda' dipunggah ke atas lori di seberang jalan.. sangkanya orang memunggah apa ke benda heh3...

    dan khabarnya hasilnya 300juta?
    berbaloi-baloi...goyang kaki sampai 7 keturunan...

    BalasPadam
  2. sekarang ni malaysia macam dah tak selamat..sana sini org kena rompak,kena bunuh..dalam rumah pun tak selamat..sangat merisaukan dan menakutkan..

    BalasPadam
  3. tangkap la jahanam jahanam ni..pengaruh dari filem la ni..........:(

    BalasPadam