Saya telah menghantar emel ke SPRM, JPM dan KDN berhubung kegiatan penyeludupan minyak di Perlis namun setakat ini tiada sebarang respon diterima.
Kes penyeludupan minyak petrol didapati semakin berleluasa. Bayangkan kereta sedan model lama Ford Lancer mampu memuatkan minyak bernilai lebih RM300.
Ibu saya sebelum ini juga turut menghubungi penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan untuk membuat aduan namun tidak membuahkan hasil.
Alasan diberikan oleh mereka, ketiadaan pegawai justeru bekalan minyak negara sentiasa berterusan diseludup keluar. Emak saya turut menghubungi wartawan akhbar tempatan tetapi dilaporkan mereka tidak berani untuk membuat liputan.
Journalis Maya : Hazwan
'Ford Lancer'? Ford Laser ke Mitsubishi Lancer? Jangan mare aa...abang Dul... Saja mengomel pagi pagi Khamis ni.
BalasPadamford lancer memang ada model lama.. ayah saya pernah guna dulu..
Padamkelihatan banyak kenderaan 4WD serta kereta menyeludup minyak di kawasan Felcra Lubuk Sireh. Siap ada rumah tempat simpan minyak. dan ramai pulak yang bekerjaya sebagai anggota TM (tarik minyak. yang peliknya,bila upp datang, semua anggota TM ni cuti umum. semestinya ada gunting dalam lipatan. rakyat tempatan tidak kira halal haram asalkan "masyuk".
BalasPadam