Pada 11/4/2012 saya bersama ahli keluarga pergi membeli belah di Sogo, Kuala Lumpur. Saya pergi ke tandas di tingkat 2 dijaga oleh pekerja perempuan bangsa asing, Indonesia kemungkinan dan meminta bayaran sebanyak 30 sen.
Sebelum itu suami bersama anak lelaki masuk ke tandas sama namun terpaksa keluar semula kerana keadaan tandas kotor, berbau hancing dan air sedikit sahaja keluar dari pili. 30 sen tidak dikembalikan malah disaran ke tandas tingkat lain.
Kemudian saya masuk ke bahagian wanita (di tingkat yg sama) bersama anak perempuan saya untuk mencuci tangan dan menukar diapers. Melalui pengamatan saya, air memang sedikit, berbau hancing dan keadaan lantai kotor.
Isunya begini ...
1) Apakah relevannya kami (pelanggan membeli belah) di kompleks besar itu perlu membayar 30 sen setiap kali masuk ke tandas yang ada di setiap tingkat sedangkan parkir mahal dan diketahui membeli belah memang makan masa yang lama. Anggaran duit yang perlu dibayar sebanyak RM1.20.
2) Petugas kaunter biadap, bercakap dengan kuat, makan ketika menjaga tandas dan bersikap langsung tidak menghormati warga Malaysia sedangkan gaji dia pun kami yang bayar walaupun secara tidak langsung.Journalis Maya : Asmah
Saya juga telah mengalami situasi yang sama di Tingkat 6 (Cafe Sogo). Wanita indon yang biadab marah-marah sebab anak saya tidak membawa duit 30sen sebagai bayaran tandas.
BalasPadamSetelah dibayar, tiada resit pembayaran diberikan. Persoalannya, adakah duit tersebut dikutip atas arahan pihak pengurusan? Atau habuan untuk makcik indon biadap? Dah la menumpang negara orang untuk mencari rezeki, sombong dan kurang ajar pula.