Zone A (Bonus)

Sabtu, 16 Julai 2011

Usung Mayat Ke MBPJ

13 Julai lalu, saya menulis perihal Perangkap maut di Petaling Jaya.

Saya kemudian menghubungi Ketua Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Mohd Fauzi Maarop dan beliau berjanji memaklumkan aduan saya dalam bentuk tampalan itu kepada jabatan bertanggungjawab.

Berikut tindakan diambil MBPJ.




Terima kasih kerana melaksanakan tindakan bak melepaskan batok di tangga. 10 lubang, perangkap maut masih ternganga luas seperti sebelumnya. Hanya kelihatan pancang kayu dan plastik direntang untuk memperingatkan pengguna jalanraya agar berhati-hati tidak terjerumus ke dalam lubang berbahaya.

Jalan Kenyalang 11/1, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, laluan utama digunakan orang ramai setiap hari.


Deretan lubang itu juga terletak berhampiran kawasan perumahan Gugusan Dedap. Setiap hari kecuali hujung minggu, jalan sama dijadikan laluan pelajar sekolah.


Pelajar kolej, Mohd Zaki Mohd Amir, tinggal di rumah sewa berdekatan juga berasa khuatir sekiranya lubang maut terbabit 'menelan' mangsa pertama.


Kalau mangsa maut, kita usung sahaja mayatnya ke MBPJ, kenyataan itu terlintas di fikiran saya ketika memerhatikan Zaki meneliti keadaan lubang terbabit.

Untuk rekod, kurang 500 meter dari lokasi terbabit, puluhan rumah urut beroperasi di Sunway Damansara. Hemat saya, sebahagian hasil kutipan lesen, wajar digunakan MBPJ untuk membeli papan bertujuan menutup 10 lubang terbabit buat sementara waktu.

Saya tidak faham mengapa MBPJ mengambil tindakan bak memandang remeh masalah dikemukakan.


Bayangkan bahana menimpa jika tayar motosikal atau kereta terperosok ke dalam lubang di atas. 

Bagaimana pula jika anak kecil terjatuh ke dalam lubang sama?

Baca artikel akhbar di sini berhubung tuntutan boleh dikemukakann mangsa kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya tercedera akibat terjatuh ke dalam lubang.

Andai kata nyawa melayang, bagaimana?

Rabu, 13 Julai 2011

Perangkap Maut Di Petaling Jaya!

Sebilangan manusia memang tidak berhati perut, sanggup mencuri sekaligus membahayakan nyawa orang lain.

Bayangkan jika kanak-kanak melintas jalan terperosok ke dalam lubang berikut. Untuk rekod, jalan sama digunakan pelajar untuk ke Sekolah Kebangsaaan Sekesyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.




Sepatutnya lubang terbabit ditutup begini.


Namun ada pihak dipercayai telah memotong besi penutup itu dan membiarkan lubang bak perangkap kepada pejalan kaki.


Pihak sama meraih pendapatan dengan menjual penutup besi dipotong tanpa mempedulikan keselamatan orang ramai. Jika terjatuh, saya percaya, mangsa akan mengalami kecederaan parah atau maut.

Perhatikan lebih 16 lubang ternganga menunggu mangsa di Jalan Kenyalang, Kota Damansara. 


Siapa peduli? Biasalah majoriti orang kita gemar melihat dan bercakap mengenai sesuatu isu, bertindak? Itu belum tentu lagi.

Saya telah memaklumkan kepada Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya,  MBPJ, Fauzi Maarop melalui pesanan ringkas berhubung kes ini.

Semoga tindakan segera diambil MBPJ bagi memastikan tiada nyawa melayang. Jika kemalangan berlaku, saya percaya, gambar kejadian tidak ternilai harganya.
 

Isnin, 11 Julai 2011

Payu Dara Senget (Kemas Kini)


Leman! Oh! Leman! Baliklah! Dah pukul 4 pagi! Kalau ya pun nak menjadi perempuan, janganlah sampai payu dara senget sebelah!

Gambar dirakamkan di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor.

Kegiatan golongan pondan masih terus berleluasa sehingga menjelang waktu subuh. Di samping pondan berkeliaran sambil menampilkan aksi seksi dan seksa, beberapa lelaki juga kelihatan mundar-mandir di kawasan sama.

