Zone A (Bonus)

Jumaat, 24 Jun 2011

Di Manakah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri tahun 1957?

Tahun ini, umat Islam dijangka akan meraikan Hari Raya Aidil Fitri dan sambutan Hari Kemerdekaan pada tarikh begitu hampir.

Mungkin Hari Raya akan disambut pada 30 Ogos.

Saya ingin berkongsi sedikit maklumat barangkali tidak diketahui ramai. Pada tahun 1957, umat Islam mula berpuasa pada 1 April dan menyambut Hari Raya pada 1 Mei.

"Di mana Tunku solat sunat Hari Raya?"

Itu soalan saya, gagal dijawab ramai kenalan.

Jawabannya, Masjid Alam Shah di Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Lihat gambar dirakamkan akhbar The Malay Mail, Tunku, pada ketika itu Ketua Menteri Wilayah Persekutuan berjalan berhampiran masjid, diperhatikan jemaah lain. 


Lebih menarik, akhbar sama memaparkan kisah bagaimana masyarakat desa pada waktu itu keluar ke bandaraya Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya. Antara lokasi menjadi tumpuan, Lake Gardens. Selain itu, masyarakat pelbagai bangsa, menggunakan bas sewa berkunjung ke Port Dickson untu bercuti.


Pertandingan Ratu Sarong Kebaya turut dianjurkan pada malam Hari Raya tetapi saya dapati 4 pemenang di bawah berbangsa Cina.


Pada petang Hari Raya kedua, dianjurkan pesta sosial dan tari-menari di Klang, Selangor.


Berikut caption gambar di atas.


Terima kasih kepada Arkib Negara Malaysia kerana membenarkan saya merakamkan antara gambar bersejarah terbabit.

4 ulasan:

  1. Terimakasih atas perkongsian ini...tak gitu saya pun taktau...

    BalasPadam
  2. Thanks for the info. Tak ramai yang tahu fakta sebenar ini.

    BalasPadam
  3. gila la dulu2, time raya buat pesta tari menari...hahahah...haduiiiii....

    BalasPadam