Zone A (Bonus)

Ahad, 12 Mei 2013

PENIPUAN INSURAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT

Pada jam 6 petang,  19.4.2013  saya terima panggilan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.  Perempuan India menyatakan pihak insuran Global Millinium Edition akan menyaman saya sekiranya  saya tidak menjelaskan tunggakkan bayaran  insuran selama 5 tahun sebanyak RM1199 dan perlu dijelaskan sebelum pukul 7 petang hari sama. 

Sekiranya saya berminat membuat rundingan dia akan menghubungi pihak insuran, sayapun bersetuju jadi talian saya disambungkan kepada pejabat insuran tersebut dan kali ini dijawab oleh perempuan Melayu  bernama Farah. Dia memaksa saya buat pembayaran separuh dahulu sekiranya tidak ada juga RM299 tiap tiap bulan sampai habis baru dia terminate insuran saya. 

Saya bertanya kepada dia kenapa nama saya masih ada sedangkan saya sudah termiate insuran tersebut dan syarikat lain dulu nama Golden Melinium sekarang Global Melinium,  dia cakap medical card ambil alih dan saya sudah membuat perjanjian akan membayar sehingga kad expired  berdasarkan rakaman suara. Memandangkan tidak mahu mengalami kesulitan, saya bersetuju untuk  bank in  bayaran ke dalam akaun syarikat RHB  2121070004i6260 tersebut  sebelum pukul 7 malam.  Bayaran ini perlu dilunaskan setiap bulan kalau tidak caj baru akan dikenakan..

Dia kemudian melalui SMS dengan menggunakan no 0163386443 mengarahkan fax resit bayaran di no 036092644, selepas membuat bayaran rasa macam kena tipu..mana ada mahkamah tinggi handles kes kecil macam ini,  lepas itu  menghubungi saya menggunakan   private nombor jam 6 petang pula. Aduh! hangus duit susu anak.  Pergi membuat report tanya Inspektor rakaman suara boleh dijadikan bahan bukti untuk mahkamah? Dia cakap mana boleh. 

Journalis Maya: Zaman


15 ulasan:

  1. Saya pun dapat panggilan yang sama.
    Saya dah buat aduan pada BNM dan KPDNKK.

    BalasPadam
  2. Suami saya juga terkena !! Seorang wanita Melayu call dia .. offer insuran ' kemalangan ' .. bayar guna kad kredit. Suami tak ada kredit, dia cakap guna kad isteri pun tak apa. Boleh ambil untuk isteri sekali ,, murah je .. RM94 untuk dua orang. Coveragenya ribu-ribuan. Saya memang malaas nak layan semua ni .. sebab pernah terkena dengan satu agensi pelancongan .. main call dan caj guna kad kredit juga. Masa tu saya masih bodoh cerdik lagi pasal kad ni. Ingat senang lah nak dapat balik duti.. sudahnya 5 sen pun tak dapat bila saya blog kad.Puas abis duit menelefon ke agensi tersebut .. macam -macam alasan dia orang. Yang sakitnya tu.. dia guna private number so susah kita nak contact semula. So bila suami nak guna untuk insuran ni .. saya liat juga nak bagi. Perempuan tu langsung tak rasa letih menelefon .. saya check juga betul ke syarikat insuran CHARTIS ni wujud. Tak pernah nama pun sebelum ni. Rupanya memang ada .. so saya pun setuju. Dia bagi nama dan contact no untuk dihubungi kalau ada apa-apa hal. Bila baru-baru ni suami call .. minta di hantar penyata untuk nak tolak TAX, dia cakap .. tak ada penyata dikeluarkan sebab ini insuran kemalangan tak boleh tolak tax .. terkejut lah suami. Terasa diperbodohkan pula. So suami minta di terminate kan insuran tu. Sy lah pula yang terpaksa ke hulu ke hilir bila saya Blog kad kredit berkenaan untuk tamatkan bayaran setiap bulan. Saya bayar bil DG dan sewa COWAy guna kad tu. Memang menyusahkan betoi. dalam dok berjaga-jaga terkena juga.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Saya pun kerap diganggu oleh wakil syarikat ini kerana enggan menyambung pembelian insurans...mereka minta bayaran lebih tinggi dari yg telah dibyr. Mereka juga hanya menghubungi pelanggan melalui talian BLOCKED. Jika lihat nombor fax yg diberikan..bukankah nombor itu berada di kawasan Rawang?..

