Zone A (Bonus)

Jumaat, 17 Jun 2011

Ikan Longkang Juadah Indon

6.15 petang semalam, beberapa warga Indonesia kelihatan berada di longkang buatan manusia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selengor.

Saya perhatikan gelagat anak muda terbabit dari jarak jauh sambil merakamkan gambar pegun mereka.


Sebelum ini beberapa kali saya melihat mereka memancing ikan di lokasi berhampiran kongsi pekerja tapak pembinaan itu. Malah saya pernah dihubungi kenalan kira-kira 5 bulan lalu berhubung perlakuan mereka.

"Bang, group Indon ini rasanya menuba ikan di longkang. Banyak ikan timbul"

Semua pembaca tahu, saya bukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Imigresen mahupun polis. The least that I could do, menghubungi polis Balai Kota Damansara dan memaklumkan mereka berhubung aduan itu.

Kita sambung kembali cerita ini.

Disulam gelak-tawa, mereka mengharung air setinggi paras pinggang dan saya percaya kejadian itu disaksikan ramai lagi penduduk tempatan di kawasan terbabit.


Rupanya mereka menjaring ikan, perbuatan saya yakin, tidak bersalah mengikut Kanun Keseksaan mahupun Akta Imigresen 1959/63. Mereka mencari rezeki halal, barangkali untuk dijadikan lauk makan malam. 

Apapun, perbuatan menuba atau menggunakan renjatan elektrik untuk menangkap ikan, satu kesalahan di negara kita.


Untuk rekod, saya difahamkan, longkang besar itu terletak bersebelahan kolam rawatan najis manusia. 

Memancing sudah, menuba sudah, menjaring ikan juga sudah.  Apa lagi tindakan mereka selepas ini?

Melihat perlakuan kumpulan terbabit, spontan saya terfikir, jika rakyat Malaysia berada di Bandung, Bali, Medan atau di mana sahaja lokasi di Indonesia, beranikah kita bertindak seperti mereka?

Tersilap langkah, cabaran ditusuk buluh runcing terpaksa kita depani.

Di Malaysia? Buat sahajalah, jarang benar tindakan mereka berani ditegur dek majoriti warga negara ini.

17 ulasan:

  1. Kita sibuk dgn kerja masing2. Kalau di kampung mungkin kena halau.

    BalasPadam
  2. Kita orang Malaysia baik hati, lebih2 pun cuma akan bertanya dapat banyak ikan? ikan apa? Bumi Malaysia bumu bertuah.

    BalasPadam
  3. Kita selalu memberi dan kita selalu merasa...akhirnya merana

    BalasPadam
  4. Perlu kawalan & tindakan. Malaysia dah jadi macam negara mereka, kita pula yang tergugat.

    BalasPadam
  5. Mereka sanggup buat kerja mcm ini sbb itu adalah lumrah manusia yang survival... Negara mereka besar kaya hasil tapi sayang kebanyakan pemerintah mereka korup maka rakyat merempat.. Kita pula pemimpin dah sediakan mcm2 tp kita nak lebih dan sudah lupa cara hidup survival.. saya nak tanya berapa peratus masyarakat di bandar tahu menanam, memburu dan bertukang.. jika negara kita gawat mungkin kita pun merempat...

    BalasPadam
  6. Betul Ikhwan saya setuju sangat.

    BalasPadam
  7. Betul dan saya setuju kenyataan Sdr.Ikhwan

    BalasPadam