Zone A (Bonus)

Khamis, 29 Ogos 2013

KES GANJIL : PENGELUARAN MAYBANK2U TIDAK SAH MELALUI NOMBOR TELEFON KLON


PADA 13/08/13 JAM 12 TENGAHARI SEMASA SAYA BERADA Dl RUMAH,SIM CARD PHONE
ISTERI SAYA  (CELCOM) TIDAK AKTIF SECARA TIBA-TIBA DAN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN DAN PANGGILAN KELUAR DAN MASUK TIDAK DAPAT DITERIMA PADA 14/08/13 JAM 3 PETANG, SAYA BERANGGAPAN INI ADALAH KEROSAKAN BIASA SIM CARD

SEMASA BERADA DI RUMAH, SAYA TELAH MENERIMA PANGGILAN DARI PIHAK MAYBANK CALL CENTRE MENYATAKAN BAHAWA BERLAKUNYA TRANSAKSI PENGELUARAN YANG LUAR BIASA SEBANYAK RM 5,002.00 DAN RM 5,000.00 SECARA ONLINE - MAYBANK2U DARI AKAUN PERIBADI ISTERI SAYA. TRANSAKSI INI BUKANNYA DARI PIHAK SAYA/ISTERI SAYA. SAYA TIDAK TAHU TRANSAKSI INI Dl MANA DILAKUKAN.

SAYA TELAH MERUJUK KEPADA CELCOM CENTRE TTDI DAN DIDAPATI RUPA-RUPANYA SIM CARD PHONE SAYA TELAH DITUKAR KE SIM CARD BARU BERNOMBOR 96019120769485983 PADA 13/08/13 TANPA PENGETAHUAN SAYA. PIHAK CELCOM TIDAK MAHU MENDEDAHKAN SECARA BRANCH/LOKASI TERPERINCI MAKLUMAT PENUKARAN TERSEBUT. RUPA-RUPANYA SIM CARD TERSEBUT TELAH DIGUNAKAN UNTUK PENGELUARAN TIDAH SAH TEREBUT (UNTUK TUJUAN TAC)

UNTUK MELAKUKAN TRANSAKSI MELALUI MAYBANK2U, SETIAP  TRANSAKSI MEMERLUKAN PENGESAHAN DARI NO TELEFON ISTERI SAYA TETAPI DIDALAM KES INI SIMCARD SAYA TELAH DITUKAR SECARA TIDAK SAH DAN PENGELUARAN TERSEBUT DILAKUKAN PADA WAKTU SEPERTI DINYATAKAN Dl ATAS.

Persoalan :

1) Bagaimana pihak Celcom membenarkan penukaran SIMCARD tanpa kebenaran dan
tanpa IC isteri saya?

2) Bagaimanakah pengeluaran berjaya dilakukan melalui M2U, sedangkan username/password tidak didedahkan?

3) Kenapa pihak Celcom tidak mahu mendedahkan siapa/agen/cawangan mana yang
melakukan transaksi tersebut?

4) Mengapa Pegawai Penyiasat, IO masih tidak membuat apa2 tindakan, saya telah berhubung dengan pihak Maybank, ternyata IO belum membuat apa2 hubungan dengan bank.


Fakta Tambahan:

1) Laporan polis telah dibuat pada 14/08/2013 di IPD TTDI dan kes di hantar ke IPD Gombak, namun  IO masih tidak menghubungi dan kami cuba menghubungi IO tersebut namun gagal, cubaan ke IPD Gombak pun gagal.  IO tersebut adalah Inspektor dari  IPD Gombak.

2) Menurut maklumat daripada pihak Maybank, transaksi pemindahan di lakukan ke 2 akaun Maybank dan RHB. Pihak Bank hanya mendedahkan nama penerima iaitu Isaac James Kamau Kago. Saya syak adalah negro.

Mohon En Mazidul sebarkan di blog sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses siasatan dan juga sekiaranya ada saluran2 tambahan untuk saya dapat balik duit saya

Terima Kasih

Rabu, 21 Ogos 2013

37 MAUT

Petang tadi berlaku tragedi mengorbankan puluhan nyawa di Genting Highlands, Bentong, Pahang. Sebilangan mayat mangsa nahas bas terhumban ke gaung dilaporkan berkecai, malah ada tertanggal kepala.
Selain warga Malaysia, Ketua Polis Daerah Bentong mengesahkan, warga Thailand, Bangladesh dan China turut terkorban dalam kemalangan ngeri itu.

Mayat dibawa ke Hospital Selayang, Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

450 pegawai dan anggota polis, JPAM, Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus membawa naik mangsa dari gaung. Terkini, 53 penumpang disahkan menaiki bas terbabit, 37 maut, 16 lagi cedera parah.

Maksudnya, bas itu membawa bilangan penumpang berlebihan. Jika Kementerian Pengangkutan ingin menyiasat, sudah terlewat. Nyawa telah melayang.

Fakta.

Dalam entri pertama, sumber saya melaporkan bas terhumban ke dalam gaung itu membawa lebih 40 penumpang. Ternyata laporannya tepat. Kepada sumber saya, terima kasih. You know who you are.

Apapun sekalung penghargaan kepada semua anggota penyelamat cekap melaksanakan tugas mereka tanpa mengira identiti mangsa.

I hereby salute all of you.

posted from Bloggeroid

26 MAYAT TRAGEDI



26 mayat telah dikeluarkan oleh pasukan penyelamat. Tentunya suasana pilu menyelubungi suasana di lokasi nahas berlaku.

Kepada keluarga mangsa, takziah.

Rabu, 14 Ogos 2013

RUNGUTAN PENGGUNA KTM


Saya berasa amat sedih dengan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu, KTM  yang hanya membuka 1 atau 2 lorong laluan  untuk keluar. Pengguna perkhidmatan terpaksa bersesak-sesak menggunakan laluan terbabit.

Pernah saya bertanya kepada penjual  tiket, mengapakah  hanya membuka satu lorong keluar? Dengan selamba dia menjawab,  kami memang membuka satu lorong.

Diharap Mazidul dapat memuatkan isu ini di blog. Besar harapan saya, KTM dapat menaiktaraf perkhidmatan


Journalis Maya :  Nurul Nabahah Nasri