13 Julai lalu, saya menulis perihal Perangkap maut di Petaling Jaya.
Saya kemudian menghubungi Ketua Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Mohd Fauzi Maarop dan beliau berjanji memaklumkan aduan saya dalam bentuk tampalan itu kepada jabatan bertanggungjawab.
Berikut tindakan diambil MBPJ.
Terima kasih kerana melaksanakan tindakan bak melepaskan batok di tangga. 10 lubang, perangkap maut masih ternganga luas seperti sebelumnya. Hanya kelihatan pancang kayu dan plastik direntang untuk memperingatkan pengguna jalanraya agar berhati-hati tidak terjerumus ke dalam lubang berbahaya.
Jalan Kenyalang 11/1, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, laluan utama digunakan orang ramai setiap hari.
Deretan lubang itu juga terletak berhampiran kawasan perumahan Gugusan Dedap. Setiap hari kecuali hujung minggu, jalan sama dijadikan laluan pelajar sekolah.
Pelajar kolej, Mohd Zaki Mohd Amir, tinggal di rumah sewa berdekatan juga berasa khuatir sekiranya lubang maut terbabit 'menelan' mangsa pertama.
Kalau mangsa maut, kita usung sahaja mayatnya ke MBPJ, kenyataan itu terlintas di fikiran saya ketika memerhatikan Zaki meneliti keadaan lubang terbabit.
Untuk rekod, kurang 500 meter dari lokasi terbabit, puluhan rumah urut beroperasi di Sunway Damansara. Hemat saya, sebahagian hasil kutipan lesen, wajar digunakan MBPJ untuk membeli papan bertujuan menutup 10 lubang terbabit buat sementara waktu.
Saya tidak faham mengapa MBPJ mengambil tindakan bak memandang remeh masalah dikemukakan.
Bayangkan bahana menimpa jika tayar motosikal atau kereta terperosok ke dalam lubang di atas.
Bagaimana pula jika anak kecil terjatuh ke dalam lubang sama?
Baca artikel akhbar di sini berhubung tuntutan boleh dikemukakann mangsa kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya tercedera akibat terjatuh ke dalam lubang.
Andai kata nyawa melayang, bagaimana?
oh ini agak bahaya. biasa ke rumah abang di seksyen 4
BalasPadamerk- sekarang masih lg-?
BalasPadambiasanya kalau dapat liputan pihak yang berkenaan hanya menyatakan simpati.. habis kesakitan atau kehilangan yang di rasai boleh di nilai ? kadangkala MEREKA ini perlu di ingatkan dengan cara teguran yang agak PANAS sedikit.. sebab kadangkala ada antara MEREKA ini agak cuai dan culas dalam menjalankan anamah yang telah di pertanggungjawabkan...
BalasPadamDengan alasan tak perasan dapatkah mengubah sekiranya terdapat kehilangan nyawa dari masalah tersebut ?
hemmm entahlah
smti
BalasPadam