    BalasPadam
  5. Service Card punye cerita

    minggu lepas,suami saya dihubungi oleh seorang wanita India yang memperkenalkan diri sebagai staff service card,suami saya yang tak tahu hujung pangkal ha'ah ajelah apa yang dicakapkan oleh wanita itu,sambil2 dok tengok TV saya jeling-jeling kat suami saya,apekebendelah yang diperkatakan oleh wanita itu,tup tup dia mintak suami saya bagi nombor kad kredit yang hujung sekali,saya pun bile dengar dia mintak terus meloncat dan menyengol2 tangan suami,tapi orang lelaki tau jelah dok kata tunggu2 dengan bahasa isyarat sambil dok melayan wanita India tadi,saya yang tak putus asa terus cuit dan cuit lagi tangan suami,last2 dia pass handfon kat saya,saya pun tanyalah wanita tersebut,cik nie dari company mane?dia pun cakaplah dia dari SERVICE CARD CENTRE yang ingin menawarkan service kad yang boleh diguna untuk dapatkan reward...yang suami pulak muka dah kelat sebab dah terlepas cakap nombor kad kredit,nak marah pun tak guna sebab wanita tue dah ambik no kad kredit tue,apa yang dia buat ialah dia akan sebut setiap nombor digit yang biasanye ada tertulis dekat kad kredit lepas tue dia akan suruh sebutkan 4 nombor terakhir kad kredit tue,jadi kalaula sesiapa yang terima panggilan daripada mana2 pihak,tanyalah betul2 orang tu dari company mane untuk mengelakkan situasi seperti yang berlaku kat suami saya,tak pasal2 kene blocked credit card pasal tue and request new ones,hhmmmmmm dalam dok berjage2 terkena jugak.....

    BalasPadam
  6. Baru terkena tengah hari tadi. Sama seperti yg diceritakan, cumanya kali ni, dia gunakan Mahkamah Petaling Jaya, dan nak saman sebanyak RM80,000. Kalo settle luar mahkamah, cuma perlu bayar RM2,990 ajer. Siap suruh saya buat laporan polis lagi. Tak tau la kenapa nak buat laporan polis~

    Saya reply, Tak nak bayar!

    BalasPadam
  7. saya juga kena dan ssya bgi tau dia saya akan buat laporan polis kerana menipu pengguna kad kredit dgn insuran yg x masuk akal, terus dia diam...

    BalasPadam
  8. Kawan saya terkene jugak...siap org tuh ada alamat, no phone, dgn IC anak sekali....kwn saya jadi takut atas keselamatan keluarga dia...tapi kami tak bagi bayar....macam mana org tuh dapat detail tuh semua....kwn saya baru teringat dia ada apply insuran under cuepacs care baru2 nih sahaja...misti kerja org dalam nih.....

    BalasPadam
  9. Masih ada lagi yg MO cam ni... ingat dah pupus dah. diorg ni mmg pakai list nama yg disediakan oleh pihak tertentu (dibeli)... kadang2 diorg buat cold call- main dail je, tgk sapa yg jawap. Tak usah dilayan ler. Buang masa je.

    Diorg mmg dah dilatih utk trap org, bahasa yg diguna, ayat tertentu yg disebut, cara tertentu yg diguna... semuanya dah dilatih. Tu pasal ramai yg dalam sedar tak sedar terjebak @ terbagi detail kad... Ingat, 3 digit yg terakhir tu sgt bahaya diberi pd org lain. Bila kita sendiri yg beri no tu pd org lain, jgn salahkan org lain yg ambik peluang atas kelalaian kita lak..

    Rakaman suara tu, ntah ada ntah takde.... kadang diorg ugut jer tu. If org yg call tu ckp kasar, or guna bahasa yg berbaur/berbunyi cam ugutan... besar kemungkinan takde rakaman suara dibuat. If yg call tu cakap berlapis, cuba appear sopan etc, yg tu mungkin ada rakaman suara dibuat. Ambik contoh bila kita call customer service. walau kita marah pun, diorg jarang dpt marah kita balik... bukan diorg taknak maki kita balik, tapi coz ada rakaman, so diorg pun berhati2 gak. Tapi... so what if ada rakaman suara? Bukan leh buat apa pun pada kita kan....

    BalasPadam
  10. Sy pon terkena jgk.info seme sama cm Kat ats.smp skg 12/6/13..mereka msh call mgunakn private nom.sy tkt krn mereka Kate akn saman n naek makamah.sy pnh bankin sbyk 678Rm.potongan kredit card 299rm utk 2011 n 299rm utk 2011.

    BalasPadam
  11. Sy pn mmpunyai masalah yg same.setiap masa call sy srh wat pmbyran.pd 28/11/12 sy tlg mbuat pbyaran sbyk 600 ke acc mybnk.512996000608.seme info same cam Kat ats.melalui krdt card dowg potong duit sy 299 utk temp oh setaun.2011-2012.pastu 2012-2013 dowg potong same jgk.tp dowg ade pos sijil insurance tu.so sy cam pecaye.tp last2 dowg asyk call Jew soh byr ribu2...sbb nye sy ade untang ngn dowg.siap nk saman.nk tangkap.nak naek court lg.smp skg 12/6/13 dowg still call sy.cam ner eik..sy takut...

    BalasPadam
  12. Kad kredit sbnrnye adalah kemudahan yg diberikan oleh bank kepada pengguna.Namun penyalahgunaan k.kredit menyebabkan pengguna tersebut terjebak dlm perangkap hutang.K.kredit mengajar kite berdisiplin dlm membelanjakan duit.So sblm memohon sebarang k.kredit pastikan anda sudah bersedia dari mental 100%.itu pndgn sy.

    http://al-iklan.com

    BalasPadam
  13. lain kali kalau ada orang mcam tu call, cakap je nak jumpa dulu untuk berbincang face to face. Tanya diorang ofis kat mana. Biasanya kalau yang menipu ni, diorang berat hati nak jumpa.

    BalasPadam
  14. suami saya pernah juga terkena...pd 4/12/2013 suami saya di hubungi seorang perempuan yg menyuruh suami saya membuat pembayaran sebanyak rm1200.00 ke atas akaun GM REWARD 514477656952(MAYBANK),untuk mengelakkan suami saya dari diambil tindakan mahkamah.perempuan tersebut ada mengatakan bahawa pembayaran tersebut adalah yang terakhir kerana mereka akn menutup perkhidmatan insurance suami saya.pd petang tersebut suami pun bank in lah wang seperti yang diminta oleh mereka.mereka telefon lg betanya sama ada wang sudah dimasukkan ke akaun mereka dan suami berkata sudah,pada 11/2/2014 pukul 6.30 suami menerima panggilan sekali lagi dari seorang perempuan yang bernama GLORIA mengatakan dia adalah pembantu peguam kepada GM REWARD.dia meminta suami saya menjelaskan tunggakkan sebanyak rm8000.tunggakkan tersebut dari tahun 2011-2013.suami saya mengatakan dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.kemudian telefon diserahkan kepada seorang lagi perempuan yang mengatakan dirinya adalah peguam kepada syarikat berkenaan.perempuan berkenaan menyuruh suami saya membayar rm3600 dan pembayaran perlu dibuat sebanyak 2 kali.pembayaran tersebut dibuat untuk menarik balik surat mahkamahyg telah dibuat ke atas suami saya.pembayaran pertama harus dibuat sebanyak rm2400.00 dengan menggunakan 4 resit iaiti rm600,rm600,rm600,rm600s sebelum28/12/2014, manakala baki sebanyak rm1200.00perlu dijelaskan pd bulan hadapan(mac 2014).pembayaran harus dibuat ke atas akaun RHB GLOBAL MILLENIUM EDITION 21210700046260,manakala resit-resit tersebut perlu di hantar ke no fax 0360926443.dek kerana rasa tertipu saya cuba mengumpul maklumat mengenai GLOBAL MILLENIUM EDITION dan saya dapati ramai juga yang tertipu oleh mereka.

    BalasPadam
  15. Sya bru kna smlm..dorg kol..kta tggakan dri 2011 dan 2012..rm5980..dorg suruh bank in before jam 1.45tghri..jd sya kuarkan duit..pgi bank RHB nk bank in..nsb gak sya tnya ngn staf sna..so dpt tau yg Global Millenium Enterprise ni kedai hp jer..pemilik india..dia ugut sya mcm2..tak takut ngn report polis..sbb kata nya da rakaman suara jd bukti..nk bwa pgi court..luckily staf bank bnyk tlong..dorg kol ke branch RHB d KL..dorg cri acc holder..smua cntact num xdpt...plg sakit bila nk detect bla dorg ni pkai private num...so..sya hrp..bila kita kongsi2 pngalaman kt cnie..at least dpt slmtkan org laen dri kna tipu..

    BalasPadam