Zone A (Bonus)

Ahad, 13 Mei 2012

IKLAN BERUNSUR SEKS


Salam. 

Mohon maaf jika ruang ini bukan tempat sesuai untuk saya mengadukan isu mengenai Iklan berunsur seks. 

Iklan saya maksudkan terdapat di dalam majalah MASTIKA keluaran MEI 2012. Saya bukan peminat majalah tersebut kebetulan saya membaca kerana dibeli oleh rakan sepejabat. Apabila saya membelek-belek ruang iklan di kulit belakangnya saya terkejut dengan iklan  berunsur seks dalam majalah tersebut. Saya pasti iklan tersebut bukan sahaja pada keluaran Mei malah mungkin terdapat pada keluaran sebelumnya.

 Persoalannya, apakah Ketua Pengarang MASTIKA tidak mengetahui perkara tersebut atau dia menghalalkan perkara tersebut. Untung sangatkah MASTIKA menjual ruang iklan untuk iklan2 seperti itu? Apakah KDN atau pihak bertanggungjawab tidak menyedari hal begini dan adakah tiada undang-undang menyekat iklan merosakan masyarakat terutama sekali golongan remaja. Ianya bukan sahaja menjijikan malah menjatuhkan kredibiliti majalah di dalamnya menceritakan pelbagai kisah masyarakat sekaligus mempunyai nilai pengajaran baik mengenai azab Allah dan sebagainya tetapi dibelakangnya ada iklan berunsur SEKS! 

Saya mohon Encik Mazidul paparkan perkara sebegini agar diberi perhatian oleh pihak-pihak berkenaan. 

Semoga mendapat perhatian Encik Mazidul. Terima Kasih.

Journalis Maya: Aryan Backer

1 ulasan:

  1. Salam, Encik Mazidul. Saya pernah menghantar komen melalui SMS berkaitan iklan berunsur lucah ini kepada Mastika, malangnya hingga kini tidak mendapat apa-apa maklum balas, mahupun disiarkan dalam majalah. Saya berharap siaran iklan-iklan seperti ini dalam semua media boleh dielakkan untuk mengundang gejala-gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam