Zone A (Bonus)

Sabtu, 18 Jun 2011

Cukupkah Bilangan Pegawai Dan Anggota Polis Untuk Mengawal Perhimpunan BERSIH Dan PERKASA?

Jam 2 petang, 9 Julai 2011 dijangka bakal berlaku perhimpunan tanpa permit anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, BERSIH di beberapa lokasi di Kuala Lumpur.

Tarikh terbabit jatuh pada hari Sabtu.

Seperti diumumkan di banyak laman web, 3 lokasi bakal dijadikan medan perhimpunan utama, Sogo, Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Masjid Kampung Baru.

Menurut Datuk Ibrahim Ali, Pengerusi Pertubuhan Pribumi Negara, PERKASA, pertubuhan terbabit berhasrat untuk berhimpun di Kuala Lumpur pada hari sama jika BERSIH meneruskan perancangan diatur. 

"Jika perhimpunan BERSIH diteruskan, PERKASA akan menentang habis-habisan," kata Datuk Ibrahim. 

Untuk rekod, ketua perhimpunan BERSIH, Ambiga Sreenevasan.

Tambah Ibrahim lagi, BERSIH dilapor akan menghimpunkan lebih 300,000 ahli di jalanan Statistik itu bakal kita anggarkan kelak andai perhimpunan diteruskan. PERKASA kini dilaporkan mendapat sokongan Melayu dijangka akan hadir bersama ahli dan penyokong dianggarkan bukan sedikit bilangan mereka.

Saya dapat membayangkan, sekiranya perhimpunan itu diteruskan, pasti Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU akan menempatkan ratusan pegawai dan anggota polis di pelbagai lokasi strategik bertujuan untuk mengawal keadaan.

Kita mampu menjangka, Pasukan Pols Diraja Malaysia, PDRM seperti di perhimpunan haram terdahulu sentiasa bersiap sedia memastikan setiap lokasi 'panas' dipantau pegawai serta anggota Pasukan Khas, SB bergerak di kalangan orang ramai tanpa berseragam.  

Justeru tidak hairan jika perserta perhimpunan bertindak semberono akan diberkas dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk disiasat. Kejadian itu pernah berlaku sebelum ini.

Saya difahamkan, jumlah keseluruhan pegawai dan anggota polis di Malaysia kira-kira 100,000 termasuk petugas pejabat. Sekaligus terfikir, apakah kaedah terbaik bakal dilaksanakan PDRM untuk menangani the worst case senario sewaktu perhimpunan berlangsung? 

Jika berlaku kekecohan, pastinya mereka bertindak sebagai pencetus akan diberkas tanpa mengira mereka ahli BERSIH atau PERKASA. Melalui pengalaman, saya rumuskan, bukan enteng untuk mententeram sekaligus menahan individu bertindak ganas didorong emosi. Tambahan pula jika semangatnya dibakar tanpa henti dek penyokong di sekeliling. Tersilap percaturan, kecederaan fizikal berlaku jika terjadi pergelutan.

Harus diingat, pegawai dan anggota PDRM adalah manusia seperti kita. Tubuh mereka mampu berdarah, they bleed, jika dicederakan. Justeru mereka berhak bertindak mempertahankan diri sekiranya diserang atau diganasi.  

Apapun, saya yakin, PDRM tidak akan menurunkan pegawai dan anggota kurang berpengalaman untuk mengawal situasi genting di perhimpunan haram. 

Kita mampu mencongak, bilangan pegawai dan anggota FRU selama ini kita lihat menjadi pasukan barisan hadapan menangani perhimpunan haram, terhad. Pun begitu PDRM mempunyai alternatif tambahan jika diperlukan.

Pegawai dan anggota polis selama ini berpengalaman menangani pelbagai kes jenayah antara kumpulan terbaik untuk dikerah ke lokasi perhimpunan. Khidmat pasukan Jabatan Siasatan Jenayah antaranya Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7 dan pasukan Jenayah Berat, D9 serta pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik  dari IPK di seluruh negara harus diambil kira, andai perlu. Saya percaya pegawai dan anggota selama ini cekap dan bersemangat melaksanakan tugas berisiko tinggi seperti memberkas ahli kongsi gelap, pembunuh, perogol dan pengedar dadah lazimnya tidak akan bermasalah untuk menahan individu atau kumpulan cuba mencetuskan situasi tegang sehingga menggugat keselamatan negara.

Jika bilangan mereka tidak mencukupi, PDRM juga diperkasakan dengan pasukan komando, VAT 69 berpengkalan di Hulu Kinta, Perak. Mereka antara manusia berhati kering, cekal dan berani, InsyaAllah mampu menundukkan individu mengganas hanya dengan tangan kosong. 

Saya masih percaya hingga ke hari ini, polis sedaya-upaya tidak pernah berhasrat  untuk mencederakan orang awam. Namun mereka berhak mempertahanan diri jika diserang atau dikasari ketika melaksanakan tugas dipikul. Dalam proses itu, secara tidak sengaja tubuh suspek ditahan mungkin mengalami kecederaan ringan.  

Saya teringat kenyataan diungkapkan kenalan, pegawai polis, suatu ketika dahulu.

"Manusia biasanya akan senyap dan berhenti mengganas sebaik tangannya digari"

PDRM satu daripada 8 agensi penguatkuasa bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jika bilangan pegawai dan anggota polis tidak mencukupi untuk menangani situasi genting perhimpunan haram, kakitangan Ikatan Relawan Rakyat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Imigresen pastinya tidak keberatan untuk membantu.

Apapun, kerahan tenaga di kalangan pegawai dan anggota agensi penguatkuasa tidak diperlukan sekiranya BERSIH dan PERKASA memberhentikan perancangan mereka untuk berhimpun di jalanan.

Lihat sahaja negara jiran, Indonesia, tekenal dengan kumpulan demonstrasi jalanan, setakat ini tidak kemana, jutaan rakyat negara terbabit masih merempat di negara orang.

Setakat ini, masih wujud ruang untuk BERSIH dan PERKASA mengubah keputusan mereka. Saya sebagai individu membantah perhimpunan bakal menggugat keselesaan orang awam sekaligus memberikan impak negatif kepada ekonomi negara kita kongsi bersama. 

10 ulasan:

  1. SMTI.
    tak habis2 nak buat perhimpunan..
    apa la pemikiran diaorg ni...
    bakal menyusahkan orang lain yang tak terlibat.
    adalah mereka mahu melihat negara huru hara seperti kejadian 13 Mei 1969..
    tak bersyukur atas apa yang ada sekarang..

    BalasPadam
  2. adakah hak rakyat berhimpun beramai-ramai itu dijamin oleh Perlembagaan .. ? yang diketahui, boleh berhimpun beramai-ramai dengan permit polis, untuk tujuan acara seperti perlawanan bola di stadium, konsert, citrawarna, sambutan merdeka .. jadi takat berhimpun beramai-ramai tanpa permit polis juga salah di sisi undang-undang la .. saya pernah makan & celebrate ramai2 dalam 20 kengkawan kat kedai makan jam 2 pagi, sekali 3 keta polis dgn mp5 serbu kitorang & gertak suruh bersurai, tu yang brader kontable ber"mp5" tu sebut undang2 berhimpun beramai-ramai tuuu ... kecut perut kitorang .. hehe.

    BalasPadam
  3. Atm kan ada..

    # adakah ulama Bashir di Indonesia adalah pengganas di mata pemerintahnya?

    BalasPadam
  4. Buat orang Islam, kenapa kita ikut Pengerusi yang pernah membela orang murtad?
    Atas dasar apa? Yang pernah Menyokong anti Islam?

    BalasPadam
  5. Bro Mazidul, khabarnya pada awal lagi PDRM bagi permit berhimpun untuk BERSIH pimpinan Ambiga di Stadium, tapi Presiden Majlis Peguam ini bersama NGO lain bertegas nak buat 'demontrasi aman' di kawasan terbuka..

    Nampaknya macam ada agenda tersembunyi.. Saya setuju dengan zeqzeq, mengapa Melayu-Islam nak sokong perhimpunan yang dianjur oleh pihak yang anti-Islam?.. Bolo punya olang..

    BalasPadam
  6. ermmm.....kadang2 terpikir jugak...apa tujuan utama diorg nak buat perhimpunan haram camnih...nak tunjuk kuat atau nak tunjuk saper hebat? PM dah melaungkan slogan 1Malaysia....jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, kenala paham maksud di sebalik slogan tersebut....bak kata Nabil.."lu pikirla sendiri"...

    BalasPadam
  7. perhimpunan haram ni hanya menyusahkan orang jer, banyak urusan akan terganggu. tak sudah2 pihak penentang ni nak buat benda2 bodoh mcm nie. bosanlah dengan kerenah tak bertamaddun mereka ni. kerajaan perlu bertindak segera, jangan bagi muka kepada ketua penganjur ni... kalau dah jelas haram dan tidak mendapat permit, tapi mereka proceed jugak ambil tindakan tegas. tapi janganlah berani dengan orang2 melayu jer. sume orang2 bangang yg terlibat perlu diajar. biar mereka tahu di mana langit dijunjung.

    BalasPadam
  8. smti...... pdrm minta bantuan atm je......berhimpun nyusahkan orang lain je....

    BalasPadam
  9. rosak program aku nak berdating kat sogo.hampeh punya BERSIH!haa.haa..

    BalasPadam
  10. melayu bakal bergaduh sesaman sendiri. bangsa asing ketawa terbahak-bahak.

    BalasPadam