Zone A (Bonus)

Selasa, 5 Julai 2011

'Sampah' Kini Menjadi SAMPAH

Petang tadi saya ke pasar malam di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sindiket pengemis asing masih menggunakan anak kecil dan remaja untuk memancing simpati orang ramai.


Untuk rekod, beberapa minit selepas gambar dirakamkan, pengemis berasal dari Kemboja terbabit menghilangkan diri. 

Saya sempat merakamkan suasana pasar malam, majoriti dikunjungi warga asing dari pelbagai negara. 


Sebelum ini jarang benar saya merayau ke seluruh pasar malam tetapi awal malam tadi saya mengambil tindakan berbeza.

"Kawasan apa tu?," soal saya kepada peniaga.

"Dulu tempat kumpul barang recycle, pemiliknya dah lari kut," jawabnya.

Pusat pengumpulan barangan kitar semula itu terletak betul betul di belakang pasar malam. Pagar zink runtuh dan keadaan di dalam berselerak.

"Kotor dan busuk. Takut kawasan tu menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes," keluh peniaga.


Adakah Majlis Bandaraya Petaling Jaya tahu berhubung kewujudan premis tidak terjaga sekaligus dilihat mampu mengganggu gugat kesihatan orang ramai itu? 

4 ulasan: