Berikut petikan akhbar The Star 14 Jun 2011.
'In Kota Damansara, reflexology centres have made their entry into the area’s new business hub along with cafes, restaurants and boutiques.
Most of them boast of sleek and decent-looking decor but there are still a number of seedy ones in the quieter corners.
StarMetro reporters paid a sudden visit as female customers to a sleazy-looking outlet but were politely turned away.
The outlet’s tinted door was flanked by two red lanterns.
Inside, there was a reception counter manned by scantily dressed young women while the room, lined with massage chairs, was dimly lit with a huge projection screen in the centre playing music videos.
The team then adjourned to another reflexology centre that had a completely innocuous signboard, but were told by two men at the reception that the service at the centre would not be suitable for women.
However, another outlet in the area that looked dodgy from the outside turned out to be relatively wholesome on the inside.
“You have to be careful when visiting some of the outlets here, as they cater to only male customers,” the middle-aged female masseur, who was a local, said.
She said the young women were raking in big bucks through the services, adding that some could earn up to RM6,000 per month.
She added that these places insisted that foreign masseurs were required to fork out about RM8,000 for the application of their work permits.
Petaling Jaya mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman said while the Selangor government had imposed a freeze on the issuance of licences for massage parlours, foot reflexology centres were not affected.
“We expect the licence holders to abide by the terms and conditions, but it is hard for us to monitor as the activities are carried out behind the scenes, therefore we need the public to tip us off,” he said.
“We will raid the outlets upon a tip-off,” he added.
PJ OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed said the police had been checking regularly on questionable premises to stop such unhealthy trends'
Izinkan saya menghuraikan isu ini.
Saya dapati pihak polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7, IPD Petaling Jaya secara konsisten menjalankan operasi memeriksa status pekerja pusat urut di Kota Damansara.
Perlu diketahui, mereka boleh menahan tukang urut sekiranya didapati menyalahgunakan dokumen perjalanan. Contohnya, tukang urut asing memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial (pelancong) dan didapati bekerja di rumah urut, mereka boleh diberkas mengikut Akta Imigeresn 1959/63.
Untuk membuktikan pekerja rumah urut menawarkan khidmt seks kepada pelanggan mereka, bukan urusan mudah. Penemuan kondom di premis terbabit bukan bukti sahih berlakunya kegiatan tidak bermoral itu. Tambahan pula, peniaga bertindak bijak, tidak mengeluarkan resit sebagai bukti transaksi bayaran menunjukkan pelanggan menjelaskan bayaran tertentu untuk mengadakan hubungan seks bersama tukang urut mereka. Sekaligus, menyukarkan pendakwaan terhadap suspek, tukan urut dan penjaga premis di mahkamah.
Fakta, polis tidak mengeluarkan lesen kepada pusat urut beroperasi secara sah. Jadi pihak mana mengeluarkan lesen?
Pihak berkuasa tempatan, dalam kes ini Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBSJ.
Berikutan aduan orang awam berhubung kegiatan pusat urut diragui, polis berulang kali menyerbu dan memeriksa pusat urut di Kota Damansara.
Jika pusat urut memiliki lesen sah diperiksa dan didapati melanggar undang-undang ditetapkan, polis tidak berkuasa mengarahkan premis terbabit ditutup. Hanya MBPJ berhak menarik lesen premis.
Kekadang, khidmat seks ditawarkan di premis urut, hasil perbincangan di antara tukang urut dan pelanggan. Jika pelanggan bersetuju dengan kadar bayaran dikenakan, maka hubungan seks berlaku. Namun kegiatan itu tidak disaksikan orang lain kecuali mereka berdua.
Jika penjaga premis disoal siasat sekalipun, pastinya dia mendakwa tidak mengetahui kegiatan itu.
Satu daripada kaedah berkesan untuk membuktikan berlakunya kes pelacuran, anggota polis boleh menyamar sebagai pelanggan kononnya untuk menagih khidmat seks di pusat urut. Jika berlakunya transaksi, sex for money, pekerja wanita terbabit boleh diberkas.
Namun wujud satu lagi masalah lain untuk melaksanakan modus operandi sebegitu. Lazimnya, majoriti pegawai dan anggota D7 di daerah tertentu dipercayai telah dicam dalang di sebalik operasi rumah urut. Apa tidaknya, pegawai dan anggota sama, bilangan boleh dikira menggunakan jari, melakukan operasi berulang kali di daerah mereka, cuma hari dan masa sahaja berbeza.
Bayangkan, jika menjadi dalang terbabit, pastinya kita memasang kaki atau runners, untuk mengecam wajah dan memantau pergerakan pegawai dan anggota D7 agar kehadiran mereka di sekitar premis kita miliki dapat dikesan lebih awal. Sebaik dikesan, operasi premis boleh diberhentikan.
Pada masa sama, kita juga tahu, pihak polis di IPD tidak mempunyai bilangan pegawai dan anggota mencukupi untuk melakukan serbuan ke pusat urut setiap hari. Mereka juga mempunyai tugas lain untuk disempurnakan. Jika sebulan sekali premis milik kita diserbu, 29 hari lagi kita masih boleh 'berniaga'.
Bayaran mengurut kaki sejam, murah, purata di bawah RM50. Keuntungan diperolehi pusat urut juga tidak seberapa, tambahan pula jika premis tersorok sekaligus tidak dikunjungi ramai pelanggan.
Saya difahamkan, pakej urutan dan seks ditawarkan pada harga RM200++ diraih dalam tempoh sejam. Kadar itu lebih lumayan. Jika pelanggan ketagih dengan khidmat seks ditawarkan, mereka mungkin mengunjungi pusat urut terbabit 3 atau 4 kali seminggu.
'Wives and children are complaining that their husbands and fathers are squandering their money and time at these places located not far from their homes' - The Star
Saya melihat, selagi polis dan pihak berkuasa tempatan tidak bekerjasama sepenuhnya untuk mengkoordinasikan maklumat dan operasi, selagi itu usaha membendung kegiatan pusat urut menawarkan khidmat seks akan terus menemui jalan buntu.