Zone A (Bonus)

Sabtu, 2 Julai 2011

Tekanan Pemandu

Kita kerap merungut dan berasa tidak selesa ketika memandu di dalam kesesakan jalanraya. Sebilangan menyumpah seranah kerana tertekan.


Namun percayalah, sebilangan pengguna jalanraya berada dalam situasi LEBIH tertekan. Cuba letakkan diri anda di tempat pemandu wanita di bawah, kenderaannya rosak ketika waktu puncak.


Penantiann bagi wanita terbabit, satu penyeksaan teramat. Setiap pemandu pasti mengerlingkan mata ke arahnya walhal saya yakin dia sendiri enggan keretanya rosak pada waktu itu. Mujur ada insan mulia datang membantu sebelum dia beredar.


Saya kemudian terlihat pemandu kenderaan berat berikut. 


Ketika kenderaan lain dipandu perlahan, dia memandu perlahan, jika pemandu lain memandu laju, dia tetap memandu perlahan. Barangkali dia juga berasa lebih tertekan.

Bagaimanapun, tekanan ditempuh pemandu dan pemilik kenderaan di bawah pasti tiada tolok bandingnya.


... itupun jika dia masih bernyawa.


1 ulasan:

  1. Kalau nak tau periBAHAsa Pemandu, tengok dengar ayat semasa memandu..lucah pemaki atau sopanKalau nak tau periBAHAsa Pemandu, tengok dengar ayat semasa memandu..lucah pemaki atau sopan

    BalasPadam