Zone A (Bonus)

Ahad, 17 November 2013

KEDAI MAKAN DISYAKI MENAWARKAN 'AYAM' SIAM

Saya mengesyaki sebuah restoran di Lenggeng, Negeri Sembilan menyediakan 'ayam ', pelacur dari Thailand. Ini berikutan ramai lelaki tua hidung belang berstatus suami orang berkunjung ke premis terbabit. Rumah papan 2 tingkat bersebelahan restoran dipercayai dijadikan tempat pelanggan melampiaskan nafsu.

Kedai makan mula beropeasi pada waktu malam sehingga jam 2 pagi serta dilengkapi kemudahan karaoke. Saya yakin, wanita warga asing itu dibawa masuk oleh taukeh kedai untuk melayan pelanggan.

Mohon pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

Journalis Maya: Die


Khamis, 7 November 2013

BLOG PORNO LELAKI LEMBUT (18SX)

Saya telah terjumpa satu blog yang selalu dikemaskini seorang lelaki lembut yang menggelar dirinya 'bonda'. 

Kandungan blog tersebut amat memualkan kerana memaparkan gambar-gambar dan video lucah lelaki lembut tersebut berasmara bersama dengan lelaki lelaki yang berlainan. Lebih memalukan semua gambar lucah lelaki-lelaki tersebut adalah berbangsa Melayu. Blog itu tidak dilindungi walaupun begitu saya tidak rasa ia sesuatu yang patut dilihat atau ditonton oleh sesiapa walaupun umur melebihi 18 tahun. 

Lelaki lembut berkenaan telah mengemaskini blognya pada 4 Nov 2013, terdapat dua rakaman video yang sama, lelaki lembut tersebut berasmara bersama seorang remaja lelaki yang baru barumur 16 tahun. 

Saya berasa jijik dan tidak suka melihat remaja pada zaman ini dirosakkan oleh sampah-sampah seperti yang berkenaan. 

Journalis Maya: Adam 


Jumaat, 1 November 2013

TERKEJUT BEKALAN AIR DIKUNCI OLEH DBKL

Lokasi kejadian kes di perumahan Awam Sri Tioman 1 Taman Melati, Kuala Lumpur.

Balik dari pejabat (3/10/2013 @ 7pm) tadi saya terkejut sebab meter air saya telah dikunci oleh DBKL. Sekeping notis juga telah diselitkan dipagar rumah saya "Notis Kunci Air" bertarikh 3/10/2013. 

Sayaamat terkejut apabila melihat bil tunggakan saya adalah sebanyak RM5,800.00. Padahal saya telah membuat bayaran sebanyak RM600 pada minggu lepas dan tunggakan cuma tinggal RM4,900.00. Tunggakan itu adalah kerana suami saya tidak bekerja pada beberapa tahun dulu dan saya pun tidak bekerja selama 4 bulan pada awal tahun ini. Sekarang kami sedaya upaya untuk melangsaikan tunggakan tersebut. Kami 9 beranak tinggal di rumah bilik 2 ini. Gaji kami hanya cukup2 makan. 

Saya berasa tidak berpuas hati dgn tindakan DBKL yg mengunci meter air saya tanpa memberi saya sebarang notis dan untuk pengetahuan tuan juga, saya dan jiran2 tidak mendapat bil air dari bulan Julai hingga sekarang. Salinan notis dan resit penjelasan bil itu saya akan scan dan email kepada tuan esok sebab saya tiada scanner di rumah.  Saya sangat tertekan dengan keadaan ini. Jika pihak DBKL menyuruh saya membayar separuh dari jumlah tunggakan itu pun saya tak mampu sebab kami tiada wang simpanan. Cuba bayangkan saya balik penat2 dgn anak2 dari sekolah, tiba2 air tiada. Macamana kami hendak mandi dan masak? Suami pula tiada di rumah sebab kerja drebar lori. Akaun saya bukannya beku tapi running. Setiap bulan saya membayar sewa RM300. Kalau ada duit lebih, saya bayar lebih. Saya harap tuan dapat membantu menyelesaikan masalah saya ini.

Journalis Maya: Hamizan Binti Ibrahim