Zone A (Bonus)

Rabu, 23 Februari 2011

100 Ml? 180 Ml Atau 1000 Ml?

Saya siarkan emel dihantar Hasnirol Mat Hassan kepada saya.

'Assalamualaikum saudara Mazidul,

Saya ingin me war-war kan tanda harga yang menglirukan di Giant Shah Alam. Jika diteliti dari isipadunya kita ketahui 100ML tetapi isipadu sebenarnya ialah 180ML.

Nombor 8 tersebut ditulis dalam keadaan yang tidak sempurna.
Terima kasih'

Lihat gambar dirakamkan.


Hasrol, saya nampak macam 1000 Ml ...

Terima kasih Hasrol kerana mempunyai inisiatif merakamkan gambar terbabit sebagai peringatan kepada pengguna.

Salam.

6 ulasan:

  1. Taktik peniaga yang tak jujur cuba mengelirukan pembeli.Patut sangat diambil tindakan.

    BalasPadam
  2. selalu macam ni. penah sekali tu kat econsave kampung melayu subang, ada dijual sunquick botol berkembar pada harga tertentu. semua botol dikembar dua dan diselotape.

    tapi bila nak bayar tetibe cashier kata itu harga untuk satu botol. sapa tak geram?

    BalasPadam
  3. selalu sy dgr komplen perbezaan harga yang dipaparkan dan semasa membuat bayaran..
    mesin pengesan harga kadang2 tidak berfungsi..
    dah di dalam gambar di atas jelas 1000ML (ada ke shampoo sebegitu dengan harga yang sgt murah?) hehe

    BalasPadam
  4. Taktik menipu cara 'berseni' untuk mengelirukan pembeli2 yang tidak prihatin.
    Menipu cara begini memang susah orang nak komplen, sebab pengurus nya akan berdalih mengatakan tulisan itu kononnya 'senget' sikit.
    Pandai betul menipu untuk kaya / untuk hidup.

    BalasPadam
  5. sesuatu yang tak sepatutnya berlaku..sebuah pasaraya besar yang tidak profesional..

    BalasPadam