Zone A (Bonus)

Jumaat, 3 Jun 2011

Ah Long Cabar DBKL?

2 hari lalu saya pergi ke Jalan Pasar, Kuala Lumpur untuk membeli beberapa barang keperluan. 

10 minit kemudian, peniaga tanpa lesen menjual pelbagai barangan di kaki lima pantas membungkus barang dipasarkan sebelum melarikan diri.

"DBKL! DBKL! DBKL!," jerit mereka.

Saya pantas cuba mengintai kelibat penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumput, DBKL di kawasan sekeliling tetapi tidak kelihatan.


Peniaga melarikan diri, bimbang disaman penguatkuasa DBKL. Saya tidak menyokong mereka melanggar undan-undang, setiap peniaga wajib berlesen. Pada masa sama, saya terfikir, mungkin pendapatan mereka tidak seberapa.

... tidak seberapa jika dibandingkan dengan keuntungan diraih kumpulan Ah long terus menjadi lintah darat.

Mereka juga secara jelas menunjukkan taring, mencabar DBKL. Lihat sahaja papan tanda 'Jalan Pasar' berikut. 


Apa tindakan DBKL? Entah.

6 ulasan:

  1. diorg makin berani! sakitnya hati tgk!

    BalasPadam
  2. BRO, ini memang tempat shopping saya nihhh. Pada hemat saya, majoriti yang berniaga sepanjang jalan tu tiada berlesen. Peniaga kecil sahaja.

    Jika hari Sabtu atau Ahad, meriah sekitar situ. Seronok juga meronda menjamu mata dan melihat gelagat.

    Biasanya, jika saya pergi hari minggu, DBKL “sentiasa” ada. tapi saman parking...!

    BalasPadam
  3. Ada upah agaknya. Dibelakang tirai', Agak je.
    Nak bukti kena nyamar jadi umpan.
    Jadi Buah hati orang dalam..

    "...U, I On the way..".. Info Sms.

    Seminit lagi, kelìhatan,

    2 tiga penjual mula membungkus barangan.

    BalasPadam
  4. Lekat iklan pinjaman kat papan tanda, nama jalan etc... itu memang melampau. Kita semua kena ambil tindakan. Apa yang boleh dibuat utk kes2 camni?

    BalasPadam