Pengkid, perempuan berperawakan dan berkelakuan seperti lelaki. Jadi lazimnya kelompok terbabit tidak menggemari manusia berjantina berbeza.
Nafsu mereka dikatakan lebih cenderung kepada menggauli kaum sejenis.
Manakala lelaki dari Kepulauan Lombok, Indonesia pula dikenali kerana sikap rajin bekerja dan bijak memperdaya. Sebilangan mereka didakwa memiliki ilmu 'jemput jempak' atau jampi serapah berupaya mempengaruhi perempuan tempatan sehingga bertindak melarikan diri bersama pasangan ke destinasi menawarkan kesengsaraan itu.
Zurain Mohd Zulkeppeli, 17 tahun, pengkid, kini dipercayai berada di Lombok bersama suami dan anaknya.
Baca di sini.
Barangkali keperibadiannya sudah berubah, daripada pengkid kepada perempuan sejati.
Namun tindakannya itu tidak ubah bak keluar mulut harimau, masuk pula ke dalam mulut buaya.
Buaya darat.