Rakan saya, Rahmat Mokhtar sempat merakamkan gambar di bawah, biarpun sedikit gelap. Maklumlah, tangannya barangkali menggeletar melihat 2 pondan berdiri di tepi jalan.


Nampaknya pihak berkuasa kurang berminat untuk mengekang kegiatan mereka. Pasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian lebih berminat membuat tangkapan pelacur kerana pondan jika diberkas hanya boleh dituduh kerana berpakaian tidak senonoh. Manakala Jabatan Agama pula berhak menahan mereka kerana berpakaian seperti perempuan.

Andai sabit kesalahan, denda dikenakan tidak seberapa.

Melalui tinjauan malam semalam, dianggarkan 10 pondan menjalankan kegiatan di lokasi terbabit. Perkhidmatan seks oral ditawarkan dengan harga kurang RM50 kepada lelaki gersang atau berada di bawah pengaruh alkohol.

Selasa, 5 Julai 2011

'Sampah' Kini Menjadi SAMPAH

Petang tadi saya ke pasar malam di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sindiket pengemis asing masih menggunakan anak kecil dan remaja untuk memancing simpati orang ramai.


Untuk rekod, beberapa minit selepas gambar dirakamkan, pengemis berasal dari Kemboja terbabit menghilangkan diri. 

Saya sempat merakamkan suasana pasar malam, majoriti dikunjungi warga asing dari pelbagai negara. 


Sebelum ini jarang benar saya merayau ke seluruh pasar malam tetapi awal malam tadi saya mengambil tindakan berbeza.

"Kawasan apa tu?," soal saya kepada peniaga.

"Dulu tempat kumpul barang recycle, pemiliknya dah lari kut," jawabnya.

Pusat pengumpulan barangan kitar semula itu terletak betul betul di belakang pasar malam. Pagar zink runtuh dan keadaan di dalam berselerak.

"Kotor dan busuk. Takut kawasan tu menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes," keluh peniaga.


Adakah Majlis Bandaraya Petaling Jaya tahu berhubung kewujudan premis tidak terjaga sekaligus dilihat mampu mengganggu gugat kesihatan orang ramai itu? 

Isnin, 4 Julai 2011

Wakil Rakyat Dijumpai!

Sudah hampir 3 tahun menjadi wakil rakyat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, malangnya batang hidung tidak kelihatan.

Sewaktu menonton pelbagai klip video berhubung demonstrasi jalanan sebelum ini, saya terlihat wakil rakyat di tempat saya tinggal.

Rupanya dia sibuk berdemo. Untuk rekod, dia lelaki pertama ditahan polis.

Tonton klip video ini.

Ahad, 3 Julai 2011

Apabila Perhimpunan Jalanan Tidak Terkawal

Lazimnya, perhimpunan dan perarakan bermula tenang. Namun apabila terlalu ramai menyertainya, mulut menjadi celupar, teriakan semakin kuat dan penghinaan dilontarkan secara semberono.

Itu antara perlakuan mencetuskan tragedi 13 Mei 1969.

Tonton klip video ini.

Sabtu, 2 Julai 2011

Tekanan Pemandu

Kita kerap merungut dan berasa tidak selesa ketika memandu di dalam kesesakan jalanraya. Sebilangan menyumpah seranah kerana tertekan.


Namun percayalah, sebilangan pengguna jalanraya berada dalam situasi LEBIH tertekan. Cuba letakkan diri anda di tempat pemandu wanita di bawah, kenderaannya rosak ketika waktu puncak.


Penantiann bagi wanita terbabit, satu penyeksaan teramat. Setiap pemandu pasti mengerlingkan mata ke arahnya walhal saya yakin dia sendiri enggan keretanya rosak pada waktu itu. Mujur ada insan mulia datang membantu sebelum dia beredar.


Saya kemudian terlihat pemandu kenderaan berat berikut. 


Ketika kenderaan lain dipandu perlahan, dia memandu perlahan, jika pemandu lain memandu laju, dia tetap memandu perlahan. Barangkali dia juga berasa lebih tertekan.

Bagaimanapun, tekanan ditempuh pemandu dan pemilik kenderaan di bawah pasti tiada tolok bandingnya.


... itupun jika dia masih bernyawa.