Zone A (Bonus)

Rabu, 23 Februari 2011

Sampah! Sampah! Sampah!

 Berikut satu lagi aduan dihantar kepada saya. Sila baca emel dan gambar disertakan pengadu.


'Salam Sejahtera.

En.Mazidulakmal

Saya Jaya dari Kota Damansara Seksyen 6/20 dan peminat Blog En. Mazidulakmal. Saya ingin minta jasa dan pertolongan dari En. Mazidulakmal untuk datang ke kawasan saya dan lihat lambakan sampah di seluruh kawasan rumah saya yang tak dikutip sejak minggu lepas, kira - kira dah 2 minggu.

 
Pagi tadi dalam pukul 9 saya menghubungi pejabat Alam Flora di talian bebas tol  1-800-880-880 dan bercakap dengan pengawai yang bernama En. Shamsul dan beliau berjanji akan menghubungi kontraktor dan juga menghubungi Pejabat Ahli Majlis MPPJ En. Kandeah a/l Subramaniam di nombor 03-61401706 dan Pengawai beliau Cik.Linda yang bercakap dengan saya dan berjanji akan menghubungi Alam Flora tapi saya tak pasti berapa lama akan ambil masa untuk menyelesaikan masalan ini. Sampah di sini sudah di penuhi dengan lalat dan ulat dan bau busuk.

Berdasarkan informasi dan gambar  yang saya lampirkan, minta jasa dan pertolongon dari En. Mazidulakmal untuk menghubungi pihak berkuasa dan membuat susulan agar masalah terbabit dapat diselesaikan.

Sekian Terima Kasih.

Jaya'

Tindakan

Jaya, saya telah menghubungi Pengurus Alom Flora Petaling Jaya, Nazrul Amri Mohd Salleh .

"Saya ada menerima emel daripada 2 pengadu termasuk En. Jaya dan jam 11 pagi tadi saya telah melawat lokasi bersama Pengurus Operasi dan eksekutif saya," jelas beliau.

"Jadi, masalah dah selesai?," soal saya.

"Nampaknya dah ok," balas Nazrul.

1 ulasan:

  1. Apa halnya ni? Sampah2 tidak dikutip oleh kontraktor : Alam Flora - mungkin MPPJ lambat bayar payment atau terlupa untuk dikutip - tercicir.

    BalasPadam