Zone A (Bonus)

Jumaat, 1 November 2013

TERKEJUT BEKALAN AIR DIKUNCI OLEH DBKL

Lokasi kejadian kes di perumahan Awam Sri Tioman 1 Taman Melati, Kuala Lumpur.

Balik dari pejabat (3/10/2013 @ 7pm) tadi saya terkejut sebab meter air saya telah dikunci oleh DBKL. Sekeping notis juga telah diselitkan dipagar rumah saya "Notis Kunci Air" bertarikh 3/10/2013. 

Sayaamat terkejut apabila melihat bil tunggakan saya adalah sebanyak RM5,800.00. Padahal saya telah membuat bayaran sebanyak RM600 pada minggu lepas dan tunggakan cuma tinggal RM4,900.00. Tunggakan itu adalah kerana suami saya tidak bekerja pada beberapa tahun dulu dan saya pun tidak bekerja selama 4 bulan pada awal tahun ini. Sekarang kami sedaya upaya untuk melangsaikan tunggakan tersebut. Kami 9 beranak tinggal di rumah bilik 2 ini. Gaji kami hanya cukup2 makan. 

Saya berasa tidak berpuas hati dgn tindakan DBKL yg mengunci meter air saya tanpa memberi saya sebarang notis dan untuk pengetahuan tuan juga, saya dan jiran2 tidak mendapat bil air dari bulan Julai hingga sekarang. Salinan notis dan resit penjelasan bil itu saya akan scan dan email kepada tuan esok sebab saya tiada scanner di rumah.  Saya sangat tertekan dengan keadaan ini. Jika pihak DBKL menyuruh saya membayar separuh dari jumlah tunggakan itu pun saya tak mampu sebab kami tiada wang simpanan. Cuba bayangkan saya balik penat2 dgn anak2 dari sekolah, tiba2 air tiada. Macamana kami hendak mandi dan masak? Suami pula tiada di rumah sebab kerja drebar lori. Akaun saya bukannya beku tapi running. Setiap bulan saya membayar sewa RM300. Kalau ada duit lebih, saya bayar lebih. Saya harap tuan dapat membantu menyelesaikan masalah saya ini.

Journalis Maya: Hamizan Binti Ibrahim


2 ulasan:

  1. Macam mana bil boleh sampai rm4800? Mesti sudah lama tertunggak. Sepengetahuan saya rumah saya yang 3 bilik pon il air xsmpai rm50 sebulan. Mungkin pihak DBKL sudah lama beri peluang kepada Puan.

    BalasPadam
  2. bil tertunggak hampir RM5000?, ini mcm dah 8 tahun xbayar bil kalau purata bil RM50 sebulan. kalau sebanyak ini mana tak kene potong puan.. mungkin DBKL dah lama beri peluang.. sedangkan rumah sy pun kalau tertunggak RM500 shj dah dipotong..

    BalasPadam