Zone A (Bonus)

Rabu, 21 Ogos 2013

37 MAUT

Petang tadi berlaku tragedi mengorbankan puluhan nyawa di Genting Highlands, Bentong, Pahang. Sebilangan mayat mangsa nahas bas terhumban ke gaung dilaporkan berkecai, malah ada tertanggal kepala.
Selain warga Malaysia, Ketua Polis Daerah Bentong mengesahkan, warga Thailand, Bangladesh dan China turut terkorban dalam kemalangan ngeri itu.

Mayat dibawa ke Hospital Selayang, Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

450 pegawai dan anggota polis, JPAM, Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus membawa naik mangsa dari gaung. Terkini, 53 penumpang disahkan menaiki bas terbabit, 37 maut, 16 lagi cedera parah.

Maksudnya, bas itu membawa bilangan penumpang berlebihan. Jika Kementerian Pengangkutan ingin menyiasat, sudah terlewat. Nyawa telah melayang.

Fakta.

Dalam entri pertama, sumber saya melaporkan bas terhumban ke dalam gaung itu membawa lebih 40 penumpang. Ternyata laporannya tepat. Kepada sumber saya, terima kasih. You know who you are.

Apapun sekalung penghargaan kepada semua anggota penyelamat cekap melaksanakan tugas mereka tanpa mengira identiti mangsa.

I hereby salute all of you.

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

  1. Allahuakbar... Biarpun semuanya dh terlambat harap tindakan dapat diambil terhadap mereka yg bertanggungjawab.. agar dpt dijadikan panduan utk mereka yg lain....:(((

    BalasPadam