Zone A (Bonus)

Ahad, 10 Februari 2013

GELAGAT WARGA ASING

Lokasi Kejadian Kes: Giant Sg Way (dekat SS8)

Pagi tadi dalam jam 10 pagi, saya ke Giant untuk membeli barangan. Di sana, sewaktu di kaunter bayaran, saya terdengar suara wanita menjerit 'I WANT TO SEE YOUR MANAGER!!!', berkali kali. Bangla di kaunter bayaran itu, memperlekehkan wanita itu dengan mengatakan dia tidak membuat salah dan ianya perkara kecil. Bangla itu, yang sedang bertugas, semacam mahu mempersendakan wanita itu.

Selepas membayar barangannya, wanita itu masih menjerit mau berjumpa pengurus Giant kecil itu. Dia memandang saya dan menjelaskan, dia sedang beratur dengan anak kecilnya, kemudian, datang bangla lain dari arah belakang, terus membayar barangan yang di bawanya, selalu satu atau duabarang sahaja dan terus diambil oleh bangla yang bertugas. Katanya, perkara sedemikian sering berlaku dan ini bukan pertama kali. Dia dan anak kecilnya boleh beratur hampir 5 minit tetapi bangla lain boleh terus lalu dan bayar dan diambil oleh bangla bertugas di kaunter.

Wanita ini sudah bosan dengan perlakuan begitu dan mau kan perubahan.

Bangla lelaki muda di kaunter itu masih berulang ulang menyebut kuat kuat yang perkara ini kecil dan wanita Malaysia keturunan India itu mau cari pasal.

Wakil Giant turun bertemu dengan wanita itu tetapi bukan Pengurus pada waktu saya beredar.

Sememangnya gelagat bangla bangla di sini ada yang memualkan dan tidak menghormati orang tempatan, terutamanya wanita. Bila hal ini akan berubah dan bila serbuan akan dilakukan oleh pihak berkuasa? Sakit mata dan sakit hati melihat perangai mereka.

Sekian, Terima kasih.

Journalis Maya: rnz

1 ulasan: