Zone A (Bonus)

Rabu, 19 Jun 2013

PENYELUDUPAN MINYAK KE THAILAND

 As'salalmmualaikum,

merujuk kepada tajuk aduan, sindiket penyeludupan minyak ke thailand amat berleluasa di negeri Perlis. Pengusaha stesen minyak secara terang-terangan menjual minyak kepada penyeludup2. 

Beberapa kemalangan jiwa yang berlaku melibatkan kereta penyeludup minyak yang berlaku sejak akhir2 ini menampakkan seolah2 tiada tindakan penguatkuasaan dilakukan. kalau suatu masa dahulu penyeludup mengisi minyak pada malam hari, tapi tidak lagi pada masa ini, mereka secara terangan mengisi minyak di siang hari. 

Entah pihak bertanggungjawab tidak nampak atau sengaja tidak ambil peduli sedangkan lokasi stesen minyak tersebut terletak betul2 di dalam kawasan bandar.contoh terbaru pada bulan may, dipaparkan dalam harian metro 3 kereta terbakar akibat dilanggar oleh kereta penyeludup minyak.

Journalis Maya:  punk5jebat

Isnin, 17 Jun 2013

KES PEMBANTU RUMAH LARI

Assalamualaikum. saya ingin memberitahi tentang kejadian yg sering berlaku baru baru ini. saya tinggal di satu kawasan perumahan di shah alam.

boleh dikatakan sgt  kerap terjadi kes pembanth rumah indonesia lari dari rumah majikan.saya tahu ni bukan isu baru.tapi saya lihat tiada pendekatan atau perubahan pada enforcement. pembantu rumah ni tidak takut utk lari dari majikan disebabkan mereka tau mereka tidak akan ditangkap di luar walaupun tiada permit atau pasport yg masih disimpan majikan..bahkan ada jiran yg memberitahu,pembantu rumah yang sudah lari ini juga memberitahu mereka tidak akan kembali bekerja di tempat lama dan tidak takut ditangkap kerana majikan baru dapat merasuah pihak polis..

saya tidak pasti kebenaran tentang  itu. saya berharap akan ada pengkuatkuasaan tentang perkara ni.mungkin lebih banyak operasi menangkap pembantu rumah indonesia /pekerja indonesia yg tiada permit..kebanyakan jiran jiran saya telah membayar rm6k hinggan rm8k kepada agent utk mendapatkan pembantu rumah..dan mereka telah rugi banyak apabila pembantu rumah lari setelah hanya bekerja 2 hingga 3 bulan..kebanjiran warga asing di malaysia tanpa permit telah berleluasa..saya khuatir mereka akan tidak takut utk melakukan jenayah..kerana kebanyakan mereka tidak takut terhadap polis..kerana mereka beranggapan pihak polis dapat dirasuah. saya amat berharap ada reinforcement tentang ni .terima kasih.

Journalis Maya:  Nazween

Sabtu, 15 Jun 2013

SURAT IKHLAS 4 MAZIDUL

 Salam sdr mazidul,

Aku maznin hj ibrahim, pure sabahan (sandakan).

Ikhlas n jujur ckp.. aku sedari dulu sjk program TV3 (999), sgt2 x menyukai sdr sbb aku brpndpt, sdr trlalu brlebihan masa mengendalikn program trsbt.. kekdg melebihi pihak brkuasa iaitu PDRM...  Namun sjk kebelakangan ini.. x silap sjk awl thn ni..aku dh mula meminati cara sdr... 

inilh yg dikatakn "x kenal maka x cinta"... cara sdr ada bnyk kelainan, mula memikat hati.. lebih lg sjk pndedahan sdr tntng seorg pnmpng airasia "seorg ibu n anak, di aniaya di vietnam"..TAHNIAH PALING IKHLAS N JUJUR 4 U MAZIDUL...

Aku hrp sdr akn trs dgn gaya lenggok sebegini ya... dedahkn apa yg patut wlu pahit utk Diterima...

Ikhlas wlu jauh... MAZNIN


Jumaat, 14 Jun 2013

PELAJAR TAHFIZ AMAL DI PUTRAJAYA

Lokasi Kejadian Kes: Restoran Darussalam Precint 9 Putrajaya

Saya dapati sejak awal tahun ini,  pelajar Pusat Tahfiz Amal telah melebarkan sayap ke Putrajaya. Mohon bro boleh highlight kt pihak bertanggungjawab. Mcm bro Akmal, saya mengikuti perkembangan anak2 PTA sudah agak lama. Saya berulang alik Kl -Kdh tiap-tiap minggu. 

Singgah ke mana2 petrol station dr Alor Setar hingga ke KL dan ke selatan anak2 ini ditinggalkan dan diperalatkn utk menagih simpati dan menambahkan kekayaan pengasas PTA. 

Semoga tuhan memberkati perjuangan bro.

Journalis Maya: Dean