Salam.
Pembaca dihormati, ingin saya kongsikan beberapa panduan ringkas sekiranya anda berhasrat melaporkan masalah atau isu di blog ini.
Dalam bidang kewartawanan, pencarian fakta tepat, satu kemestian sekaligus bukan pilihan. Contohnya begini ...
Anda ternampak tandas teramat kotor, apakah langkah pertama perlu dilakukan?
Rakamkan gambar samada menggunakan kamera telefon bimbit atau digital. Visual signifikan sebagai bukti untuk disertakan dalam laporan. Lebih bijak jika lebih 1 gambar dirakamkan dari sudut berbeza.
Mengapa? Pihak pembaca dan berkuasa tidak berada di lokasi terbabit, hanya dengan gambar mereka boleh membuat penilaian awal berhubung laporan dikemukakan.
Langkah kedua, mencari justifikasi. Maksudnya sebaik mungkin, cuba dapatkan maklumat tepat melalui interview ringkas bersama responden berada di kawasan sekitar. Kumpulkan informasi berhubung, sejak bila tandas terbabit berada dalam keadaan sebegitu? Siapa bertanggungjawab membersihkan tandas? Bagaimana responden melihat secara perbandingan situasi terkini dan sebelumnya?
Catatkan semua maklumat terbabit di atas kertas agar dapat dipindahkan ke dalam bentuk emel.
Saya teringat, dilaporkan Tun Mahathir sebelum ini sentiasa membawa buku nota kecil ke pelbagai lokasi dikunjungi untuk mencatatkan maklumat penting. Buku lebih praktikal berbanding menaip maklumat menggunakan telefon bimbit, perlahan.
... dengan maklumat dan gambar lengkap, hantarkan ke emel saya, mazidulakmal@yahoo.com
Apapun ingat, maklumat dihantar harus ringkas dan tepat bagi memudahkan saya memuatkan laporan pembaca di blog ini.
Terima kasih.
terima kasih atas panduan yang diberikan encik mazidul.
BalasPadamTerimakasih.
BalasPadamBetul, bawa buku nota kecil lebih mudah dan praktikal. Senang simpan dlm poket atau purse or handbag.
Maklumat jika tidak lengkap, kadangkala membawa maksud yang terpesong pula.