Zone A (Bonus)

Selasa, 9 Julai 2013

PENIPUAN GORES DAN MENANG DI MEDAN BATU CAVES

Salam En Mazidul,
 
Tujuan saya menghubungi Mazidul ni adalah untuk meminta tolong agar dapat diwar2 kan tentang penipuan gores & mng yg berleluasa di Medan Batu Caves, berhampiran cawangan Tabung Haji.
 
Target mereka adalah warga tua & baru2 ni ibu saya adalah mangsa mereka whereby my mom lost 8k, yg di keluarkan dari Tabung Haji.
 
Tengahari tadi sewaktu saya membuat urusan di KWSP Batu Caves, saya dapati beberapa individu yg mencurigakan, yg menunggu dan menegur warga tua di parking berhadapan cawangan Tabung Haji di Medan Batu Caves. I managed to snap a photo of one of them dari jauh, and afterward I showed the photo to my mom & my younger sister (she was also there when it happened). My mom & my sister confirmed that he was indeed the same person yg dah tipu mak saya.
 
Saya dah bawa mak saya untuk buat aduan di tribunal ptg tadi, & according to pegawai2 di TTPM, mmg byk dah kes warga tua di tipu di hadapan cawangan tabung haji medan batu caves tersebut. Yang mengecewakan saya, jika telah byk kes dilapurkan kenapa tiada tindakan dari pihak berwajib? Org2 sindiket tersebut masih lepas bebas utk memperdaya mangsa yg kebanyakan dari golongan tua yg sudah bersusah payah mengumpul duit utk menunaikan haji.
 
Saya faham, peluang utk mak saya mendapatkan semula duit tersebut mmg sgt2 tipis skrg, tapi saya rasa terpanggil utk  memberitahu ttg kegiatan ini kepada org ramai supaya dapat mengelakkan lebih ramai org tertipu. Saya harap Mazidul dapat membantu supaya lebih ramai yg tahu tentang kegiatan penipuan ni.
 
Thanks for reading. Assalamualaikum.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan