Zone A (Bonus)

Khamis, 12 April 2012

BAS LAJU

Assalammualaikum Mazidul. 

Saya ingin meluahkan rasa marah dan tidak puas hati berhubung sikap pemandu bas 2 tingkat dari syarikat SUASANA EDARAN, bernombor pendaftaran KCB 6. Bas terbabit telah dipandu melebihi 90km/j di lebuhraya menghala ke selatan. Saya mengekori bas terbabit dan mendapati bas itu dipandu selaju 110km/j di lorong kanan. Saya kemudian memberikan isyarat lampu tinggi kepada pemandu bas terbabit dan bas beralih ke lorong tengah tetapi  memasuki ke lorong kanan semula.

Kejadian dilaporkan ini berlaku pada pagi 28 Mac lalu pada jam 8.50 pagi sewaktu hujan agak lebat dan saya sedang menghala ke Sepang. Setibanya di persimpangan Nilai, pemandu bas terbabit beralih ke lorong kiri di belakang kenderaan saya dan mengekori rapat kenderaan saya pandu seolah-olah dia marah. Persoalan nya, tidakkah pemandu terbabit mengambil iktibar di atas tragedi kemalangan maut membabitkan bas sebelum ini? 

Journalis Maya: Intan Zamani

1 ulasan:

  1. bukan suasana edaran shaja bawak lajuu..sepanjang pengalaman sya ulang-alik utara kolumpo syarikat bas pancaran matahari setingkat,plus liner 2tingkat,cepat express setingkat,sani express 2tingkat,konsortium setingkat,shunsine & kkkl express nie sume laju pelesit!! waktu malam deme la raja kt higway..paling laju sye follow bas nie 120km.. deme nie bwk laju kerja trip!! bg deme pnumpang tu cm ank aym!! dok dlm bas tu ngucap banyak kali dr bertolak smpi destinasinya!! dok blkg driver bas bile tego deme mrh! patut jpj ngn pihak polis trafik buat road block memlm buta bulan sekali tu cadangan sya untuk elak blaku kmlgn.

    BalasPadam